Di dunia media sosial yang serba pantas ini, masing-masing kini berlumba-lumba untuk menjadi pencipta kandungan (content creator) selepas dimomokkan dengan tanggapan yang bidang ini mampu menjana pendapatan lumayan selain boleh meraih populariti.
Namun, tahukah anda, kebanyakkan pencipta kandungan tidak bermula dengan nak mencari duit atau keuntungan semata tetapi sebab minat.
Lantaran itu, para anak muda dinasihatkan untuk tidak tergesa-gesa dalam memilih content creator sebagai kerjaya tetap sehingga memutuskan untuk menamatkan pengajian di peringkat sekolah mahupun universiti.
Menurut pempengaruh terkenal, Khairul Aming, kerjaya sebagai pencipta kandungan sepenuh masa tidak semudah yang disangka. Malah, ia menuntut komitmen yang sangat tinggi serta kebijaksanaan dalam pembikinan konten.
“Janganlah sampai berhenti belajar. Nasihat saya kepada anak-anak muda yang nak menceburi bidang ‘content creator’, habiskan belajar dahulu.
“Bidang media sosial ini bukan mudah. Nak kekal relavan pun makan masa yang banyak. Alhamdulillah, saya kini dah memasuki tahun ke lapan sebagai pembikin konten.
“Namun, perjalan ini bukanlah sesuatu yang mudah sebaliknya ia sangat susah. Kepada adik-adik di luar sana, habiskan belajar dahulu.
“Saya pun lepas kerja baru mula bukannya ketika belajar. Masa itu tetap ada jangan risau,” katanya kepada Remaja.
Ads
Hal ini turut diakui oleh seorang lagi pempengaruh Tik Tok terkenal, Boss James yang merasakan setiap perkara yang ingin dilakukan dalam hidup haruslah disertakan dengan niat dan matlamat yang betul.
“Memang senang pun nak jadi content creator tapi cubalah sendiri dahulu. Nak memastikan apa yang kita buat ini menjadi, memang ada caranya. Nak jadi terkenal pun boleh melalui cara yang baik atau buruk. Janji menjadi.
“Namun, bila anda nak membuat sesuatu, adakah matlamat dan niatnya betul?Adakah destinasi terakhir anda akan membantu anda untuk jangka masa yang panjang,” katanya.
Jelas Pengarah Urusan, Berjaya Mega Motors ini lagi, dia melihat ilmu pengetahuan akan membantu penghasilan kandungan yang lebih berkualiti selain membantu menetapkan hala tuju bagi pencipta kandungan.
Ads
“Pada anak muda yang nak berhenti belajar walaupun daripada tingkatan satu, tak mengapa. Tapi anda kena ingat, adakah anda mahu ilmu anda setakat itu sahaja?
“Adakah anda mahu bila bersembang dengan orang tapi anda tak faham apa yang diperkatakan. Orang sembang fasal basic ekonomi pun anda tidak faham. Malu nanti.
“Kita tak tahu bila masanya kita akan berjaya. Andai kata satu hari nanti anda berjaya tapi tak memiliki ilmu dan nilai-nilai hidup, susah juga nak survive,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Boss James turut berpandangan untuk menjadi pencipta kandungan berjaya, seseorang itu haruslah percaya kepada proses.
Ads
“Saya mengambil masa selama hampir empat tahun setengah untuk sampai ke tahap ini. Ia bukan perjalanan yang mudah.
“Saya sudah belanjakan banyak wang ringgit untuk menimbal ilmu tentang pembikinan konten. Saya berhabis banyak untuk jurukamera dan peralatan untuk menghasilkan konten.
“Pelaburan itu penting tapi kena hati-hati kerana bukan semua orang mengajar perkara yang betul,” akhirinya.
Terdahulu, Boss James dan Khairul Aming ditemui ketika majlis sidang media Tik Tok Awards Malaysia 2023 yang berlangsung The Godown Arts Center, Kuala Lumpur pada Selasa.
Malah, kedua-dua mereka juga tercalon bagi kategori Tik Tok Creator Of The Year.
Tik Tok Award Malaysia 2023 bakal berlangsung pada 27 Ogos ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.
Anugerah yang diadakan buat julung kalinya ini akan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 bermula jam 9 malam.
Tiga selebriti terkenal tanah air iaitu Sherry Alhadad, Izzue Islam dan Amelia Henderson telah diberikan tanggungjawab selaku pengacara.
Kredit Foto: Instagram Boss James
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi pencinta kucing, ‘si bulus’, ‘oyen’ atau apa saja panggilan comel yang diberikan. Sebenarnya, korang memerlukan dedikasi tinggi untuk menjaga mereka. Selain penjagaan makan, minum dan menguruskan kebersihan, korang perlu memberikan perhatian dan perlu kerap membelai.
Tapi masalahnya bagaimana kita nak tahu yang kucing peliharaan ini happy? Pernah tak korang tertanya-tanya apa maksud di sebalik bunyi mengiau seekor kucing itu? Adakah ia mahukan perhatian, atau sedang happy?
Oleh yang demikian, macam mana pula nak tahu yang kucing kita bahagia dengan kita? Jawapannya ada dikongsi oleh @neat.caroline di halaman TikToknya:
Meskipun kucing tidak dapat berkata-kata untuk menzahirkan rasa terima kasih, tetapi ia sering menunjukkan rasa kasih sayang terhadap tuannya menerusi beberapa cara. Ini termasuklah:
1. Membuat gerakan seperti mengurut
Saat kucing membuat gerakan seperti mengguli doh atau mengurut di atas selimut, bantal, atau tubuh tuannya, ini terlihat sangat comel. Tapi sekaligus menjadi tanda yang hatinya sedang sangat happy.
2. Kucing senang bersentuhan atau bergesekan
Kucing yang hidup bersama dengan tuannya memiliki ikatan sosial yang sangat kuat. Kucing ini akan menggesekkan atau menyentuhkan badan ke pemiliknya semasa mereka merasa happy!
3. Kucing menunjukkan perutnya
Kucing yang gembira dan bahagia tidak malu menunjukkan sifat sebenarnya seperti menunjukkan perutny. Maksudnya, kucing anda percaya pada anda kerana bahagian perutnya amatlah sensitif.
4. Tidur dengan lidah terkeluar
Maksudnya kucing anda dah selesa dengan anda!
5. Kucing selalu membersihkan dirinya
Kucing sangat teliti dalam kebersihannya, walaupun tanpa bantuan manusia. Apabila bulu kucing terawat baik, maka itu petanda yang sangat baik. Kucing menjaga kesihatannya. Saat bulunya bersih, jadi kucing akan merasa sihat dan memiliki perasaan positif.
6. Ekor kucing anda berbentuk tanda tanya
Kucing yang bahagia dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi akan membentuk ekornya dalam bentuk tanda tanya. Ini menandakan kucing dalam suasana hati yang senang dan biasanya siap untuk berinteraksi.
7. Kucing menggunakan litter box
Jika najis keluar dari litter box, itu boleh menjadi tanda masalah kesihatan atau ketidakbahagiaan. Jika masalah terus berlanjut, segera berjumpa dengan doktor haiwan.
Semoga membantu anda lebih mengenali si bulus anda!
Video penuh:
Untuk pengetahuan korang, bukan sekadar haiwan kesayangan Nabi namun menjaga dan membela kucing juga dapat membantu stres. Malah, meningkatkan love hormon dalam badan kita juga. Hebatkan membela si bulus ni.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Makan ini bukan sahaja mudah dibuat, tetapi juga sangat sesuai untuk dinikmati dalam apa jua suasana – menonton TV, berkumpul dengan keluarga, atau sebagai makanan ringan parti.
Apa kata anda cuba buat sendiri dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh TikToker makanan popular yang juga pemilik restoran, Hisham Raus.
Nancos
Bahan-bahan:
Kerepek Nachos
Bahan untuk inti:
– Dua bungkus daging lembu atau ayam kisar
– Tiga ulas bawang putih
– Sesudu besar serbuk lada hitam
– Garam
– Gula
Cara-cara membuat inti:
– Panaskan minyak masak dalam kuali
– Masukkan bawang putih yang dihiris halus, serbuk lada hitam, garam dan gula.
– Goreng sehingga masak
Bahan-bahan hiasan:
– Bawang besar dipotong dadu
– Lada benggala hijau, merah dan kuning dipotong dadu (optional)
– Tomato dipotong dadu
Bahan-bahan untuk sos putih:
Sos Nancos
– Satu sudu besar yogurt
– Satu sudu besar cream cheese
– Setengah cawan mayonis
– Tiga ulas bawang putih
– Satu sudu besar serbuk lada hitam halus
– Daun parsley
– Garam, gula dan sedikit air
* Campur dan kisarkan semua bahan
Bahan-bahan untuk sos hijau:
– Setengah cawan mayonis
– Empat tangkai cili hijau
– Air perahan setengah biji lemon
– Daun ketumbar
– Sedikit air
* Campur dan kisarkan semua bahan
Masukkan daging, bahan hiasan dan sos ke dalam bungkusan kerepek Nachos. Mudah bukan? Selamat mencuba!
Bekas pemain bola sepak kebangsaan era 1950-an dan 1960-an, Robert Choe Kim Chwee baru-baru ini dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi Selasa di Hospital Melaka pada usia 85 tahun.
Persatuan Bola Sepak Melaka (Melaka FA) dalam satu kenyataan memaklumkan pemergian legenda bola sepak negara itu merupakan satu kehilangan besar buat dunia sukan tanah air.
“Salam takziah kepada keluarga mendiang Robert Choe dan sumbangannya dalam sukan ini tidak akan dilupakan,” menurut kenyataan itu.
Sebagai penyerang utama skuad negara ketika itu, beliau digeruni pihak lawan kerana kehebatannya menjaringkan gol ‘bicycle kick’, tandukan dan kelincahan beraksi meskipun bertubuh kecil.
Dalam pada itu, zaman kegemilangan mendiang bersama pasukan kebangsaan diwarnai kemenangan Pestabola Merdeka tiga kali berturut-turut iaitu pada 1958, 1959 dan 1960 selain merangkul pingat gangsa di Sukan Asia 1962.
Beliau bersara sebagai pemain pada 1966 selepas Sukan Asia kelima yang menjadi kejohanan terakhirnya sebelum menceburi bidang kejurulatihan termasuk pernah memegang peranan sebagai ketua jurulatih pasukan Melaka.
Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim menyampaikan salam takziah kepada keluarga mendiang menerusi laman Facebooknya.
“Pada 2023, saya bersama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) berkesempatan menziarahi beliau di kediamannya di Ujong Pasir untuk bertanya khabar dan menyampaikan sedikit sumbangan.
“Pemergian ini adalah satu kehilangan besar buat dunia sukan tanah air dan semoga keluarga mendiang diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini…terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan,” katanya.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayangkan berjalan masuk ke bilik temu duga, dan sebelum sempat ucap “selamat pagi”, panel penemuduga sudah tersenyum lebar. Kenapa? Mungkin sebab kamu kelihatan “presentable”...