Sekali lagi, dunia hiburan kecoh setelah imej Justin Bieber yang memakai selendang atau skaf persis wanita beragama Islam semasa konsertnya di Utah, Amerika Syarikat pada 6 November lalu telah lantas mengundang kontroversi. Justin dikatakan tidak sensitif dan mempersendakan agama Islam.
Menurut laporan Middle East
, penyanyi tersebut teruk dikritik selepas tersebarnya gambar dan video ‘bertudung’ semasa menyanyi.Tampil memakai pakaian serba putih iaitu seluar dengan t-shirt bersaiz besar dan dipadankan dengan tudung di kepalanya bersama-sama dengan cermin mata hitam, ia nyata kelihatan pelik, aneh dan sedikit provokatif terhadap penganut agama yang menjadikan imej bertudung atau berhijab sebagai satu kewajiban.
Gambar itu kemudiannya dikongsikan oleh peminat di laman media sosial dan mendapat pelbagai reaksi meluas. Ada mengecam dan masih ramai juga yang memuji kerana merasakan ia bergaya disamping memuji ‘tudung’ tersebut terletak cantik dan kemas.
Tapi, serius cantiklah design tudung yang Bieber pakai ni…penjual tudung dah ada modal nak menjual ni..hiks
Artikel Berkaitan : Hailey Pertahan Justin Bieber Daripada Netizen Perlekeh Penyakit Lyme Suaminya