Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan meluahkan rasa syukurnya terhadap kejayaan anak lelaki keduanya, Aniq Ezra yang baru-baru ini telah bergelar graduan Taylor’s University.
Pada majlis yang berlangsung pada 11 September 2022 itu, Rozita yang mesra dengan panggilan Che Ta tidak melepaskan peluang untuk turut serta meraikan kejayaan anaknya itu yang telah memperolehi ijazah sarjana muda berganda.
Menerusi hantaran di Instagram, Che Ta mengimbas semula momen tersebut dengan meluahkan rasa syukurnya.
“Berbaloi la mak hang berkepak cari duit nak bayaq fees Taylor’s University. Bukan sikit-sikit duit chek oiiii.
“Tapi syukur Alhamduliilah, dengan izin Allah SWT double degree dalam tangan,” katanya sambil berharap agar Aniq akan terus bekerja dengan lebih keras lagi demi menjadi seorang insan yang berjaya pada masa akan datang.
Dalam pada itu, Aniq tidak lupa untuk mengirimkan ucapan balas kepada ibunya di atas segala pengorbanan yang telah dikerah demi melihat anak-anaknya menjadi seseorang yang bermanfaat.
“Thank you mum! I love you so much. Couldn’t have done it without you,” catatnya.
Dalam pada itu, Aniq juga khabarnya kini berada di Australia. Che Ta menitipkan nasihat buatnya untuk terus menjaga agama, moral dan solat sepanjang berada di sana.
Best-nya dapat ibu seperti Che Ta kan! Sambil terus-menerus memperingati anaknya untuk menjaga diri, beliau juga memberikan sepenuh kepercayaan kepada anaknya sendiri untuk mengutip pengalaman hidup di bumi asing.
ARTIKEL BERKAITAN : Bukan ‘Superficial’, Che Ta Jelaskan Mengapa Dewi Remaja Perlu CANTIK – REMAJA
Jom lihat momen-momen hari graduasi Aniq yang dikongsikan di bawah.
View this post on Instagram
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.