Selama ini, imej pelakon Hollywood, pengarah dan humanitarian, Angelina Jolie cukup dikenali sebagai seorang wanita yang kuat dan tidak mudah mengalah dalam apa juga yang diusahakan.
Jelitawan berusia 46 tahun itu bagaimanapun tidak dapat mengelak daripada dilanda rasa sebak sewaktu berucap di Kongres Amerika Syarikat yang berlangsung kelmarin di Washington DC.
Jelas kedengaran suara Angelina sedikit ‘pecah’ apabila beliau menyeru agar penggubal undang-undang AS meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) bagi memerangi isu keganasan rumah tangga melibatkan wanita dan kanak-kanak di Amerika Syarikat.
Ads
“Hakikatnya, keganasan yang berlaku di rumah telah dinormalisasikan di negara kita.
“Saya ingin tumpuan diberikan kepada kanak-kanak yang sering dilanda ketakutan dan menderita selama ini. Ramai yang telah menjadi mangsa kerana kita terlambat untuk meluluskan undang-undang ini,” ujarnya sambil berikrar untuk menyokong sebarang bentuk bantuan perubatan dan bantuan perundangan kepada kanak-kanak yang selama ini terdedah dengan keganasan domestik.
Selain Angelina, turut berada di kongres tersebut adalah bekas mangsa keganasaan rumah tangga yang terselamat.
Ads
“Ini adalah salah satu undian paling penting boleh anda berikan pada tahun ini di peringkat senat.
“Walaupun saya sedang berdiri di pusat pemerintahan negara kita yang mempunyai pelbagai kuasa, saat ini apa yang saya fikirkan adalah insan-insan yang diperlakukan pendera masing-masing sehingga mereka merasa tidak berkuasa lagi; sistem negara kita gagal melindungi mereka.
“Apabila kongres membiarkan Akta Keganasan Terhadap Wanita tidak diperbaharui selama sedekad, ia membuatkan mangsa-mangsa ini merasa lebih tidak berkuasa,” tegasnya lagi.
Ads
RUU tersebut akhirnya diluluskan apabila sekelompok besar senator AS bersetuju sudah tiba masanya agar perlindungan yang diberikan kepada mangsa keganasan domestik terbela.
Kata Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dalam satu kenyataan, beliau gembira RUU ini telah dibawa ke hadapan bersesuaian dengan perubahan zaman.
Tinjauan REMAJA di media sosial mendapati warganet tertanya-tanya sekiranya rasa sebak yang dirasai Angelina Jolie ini ada kena-mengena dengan dakwaan terhadap bekas suaminya, Brad Pitt yang dikatakan pernah bersifat agresif ke atas anak sulungnya, Maddox satu ketika dahulu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita semua sedia maklum bahawa kebanyakan masyarakat di Malaysia kini lebih gemar menonton drama Korea, khususnya bagi anak-anak muda.
Bukan hanya kerana para pelakon mempunyai raut wajah yang kacak dan menawan, ia juga adalah disebabkan jalan ceritanya yang menarik dan banyak teladan yang diperoleh menerusi hasil karya drama atau filem mereka.
Namun begitu, isu ini dibangkitkan dalam Parlimen apabila Senator Mohd Apandi Mohamad menegaskan bahawa pengaruh drama Korea menjadi salah satu faktor kecenderungan bunuh diri dalam kalangan masyarakat, terutama golongan remaja di negara ini.
Beliau berkata, kebanyakan kes bunuh diri di kalangan remaja adalah kerana terdorong dengan pengaruh k-drama. Ini kerana, katanya ada drama Korea mempunyai elemen bunuh diri apabila gagal dalam hidup.
“Setuju atau tidak, maknanya bila gagal… bunuh diri, gagal… bunuh diri. Adakah kerana mereka terlalu terpengaruh dengan drama Korea ini,” katanya.
Walau bagaimanapun, berita yang telah dikongsi oleh Harian Metro ini mendapat reaksi netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dan bersikap sarkastik dengan kenyataan itu.
Sebenarnya ada banyak faktor yang mungkin menyebabkan berlakunya kes bunuh diri. Jangan hanya sewenang-wenangnya menunding jari jika tidak dapat mengemukakan kajian yang telah dibuat terlebih dahulu.
Selain daripada faktor kediaman yang perlu dibersihkan dan barangan yang perlu dibuang setelah kediaman dinaiki air, salah satu kegusaran mangsa bencana banjir tentunya adalah keadaan kenderaan yang entah masih boleh dihidupkan ataupun tidak.
Justeru, syarikat automotif tempatan, PERODUA tampil ke hadapan untuk meringankan beban pemilik kenderaan jenama tersebut.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, perkhidmatan nilai tambah ini adalah usaha syarikat tersebut untuk selalu bersama pelanggan mereka sewaktu berlakunya bencana domestik seperti ini.
Perodua kini menawarkan rebat perkhidmatan tunda, diskaun ke atas alat ganti terpilih dan pemeriksaan kenderaan percuma.
Selain itu, korang boleh menuntut perkhidmatan menunda sehingga kos maksimum RM100 di kedai servis Perodua berdasarkan syarat-syarat yang dikenakan.
Mereka turut menawarkan potongan diskaun 20 peratus bagi alat ganti terpilih yang telah rosak akibat banjir. Ini merangkumi barangan elektronik, gasket baik pulih enjin, tempat duduk kenderaan, trim pintu dan permaidani.
Jelas Perodua lagi, alat ganti tulen akan dilengkapi dengan jaminan pengeluar. Oleh itu, mereka meminta pelanggan untuk tidak menggantikan bahagian yang sudah rosak dengan alat ganti tiruan kerana ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan.
Disebabkan terdapat beberapa pusat perkhidmatan Perodua yang kini turut sama terjejas akibat banjir, pelanggan digalakkan untuk merujuk kepada mana-mana cawangan perkhidmatan Perodua di seluruh Malaysia untuk mendapatkan bantuan.
Korang boleh menghubungi talian khidmat pelanggan bebas tol Perodua di talian 1-800-88-5555 untuk bantuan tunda (terma dan syarat dikenakan).
Dengan inisiatif yang dilakukan pihak Perodua ini, setidak-tidaknya ramai pemilik kenderaan Perodua dapat membaik pulih kenderaan mereka tanpa perlu mengeluh dengan kos membaiki yang terlalu tinggi.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Let’s face it. Apa saja produk yang dikeluarkan oleh selebriti dan Dewi Remaja 2009/10 iaitu Noor Neelofa pasti akan menjadi rebutan ramai peminatnya.
Tambahan pula apabila Starbucks Malaysia menjalin projek kolaborasi bersama jenama Naelofar Hijab pada minggu ini dan mengeluarkan koleksi hijab edisi terhad!
Sejak Isnin lalu, korang boleh ke stor Starbucks terpilih untuk mendapatkan 3 warna hijab rekaan pleated dan seakan crepe. 3 warna itu pula dinamakan sempena minuman popular di situ iaitu Caramel, Green Tea dan Mocha.
Bagi setiap jualan ‘sebotol’ hijab ini, RM1.00 akan didermakan untuk projek Naelofar + Starbucks “MY Cups of Kindness” bagi membantu mereka yang memerlukan.
Apa yang menarik perhatian REMAJA adalah rasa teruja di kalangan peminat Neelofa, peminat Naelofar Hijab, pelanggan Starbucks dan para hijabis, secara amnya. Terlalu banyak soalan yang mereka tujukan sehingga admin akaun media sosial Starbucks sudah menyediakan jawapan standard bagi soalan berikut..
Di Mana Untuk Dapatkan?
Di kesemua cawangan stor seluruh negara.
Sampai Bila Ada?
Selagi stok masih ada di cawangan stor.
Ada Personal Shopper Tak?
Penulis lihat ramai yang menawarkan khidmat PS kerana sukar untuk memperolehi warna shawl yang mereka gemari. Habis stok!
Seorang Boleh Beli Berapa?
Beli jelah sis, tiada peraturan 1 hijab untuk seorang pembeli pun. Asalkan dompet berduit, kad debit berbaki..
*
Jadi, korang rasa berbaloi tak untuk dapatkan edisi terhad hijab ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Personaliti media sosial, Kim Seri baru-baru ini tampil mengakui kelemahan pengurusan kewangan perniagaan melibatkan restoran miliknya di Korea Selatan yang mengalami kerugian menjadi punca...