Burj Khalifa merupakan mercu tanda Dubai yang juga menara tertinggi di dunia dengan bilangan 160 tingkat. Pembinaan bermula pada 21 September 2004, sehingga struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010.
Tidak pernah membayangkan bagaimana rasanya berada di puncak Burj Khalifa, namun baru-baru ini, syarikat penerbangan Emirates telah pun memuat naik sebuah video yang menunjukkan seorang wanita berdiri di atas platform kecil puncak Menara tersebut yang setinggi 829.6 meter.
Menurut laporan Daily Mail, wanita itu merupakan seorang skydiver dan pempengaruh, Nicole Smith-Ludvik dilihat memegang plakad yang tertulis ‘Moving the UAE to the UK Amber List… has made us feel… on top of the world… Fly Emirates …Fly better.’
Perjalanan ke Dubai bagi warga Britain ditangguhkan sejak awal tahun ini tetapi telah kembali beroperasi setelah Pejabat Luar Negeri mengeluarkan UAE daripada senarai merah dan memasukkan negara itu ke senarai hijau pada Ahad lalu.
Ini bermaksud pelancong yang telah diberi vaksin sepenuhnya tidak perlu dikuarantin selepas pulang dari UAE.
Walau bagaimanapun, apa yang mendapat perhatian warganet adalah keberanian wanita itu berdiri di puncak Menara tertinggi dunia, Burj Khalifa.
Difahamkan, mereka yang terbabit mengambil masa lebih kurang satu jam untuk memanjat dari tingkat 160 untuk sampai ke puncak bangunan tersebut.
Uish, beraninya. Agak-agak kalau korang diberi peluang sebegini, berani ke nak cuba? Hiks!