Tanggal 23 Jun lepas, terciptalah sebuah detik bersejarah dan momen cinta pasangan merpati dua sejoli, Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah apabila disatukan dalam Walimatulurus, di Shah Alam.

Terbaharu, menerusi sebuah hantaran di Instagram, suri hati pelawak dan penyampai radio itu melayangkan coretan manis buat suaminya yang sedang menikmati bulan madu di Langkawi selepas beberapa hari diijabkabul.

BACA LAGI: Dengan Sekali Lafaz, Shuib Sepahtu Sah Milik Watie Hanifiah

Berbahagia Ketika ‘Honeymoon’, Watie Layangkan Ungkapan Istimewa Buat Shuib

Kata usahawan tersebut, dia menyifatkan Shuib ialah suami kiriman dari tuhan. Tambahnya lagi, banyak momen pertama kali yang dilalui mula dirasai kemanisannya berkat kesabaran sepanjang bercinta dengan penyampai radio Suria FM itu.

“Suami kiriman Tuhan. Rupanya sabar itu indah. Allah mahu kita lalui segala momen di saat yang tepat. Sekarang, kami berdua sudah tahu apa makna sebenar percutian bulan madu.

Ads

“Banyak benda pertama kali saya buat bersama dia kerana sebelum ini dia selalu minta bersabar sebab bercinta dengan dia tidak seperti orang lain,” coretynya panjang.

Berbahagia Ketika ‘Honeymoon’, Watie Layangkan Ungkapan Istimewa Buat Shuib

Tertarik pada ruangan komen hantaran berkenaan, suami tercintanya, Shuib sempat meninggalkan komen di ruangan balas dengan malayangkan juga kata-kata manis buat isterinya.

Ads

“Alahai, comelnya caption diaaa!! I Love You!!! @iamwatie,” komen Shuib ringkas.

Sekadar informasi, Shuib Sepahtu akhirnya menamatkan zaman dudanya apabila sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Watie Hanifiah, pada jam 8.47 malam, pada Jumaat lalu.

Berbahagia Ketika ‘Honeymoon’, Watie Layangkan Ungkapan Istimewa Buat Shuib

Ads

Pelawak berusia 38 tahun itu dinikahkan oleh abang kandung Watie, Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Selangor iaitu Zubairi Ghazali.

Terdahulu, pasangan merpati dua sejoli itu selamat mengikat tali ikatan pertunangan pada tanggal 6 Mei lepas dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Watie Hanifiah

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI