Berhenti Guna Pinggan Seramik Ini, Boleh Menyebabkan Hilang Ingatan & Sakit Darah Tinggi

Share

Tidak dinafikan pinggan mangkuk dengan cetakannya yang berwarna-warni dan cantik dapat memberi satu daya penarik bukan sahaja hidangan tampak lebih lazat. Malah set meja nampak ada kelas tersendiri.

Walaupun, sebelum ini pernah dibangkitkan isu ini, namun masih ada yang memandang remeh. Awas ya!

Foto Via Pexels

Bahan Kimia Terkandung Dalam Pewarna Seramik

Perkara itu turut dibangkitkan semula oleh Pakar Kulit, Pusat Rawatan Kecantikan Narqes, Dr Muhammad Imran Faisal menerusi laman sosial, Twitter miliknya.

Mengikut penjelasan Dr Muhammad Imran, pinggan seramik bercorak yang dijual murah, berkemungkinan dicemari dengan plumbum. Perkakas seumpama itu tidak sesuai digunakan untuk meletak lauk-pauk kerana ia boleh menimbulkan masalah kesihatan yang serius.

Dr Muhammad Imran kemudian berkongsi implikasi bahaya penggunaan pinggan mangkuk jenis tersebut kepada organ dalaman tubuh manusia. Berikut kesan-kesannya:

  • Otak: Berupaya untuk hilang ingatan, kurang fokus, sakit kepala dan tertekan.
  • Kardiovaskular: Berlakunya masalah tekanan darah tinggi.
  • Buah pinggang: Fungsi ginjal menjadi abnormal dan berupaya untuk rosak.
  • Sistem penghadaman: Berlakunya masalah sembelit, loya dan kurang selera makan.
  • Sistem pembiakan: Bagi lelaki, mereka akan berhadapan masalah kurang minat untuk melakukan hubungan seks, penurunan bilangan sperma dan ia (sperma) menjadi abnormal. Bagi wanita pula, mereka berhadapan masalah keguguran.
  • Tubuh mudah untuk berasa lesu, sakit otot dan sendi.
    Sistem saraf: Kerosakan saraf termasuk rasa sakit dan kebas pada bahagian kaki.
Foto Via Pexels

Hanya Sesuai Untuk Hiasan

Mengikut kepada keadaan fizikalnya yang berwarna, adalah lebih baik andai ia cuma dijadikan perhiasan rumah. Elak untuk memanaskan lauk di dalam pinggan mangkuk tersebut di dalam ketuhar gelombang mikro atau menghidangkan makanan-makanan panas di dalam pinggan yang memiliki permukaan bercat kerana takut kalau-kalau ia memudaratkan kesihatan.

Makanan berasid seperti sos tomato, kicap, buah-buahan berasid turut perlu dielakkan kerana khuatir ia bertindak balas dengan sifat kimia dari bahan cat tadi, lalu menyerap masuk ke tubuh menerusi darah dan merebak ke dalam organ hingga menyebabkan penyakit.

Moga bermanfaatdan degil nak guna okay!

BACA LAGI : Berhenti Guna Produk Kosmetik Ini, Boleh Menyebabkan Saraf & Buah Pinggang Rosak

Sumber : 1

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana