Aktres jelita, Emma Maembong berharap orang ramai tidak mencetuskan spekulasi berkaitan perceraiannya dengan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar, demi kebaikan anak-anak mereka.
Menerusi hantaran di Instagram, pelakon drama Takdir Itu Milik Aku itu memaklumkan bahawa dia masih menjaga hubungan baik dengan Shazli, yang merupakan bapa kepada kedua putera kesayangan mereka.
“Kami berharap semua pihak tidak memanjangkan berita perceraian ini dan tidak mereka-reka cerita tidak benar memandangkan hubungan kami baik-baik sahaja.
“Apatah lagi, kesihatan mental anak-anak adalah keutamaan kami sebagai ibu bapa. Bercerai tidak semestinya perlu bermusuh dan bukanlah penamat segalanya,” katanya.
Ads
Dalam perkongsian sama, Emma juga meminta agar orang ramai tidak campur tangan dalam urusan keluarganya agar dia dan Shazli dapat fokus membesarkan dua orang putera mereka.
“Ajal, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Kita hanya mampu merancang tetapi Dia sebaik-baik perancang.
“Sekali lagi, kami berdua memohon diberikan ruang peribadi untuk kami membesarkan dua putera kami dengan sihat,” jelasnya.
Menurut Emma, mereka pada awalnya tidak berniat untuk mengumumkan perceraian, tetapi terpaksa berterus terang untuk mengelakkan sebarang fitnah.
“Malangnya, jodoh kami buat masa ini sampai di sini sahaja. Jika diikutkan, kami tidak mahu mengumumkan mengenai perceraian ini kerana enggan memanjangkan isu.
“Namun, bagi mengelakkan sebarang fitnah, kami sama-sama bersetuju untuk memaklumkan perceraian ini,” ujarnya.
Ads
Berita mengenai perceraian Emma dan Shazli mula tersebar di media sosial semalam. Emma juga memaklumkan bahawa dia sudah tamat tempoh idah dan mengambil pendekatan untuk tidak menghebohkan berita perceraian bagi mengelakkan situasi menjadi keruh.
Sekadar info, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel, 3, dan Shakil Aryan Shah, yang kini berusia setahun.
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Filem bergenre psycho thriller memang menjadi antara favorite kebanyakan daripada masyarakat kita kerana aksi yang dipaparkan mampu membuatkan penonton tak senang duduk.
Sebuah lagi filem yang bergenre seram suspen, MA bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi. Mengisahkan tentang seorang wanita yang kesunyian, Sue Ann mengambil kesempatan apabila disuruh oleh Maggie untuk membelikan minuman keras buat dia dan rakan-rakannya. Ini adalah peluang untuk wanita itu mencari teman dikalangan anak-anak muda.
Dia bersetuju untuk membenarkan mereka melepak dan minum di rumahnya. Peraturan yang dikenakan adalah mereka tidak boleh mabuk, melontarkan kata-kata kesat, tidak boleh naik ke tingkat atas dan semua orang perlu memanggilnya Ma. Tanpa diketahui, Sue Ann sebenarnya menyimpan niat jahat.
Filem yang dilakonkan oleh Octavia Spencer, Luke Evans, Juliette Lewis, Missi Pyle, Allison Janney ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 25 Julai 2019.
Nak tahu apakah kesudahan nasib kumpulan remaja tersebut? Jom jadi orang pertama menonton MA bersama Remaja dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah dibawah dan korang berpeluang memenangi sepasang tiket percuma di tayangan perdana nanti.
Menangi tiket wayang perdana Remaja x MA
Tarikh: 23 Julai 2019
Masa: 9.00 malam
Lokasi: MBO Starling
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah beberapa kali sebenarnya grup popular, Backstreet Boys turun ke rantau Asia Tenggara tetapi mereka enggan berkunjung ke Kuala Lumpur.
Kali terakhir mereka ke Kuala Lumpur adalah pada tahun 2015 di Stadium Negara. Tahun lalu, mereka memilih Singapura untuk jelajah Larger Than Life yang berjaya menarik 20,000 orang peminat di Stadium Nasional negara itu.
Nampaknya, nasib kita pada tahun 2019 juga masih tak bertuah selepas senarai penuh bandaraya Asia untuk tour Backstreet Boys dikeluarkan petang tadi di laman web rasmi mereka. Pengumuman itu juga dilakukan melalui video di Facebook.
Sepanjang bulan Oktober hadapan, mereka akan menjelajah ke sekitar Asia terutamanya di Asia Tenggara. Antaranya termasuklah:
12 Oktober – Tokyo Jepun
13 Oktober – Tokyo Jepun
16 Oktober – Osaka, Jepun
19 Oktober – Macau, China
22 Oktover – Taipen, Taiwan
24 Oktober – Bangkok, Thailand
26 Oktober – Jakarta, Indonesia
28 Oktober – Manila, Filipina
30 Oktober – Singapura
Jadi bagi korang yang nak menonton Backstreet Boys secara live, bolehlah rancang percutian ke Bangkok, Jakarta, Manila atau Singapura kelak.
Tiket fan club akan mula dijual lebih awal pada 28 Mac ini dan berakhir pada keesokan harinya. Sementara itu, tiket selebihnya akan dijual pada orang ramai pada 1 April jam 10 pagi.
Bagi yang tak ada bajet lebih untuk tiket penerbangan dan cas hotel tu, korang masih ada konsert Westlife Ogos ini kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Poor Zayn Malik. Sudahlah putus baru putus cinta dengan kekasih hati Gigi Hadid yang juga merupakan antara supermodel tersohor dunia, nampaknya kini dia terpaksa merombak semula album keduanya yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.
Ini kerana kebanyakan lagu yang terkandung di dalam abum tersebut mempunyai kisah dan pengalaman bersama bekas kekasihnya itu. Bekas ahli One Direction ini mengumumkan perpisahannya dengan Gigi Hadid pada awal bulan ini dengan kedua-duanya dikatakan berpisah secara baik.
Namun menurut sumber, Zayn agak struggle untuk berdepan dengan patah hati yang dialaminya.
Untuk mengatasi proses perpisahan ini, Zayn menumpukan perhatiannya untuk menulis lagu baru yang dikatakan akan menggantikan lagu-lagu tentang Gigi Hadid. Kebanyakan lagu-lagu yang bakal disingkirkan oleh Zayn dari album keduanya itu semuanya mengisahkan rasa cintanya kepada Gigi.
Sumber dari Daily Star mengatakan Zayn kini telah bekerja keras selama 18 bulan bagi menyiapkan album keduanya. Sepanjang tempoh tersebut dia memang hangat dilamun cinta dan disebabkan itulah kebanyakan lagu-lagu ciptaannya ada sangkut paut dengan Gigi Hadid.
“Terdapat banyak lagu Zayn tentang Gigi yang menceritakan tentang cinta, passion dan sensual. Tapi kesemua lagu itu menjadi satu igauan buruk buat Zayn selepas perpisahan mereka. Walaupun mereka berpisah secara baik namun Zayn yang paling terkesan dan dia menggunakan inpsirasi itu untuk menulis lagu-lagu baru.” jelas sumber tersebut.
Manakala bagi Gigi Hadid, dia akan sentiasa berterima kasih dan berasa bertuah sepanjang tempoh mereka bersama dan mendoakan Zayn terus berjaya dalam kariernya.
Ramai yang sudah tidak sabar menantikan album terbaru daripada Zayn Malik. Bagaimanakah sound yang akan dihasilkan olehnya nanti.
Ia pastinya spektakular!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...