Disember lalu, syarikat Honda Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan model pengganti Honda Jazz kegemaran ramai remaja dan anak muda tempatan dalam bentuk Honda City Hatchback serba baharu.

Dengan rekaan yang sporty dan mempunyai kelas, teknologi e:HEV dan ciri-ciri lain yang menjadikannya sebagai peneraju dalam kalangan pesaing segmennya, ia diperkenalkan dalam empat varian iaitu V, E dan S.

Berbaloikah Honda City Hatchback RS e:HEV Pada Harga RM107,000?

Respon yang diterima oleh Honda Malaysia sebaik saja senarai pra-tempahan dibuka juga amat memberangsangkan apabila sebanyak 2,000 unit tempahan City Hatchback telah diterima mereka sebelum ia dirasmikan lagi.

Kini setelah dua bulan berada di pasaran Malaysia dan jumlah tempahan juga telah meningkat ke angka 5,200 unit, mereka telahpun memperkenalkan varian baharu Honda City Hatchback RS e:HEV.

Ads
Berbaloikah Honda City Hatchback RS e:HEV Pada Harga RM107,000?
Honda City Hatchback RS e:HEV.

Tentunya, varian ini lebih premium berbanding tiga varian lain yang dilancarkan sebelum ini dengan pakej lengkap luaran RS yang bergaya disamping rangkaian kuasa e:HEV, Honda Sensing dan telematik canggih Honda CONNECT.

Didatangkan dengan Gloss Black – gril depan, Solid Wing dan Door Mirrors untuk memberikan ekspresi warna badan dua tona yang sporty, ia juga menampiilkan bentuk eksklusif RS e:HEV menerusi bahagian bawah gril, Fog Garnish dan bampar belakang.

Selain itu, City Hatchback juga lengkap dengan lampu depan LED dengan lampu nyalaan siang (DRL), lampu kabus depan LED, Tailgate Spoiler dan lampu belakang kombi LED serta paling anggun sekali pada pandangan REMAJA; rim aloi 16 incinya yang ‘garang’.

Ads

Kesemua tarikan tersebut pasti akan digemari oleh pembeli muda yang mempunyai bajet menyelesakan bagi mendapatkan varian RS e:HEV ini. Mengapa tidak, ia tampil dengan sistem hibrid dua motor yang menawarkan mod pemanduan EV, Hybrid DAN Engine yang akan bertukar secara bergilir-gilir mengikut keadaan pemanduan.

Dalamnya pula tampak selesa dengan tempat duduk Ultrasuede dengan jahitan merah pada bahagian sisi.

Persoalannya, berbaloikah kesemua tawaran ini pada harga bermula RM107,783?

Ads

Bagi REMAJA, jika bajet korang memadai untuk mendapatkan City Hatchback RS e:HEV ini, why not? Ia menyelesakan, nampak eksklusif, sporty dan menjamin pemanduan yang lancar. Malah, pemilihan warnanya dalam tiga pilihan iaitu Ignite Red Metallic, Meteoroid Grey Metallic dan Platinum White Pearl juga memang menggiurkan mata yang memandang.

Jika bajet menjadi faktor utama yang mengekang korang daripada mendapatkan varian ini, kami merasakan varian lain seperti V (RM87,860), E (RM83,080) mahupun S (RM75,670) juga tidak kurang hebatnya. Yang penting, korang berpuas hati dengan model kenderaan yang akan dipandu untuk jangka masa lama ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI