Gurauan Bertukar Tragedi, Remaja Ditemui Rentung Dalam Kebakaran Tandas Awam

Share

Ajal, maut ditanganNYa, siapa sangka gurauan berakhir dengan kematian.

Siapa sangka hanya kerana gurauan bersama rakan membawa padah apabila seorang remaja lelaki ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah tandas awam di Bandar Puncak Alam petang tadi.

ARTIKEL BERKAITAN : “Jika Nak Rogol, Rogol Perempuan 18 Tahun Ke Atas..” Gurauan Guru Sekolah Menjelikkan

Foto Via FB Page Love Kuala Selangor

Menurut laporan hasil maklumat saksi dan dua rakan kepada mangsa, mereka bertiga dipercayai melepak dan bermain pemainan video di dalam tandas tersebut manakala mangsa sedang tidur di atas sofa di hadapan pintu tandas.

Norazam berkata rakan mangsa dipercayai telah menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau namun setelah asap tebal dan api semakin besar, dua rakan mangsa telah lari ke luar tandas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.35 petang dan apabila tiba di lokasi didapati api telah padam serta menemukan Muhamad Damin Mikhail Kansol, 16, yang rentung di tandas awam.

Foto Via FB Page Love Kuala Selangor

“Mangsa yang tersedar daripada tidur berada dalam keadaan separa sedar kemudian melarikan diri ke dalam tandas,” katanya.

“Bomba seterusnya mengeluarkan mangsa dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Nak bergurau pun berpada-pada okay!

BACA : Suka Tengok Bomba Padam Kebakaran Punca 2 Kanak-Kanak Sengaja Bakar 23 Buah Rumah

Sumber : BERNAMA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana