Setelah kejayaan menarik kira-kira 3000 pengunjung pada tahun lepas, TAPAUfest kembali
berlangsung pada 7 dan 8 Oktober 2023 di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak.

Berlatarbelakangkan tasik dan gunung-ganang, TAPAUfest menjemput komuniti
indie Asia Tenggara untuk #LepakLenggong bersama artis indie ternama dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand dengan tema #SerumpunBerpesta.

ARTIKEL BERKAITAN: ST12 Bakal Gegar Pentas Zepp KL 10 November Ini! Tampilkan Hazama Sebagai Penyanyi Undangan

Berhibur Sambil Layan Keindahan Alam, TAPAUfest Bakal Temui Geng Indie Oktober Ini!

“Dari taksub cuba nak jadikan festival kita lebih besar dan besar setiap tahun, kita buat
keputusan untuk beri lebih perhatian kepada butiran-butiran kecil terutamanya dalam kurasi bagi membawakan komunti indie dan rakyat Lenggong terlibat sama,” kata Pengarah Kreatif TAPAUasia Sdn. Bhd, Ahmad Faris.

Tahun ini TAPAUfest juga memberi penghormatan kepada wanita yang membentuk ‘scene’ ini. Ini dapat dilihat melalui kerjasama mereka dengan Newruul, seniman muda di sebalik rekaan poster dan ‘merchandise’ rasmi, sementara barisan di PENTAS (pentas muzik) pula
menampilkan ramai bakat wanita yang sedang menempa nama.

Ads

Berhibur Sambil Layan Keindahan Alam, TAPAUfest Bakal Temui Geng Indie Oktober Ini!

Menutup tirai hari pertama adalah penyanyi muda Indonesia, Nadin Amizah yang kian
memenangi hati jutaan peminat terutamanya dari Indonesia dan Malaysia. Dengan karya
terbarunya “Rayuan Perempuan Gila” dan “Semuanya Dirayakan” mendapat sambutan hangat, persembahan Nadin berlatarkan tasik nanti pastinya menjanjikan pengalaman yang cukup istimewa.

Selain itu, artis yang akan mengakhiri persembahan TAPAUfest tahun ini merupakan anak kelahiran Borneo yang menjadi perintis awal dalam pergerakan muzik indie. Pada tahun 2009, single hitsnya “Kantoi” dan “Bitter Heart” membawanya jauh sehingga ke peringkat antarabangsa.

Ads

Pernah tampil di NPR Music Tiny Desk Concerts pada 2020, kemunculan Zee Avi dengan
lagu-lagu melankolik adalah cara paling indah untuk melabuhkan tirai TAPAUfest 2023.

Berhibur Sambil Layan Keindahan Alam, TAPAUfest Bakal Temui Geng Indie Oktober Ini!

Persembahan muzik di PENTAS hanya akan bermula pada jam 5 petang bagi memberikan
masa kepada pengunjung festival untuk meneroka keajaiban Lenggong yang penuh dengan
keindahan alam serta destinasi makan dan minum.

Ads

Pengunjung boleh menempah tapak khemah di Santuy Campsite dan sertai sesi unggun api dan persembahan akustik atau buat mereka yang inginkan pengalaman lebih minimal boleh mengikat ‘hammock’ di antara dahan pokok menerusi Outsiders Campout.

Tiket masih lagi dijual di www.TAPAUfest.asia bermula RM175 Tiket Solo Daily (1 tiket Hari 1 atau Hari 2), Tiket Solo Weekend (1 tiket Hari 1 dan Hari 2) – RM330 dan Tiket Geng Weekend (4 tiket untuk Hari 1 dan Hari 2) – RM1200.

Berhibur Sambil Layan Keindahan Alam, TAPAUfest Bakal Temui Geng Indie Oktober Ini!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI