Baru-baru ini, tular video berdurasi dua minit 15 saat di TikTok yang memaparkan senario di mana rakan kepada pasangan pengantin beratur untuk memberikan hadiah tidak senonoh kepada mereka di atas pelamin secara bergilir-gilir.
Di antara hadiah tersebut termasuklah satu pek kondom dan juga barangan lain yang seharusnya hanya diketahui oleh pasangan suami isteri sahaja.
Perkongsian tersebut pantas meraih perhatian warganet; ada sebilangan yang beranggapan ia hanyalah gurauan ‘manja’ terhadap rakan mereka yang baru sahaja menamatkan zaman bujang. Begitupun, majoriti tidak bersetuju dengan tindakan yang dianggap memalukan serta tidak beradab itu.
Lantas, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim terpanggil untuk menasihati anak muda yang menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka agar tidak terbawa-bawa dengan perangai seperti ini dan meminta agar ia dihentikan.
Ads
Pendakwah itu berkata, ini memandangkan majlis perkahwinan adalah majlis yang Nabi Muhammad SAW sendiri sangat memuliakan. Baginda katanya cukup suka memberi hadiah kepada orang untuk menggembirakan hati tuan rumah, lebih lebih lagi mereka yang melangsungkan perkahwinan.
“Ada riwayat Rasulullah menyuruh para sahabat yang sedang berpuasa sunat dan dijemput ke majlis perkahwinan untuk berbuka puasa. Sampai begitu sekali Rasulullah memuliakan pengantin dan keluarga.
“Sebab itu, Islam menyarankan kita menghormati pengantin, keluarga pengantin dan majlis yang diraikan,” katanya.
Dalam perihal jenis hadiah yang wajar diberikan kepada pasangan pengantin pula, Mohd Izhar berkata ia mestilah tidak menghina dan menjatuhkan maruah pengantin. Sekiranya ia boleh menjatuhkan aib mana-mana pihak hukumnya adalah makruh. Itu jika hadiah diberikan secara peribadi tau!
Ads
Hukum pemberian hadiah tidak senonoh seperti dalam video tersebut dalam persekitaran khalayak ramai sehingga boleh menjatuhkan aib pasangan pengantin, keluarga dan majlis perkahwinan itu sendiri boleh jatuh kepada berdosa dan haram.
Lagipun, Allah SWT katanya sangat suka dengan orang yang menutup keaiban. Siapalah kita untuk membuka aib orang secara terang-terangan seperti trend tular itu?
“Saya khuatir perkara ini menjadi amalan tidak baik kepada anak muda. Saya nasihatkan anak-anak muda supaya menjaga adab ketika menghadiri majlis perkahwinan, beri hadiah dan berseloroh,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah tulang bengkok bukan soal kesihatan yang boleh diabaikan. Hanya mereka yang mengidapnya akan tahu betapa sakitnya apabila tulang membentuk seperti huruf S.
Begitulah yang dilalui oleh seorang remaja berusia 13 tahun di India yang terpaksa menangung ‘kepala senget’ sebelah pada sudut 90 darjah selama berbelas tahun.
Namun, bagaikan mimpi menjadi kenyataan apabila kini remaja ini dilapor dapat menjalani pembedahan kepalanya di Hospital Apollo, New Delhi, India dengan kos sebanyak £26,000 (RM142,277.78). Hal ini setelah satu akhbar tempatan di sana ada berkongsikan mengenai masalah yang dihadapi oleh Afsheen.
Malah dari situlah satu laman telah ditubuhkan bertujuan untuk mengumpul dana perubatan bagi merawat masalah kepala senget sebelah remaja berkenaan.
Risiko Hanya 50% untuk hidup
Bagaimanapun menurut pihak hospital, Afsheen hanya mempunyai peluang kurang daripada 50 peratus untuk hidup jika dia menjalani prosedur pembedahan itu.
Namun, nasib menyebelahi remaja itu apabila dia berjaya menjalani pembedahan tersebut dengan selamat.
Remaja ini memang bertuah. Afsheen yang menghidap cerebral palsy itu kini berada dalam keadaan sihat. Dia turut meluahkan rasa terima kasihnya kepada orang ramai menerusi satu posting di laman Instagram miliknya.
“Terima kasih Dr. Rajagopalan Krishnan kerana memberi saya kehidupan baru,” tulis Afsheen menerusi laman Instagram.
Menurut laporan Daily Star., Afsheen Gul yang berasal dari Pakistan itu menderita masalah ini sejak dia berusia lapan bulan.
Difahamkan, Afsheen terdahulu dilahirkan dalam keadaan sihat. Namun satu kejadian tidak disengajakan ketika dia masih kecil telah berlaku. Dia didakwa pernah jatuh tergelincir ketika masih kecil lalu menyebabkan kepalanya menjadi senget sebelah sebanyak 90 darjah.
Moga adik Afsheen terus sihat dan boleh menjalani hidup seperti orang biasa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Rasanya baru sahaja mengidam nak makan Grilled Chicken Foldover McDonald’s, hari ini restoran makanan segera popular itu sudah pun mengeluarkan promosi baharu yang bakal dilancarkan untuk menu Ramadan nanti.
Kali ini, mereka tampil dengan menu foldover baru yang kelihatannya sangat menyelerakan, versi Crispy Fish. Uish, wajib try ni!
Istimewa juga sempena Ramadan kali ini, McD menyediakan minuman berasaskan kurma seperti Iced Kurma Latte dan Ice Kurma Milk.
Ha, dah terliur kan?
Untuk menu pencuci mulut pula, korang boleh dapatkan dessert terbaru daripada McD iaitu Chocolate Banana Pie yang ranggup di luar, disertakan chocolate filling bersama isi pisang didalamnya.
Nah, Banana Sundae dan Chocolate Banana McFlurry pun ada tau.
Hm, belum puasa pun dah terliur.
Namun begitu, korang tetap perlu mematuhi PKP dan setiap pesanan boleh dibuat secara online atau pun drive-thru. Jangan pula korang bersesak-sesak dekat McD tu sebab nak dapatkan menu ni semua ya. Pesan secara online lebih selamat.
Hal ini pasti sangat mengejutkan. Malah ia pasti sesuatu yang sukar diterima oleh kedua ibu bapanya. Hanya disebabkan swab test COVID-19 patah di dalam hidung ketika pemeriksaan dilakukan, seorang kanak-kanak lelaki comel meninggal dunia.
Dalam satu kejadian berlaku di Arab Saudi, seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia di Hospital Umum Shaqra apabila alat swab test hidung patah di dalam hidungnya. Menurut Sabaq News, kanak-kanak kecil ini dibawa ke hospital apabila alami demam tinggi.
Dia kemudian mendapat rawatan untuk memeriksa adakah dirinya terjangkit COVID-19? Namun ketika diperiksa menggunakan alat swsb yang dimasukkan ke hidungnya, alat itu patah di dalam hidungnya sehingga memaksa doktor menggunakan ubat bius untuk melihat di mana kedudukan alat test swab tersebut.
Malangnya, alat swab itu melekat di tekaknya yang membawa akibat kepada kesukarannya bernafas hingga membawa kepada punca kematiannya.
LAGI KES KANAK-KANAK MENINGGAL DUNIA DALAM KEADAAN TRAGIS . BACA SINI
Dalam pada itu, Gulf News melaporkan, anak kecil tersebut meninggal dunia selepas 24 jam memasuki hospital tersebut. Ayahnya, Abdullah Al Joufan ketika menceritakan detik sedih itu mengakui, awalnya dia menolak agar anaknya dibius untuk melihat di mana alat swab tersebut tetapi para doktor mendesak agar scan dilakukan. Namun ketiadaan doktor pakar yang sedang bercuti menyukarkan pembedahan dilakukan dengan segera untuk menarik swab yang terlekat di tekak anak kecil itu.
Akui Al Joufan, sebaik mengetahui doktor pakar bercuti, dia mahu memindahkan anaknya ke sebuah hospital di Riyadh tetapi malangnya ambulan pula datang lambat. Sebaik ambulan datang, anaknya sudah pun meninggal dunia.
Ekoran kisah ini menjadi viral, bapanya mendapat panggilan telefon dari Menteri Kesihatan Arab Saudi, DR Tawfiq Al Rabiah yang menyampaikan ucapan sedih di atas pemergian anak kecil itu malah salam juga disampaikan dari Pengarah Urusan Kesihatan di Royadh Hassan Al Shahrani. Malah Menteri Kesihatan itu berjanji akan menyiasat kes ini dengan lanjut.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...