Selepas dihentikan operasi selama beberapa bulan akibat PKP, pawagam di seluruh Semenanjung Malaysia kini sudah dibenarkan beroperasi dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Untuk hari pertama pembukaan panggung wayang, Remaja berkesempatan menghadiri tayangan perdana Raya and the Last Dragon bersama teman media yang lain.
BACA: Pawagam Sudah Dibenarkan Beroperasi, Ini 6 Filem Yang Bakal Ditayangkan Mac 2021
Filem keluaran Walt Disney Pictures ini telah pun berada di pawagam dan ia menceritakan tentang sebuah tanah naga yang wujud daripada 5 puak, namun tidak lagi didiami oleh naga kecuali hanya tinggal seekor naga yang bernama Susi. Ketika kuasa jahat menyerang tanah tersebut, seorang pejuang wanita yang dikenali sebagai Raya mencari naga terakhir, Susi yang dipercayai boleh menyelamatkan masyarakat dunia daripada terus menjadi batu.
Untuk menyelamatkan bapanya, Raya berusaha keras menggembara bagi mengumpulkan lima permata yang mampu mewujudkan kuasa sakti bagi menyelamatkan bumi. Dalam penggembaraannya, Raya bertemu dengan si naga (Susi) dan beberapa karakter lain yang banyak membantu menjayakan misinya.
Secara keseluruhannya, apa yang kami boleh katakan adalah filem menegaskan tentang nilai kepercayaan yang perlu diberikan terhadap orang lain. Raya yang sudah tidak mempercayai manusia kerana pernah diperdaya oleh Puteri Namaari membuatkan dia tidak mahu lagi meletakkan kepercayaan sewenang-wenangnya terhadap orang lain.
Namun, atas nasihat yang diberikan oleh Susi, Raya akhirnya akur dan memegang prinsip untuk memberi kepercayaan kepada individu lain.
Jalan cerita filem ini juga straight forward dan mudah untuk difahami. Watak-watak seperti Susi, Tuktuk dan Boun juga mencuit hati. Korang pasti terhibur melihat telatah mereka sekawan.
Disebalik gelak tawa, ada misi besar yang perlu mereka sempurnakan.
Nah, apa lagi guys! Hujung minggu ni bolehlah korang pergi menonton. Jangan risau, semua penonton perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan dan perlu memakai pelitup muka sepanjang berada di pawagam. Tempat duduk pun selang satu kerusi untuk setiap penonton. Ok la kan?
Selamat menonton!
https://youtu.be/1VIZ89FEjYI