Bergaya Lebaran Nanti Dengan Koleksi Kasut Raya LARRIE, Ini Tip Pilih Kasut!

Share

Raya kan hanya setahun sekali, tak salah kalau nak bergaya dengan selesa.

Menjelang hari raya Aidilfitri, kami pasti ramai yang teruja membeli persiapan raya seperti baju, kuih-muih dan tidak terkecuali kasut raya juga.

Kasut adalah pelengkap gaya. Bila sudah manis bergaya dengan persalinan baju kurung , kebaya atau jubah pada lebaran yang bakal menjelang minggu hadapan, tentu spoil jika tersalah memilih kasut untuk dipadankan

ARTIKEL BERKAITAN : Tampil 50 Model, Jalan Bukit Bintang KL Jadi ‘Runway’ Koleksi Raya LazLOOk Lazada

Untuk pengetahuan korang, bersempena Aidilfitri 2023 yang bakal menjelma, LARRIE jenama kasut terkemuka di Malaysia memperkenalkan koleksi baharunya yang bertemakan “Milano Flair”.

Koleksi “Milano Flair” diilhamkan dari konsep yang menawan, ikonik dan mengikut arus permodenan dunia fesyen. Koleksi baharu yang menarik ini  menampilkan warna rona romantis dan lembut seperti lemonade pink, romantic white, lucite green, royal blue, toasted almond, dan glacier grey.

Check this out!

Tip Pilih Kasut

Bercakap mengenai kasut ini, REMAJA senaraikan beberapa tip untuk korang membeli kasut dengan sesuai.

  • WAKTU TEPAT MEMBELI KASUT

Tahukah anda, waktu paling sesuai untuk membeli kasut ialah pada waktu petang? Hal ini disebabkan saiz kaki yang mengecut pada waktu pagi dan mengembang pada waktu petang.

Semasa anda mencuba kasut baharu, pastikan terdapat ruang untuk jari kaki anda bergerak dan cuba berjalan beberapa langkah untuk melihat potongan san saiz yang sesuai. Rasakan juga keselesaanya. Jika rasa ketat dan sempit, pastikan cari kasut yang lebih besar dan selesa untuk dipakai.

  • JIKA BUKU LALI BESAR

Elakkan dari memakai kasut bertali di buku lali. Ini untuk mengelakkan buku lali anda nampak lagi besar. Sebaliknya, pastikan kasut yang dipilih jenis pump yang membuatkan kaki kelihatan lebih slim dan panjang.

Dari segi warna, cari warna yang lebih selamat seperti hitam, putih, kelabu, krim dan coklat. Untuk yang lebih berani, anda boleh mengenakan kasut berwarna kontras. Ini akan membuatkan anda nampak berani dan meenyerlah di pagi raya.

  • JIKA MEMPUNYAI KAKI LEBAR

Elakkan membeli kasut yang mempunyai potongan runcing di hadapan. Ia akan membuatkan kaki anda berasa sakit, tersepit, melecet dan membengkak. Anda boleh cuba kasut jenis tertutup jenis bulat di bahagian hadapan kerana ia menutup kaki yang ‘gemuk’. Potongan jenis ini selalunya dapat memberikan keselesaan yang berpanjangan.

Elakkan juga kasut yang bertali halus. Ia membuatkan kaki anda seperti bengkak dan isi kaki terkeluar dari jaringan tali-tali kasut. Sebaiknya, pilih kasut bertali lebar agar ia kelihatan lebih kemas dan cantik.

Sebagai penutup, pastikan membeli kasut mengikut bentuk kaki korang yang sesuai. Ini adalah supaya kasut yang dibeli masih boleh dipakai walaupun selepas hari raya. Jika anda membeli kasut secara online, pastikan kasut yang dibeli mengikut citarasa dan keselesaan anda, bukan sekadar harganya yang murah. Apapun, pilihan di tangan anda, tepuk dada tanya selera sendiri ok.

BACA LAGI : Sambutan Raya Lebih Sakan Dengan Baju Dari Koleksi The House Of #ZALORAYA2023

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana