Generasi kini mempunyai kebebasan dalam mengekspresikan gaya fesyen mereka. Berketrampilan trendy dan chic, namun masih mengekalkan kesopanan dalam berfesyen.
Bagi penulis apabila memiliki keyakinan yang tinggi dalam diri mereka, pakailah fesyen macam mana sekali pun, ia tetap akan kelihatan cantik.
Tidak percaya, lihat sahaja selebriti-selebriti yang berhijab di Malaysia, gaya mereka berfesyen cukup ringkas, berstail dan ayu serta berkeyakinan. Penampilan mereka yang serba ringkas tetapi masih mengekalkan sentuhan elegan dan sopan ini menjadi contoh yang sesuai untuk wanita bertudung!
Pemenang Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 ini memang tak pernah kalah bila bergaya. Padanan baju blaus bercorak yang dipadankan dengan skirt tiga suku yang mempunyai paras labuh sehingga di bawah lutut sahaja. Tetapi jangan bimbing, bahagian kaki di sembunyikan dengan sarung kaki. Tampak stylo habis kan!
Turban menjadi head dress yang ikonik dalam dunia fesyen terkini, hijabi moden menjadikan turban sebagai head dress bagi menyempurnakan penampilan yang pilih.Wanita yang memilih turban sebagai seleksi fesyen seharian, mereka sangat berkeyakinan dan percaya terhadap sendiri.
Tips – Pemilihan warna turban menjadi fokus utama dalam berfesyen jika kamu memilih untuk menggayakan bersama turban. Jadikan diri korang untuk tampil berani dengan gaya penampilan bersama turban!
Apa susah-susah, padanan blaus kimono dan jeans saja sudah cukup sesuai.
Ads
Tips – Blaus kimono sesuai dipadankan dengan mana-mana seluar asalkan kamu rasa selesa dan bagi yang jenis inginkan pakaian serba ringkas, cukup padankannya bersama seluar jeans.
Jaket menjadikan korang kelihatan bergaya dan berketerampilan. Tapi hati-hati pemilihan tudung, sebaiknya pilih gaya lilitan tudung yang ringkas dan kemas agar penampilan jaket tidak tenggelam.
Tips – Lilitan tudung yang serba ringkas dan kemas menampilkan gaya yang memuaskan, Di tambah pula dengan padanan bersama jaket labuh dengan rona warna yang sesuai dipadankan bersama tudung yang dipakai.
Dress labuh sesuai sangat digayakan oleh wanita bertudung kerana ia menampilkan elemen feminin dan ayu kepada wanita yang memakainya. Selain itu ia juga membuatkan si pemakai kelihatan tinggi dan ramping.
Tips – Padanan dress labuh bersama kasut tumit tinggi menyempurnakan lagi gaya pilihan.
Hah, jangan kata ingat bila dah berkahwin dan mempunyai anak wanita tidak lagi kelihatan stailo, tengok Hanis Zalikha ni tak pernah tak stylo okay !Apa yang penting, kita yakin dan selesa dengan apa yang kita pakai, itu sudah cukup!
Tips – Pemilihan long dress dan jaket atau gardigan adalah pasangan yang sangat sesuai untuk di pakai oleh wanita berusia, belia dan remaja.
So antara semua mana yang paling onz…Kesimpulannya, memperagakan fesyen yang digayakan memerlukan keyakinan di dalam diri wanita, agar mereka tidak kelihatan ‘lemah’.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rancang nak keluar date atau outing bagai nak rak, tapi bile dah keluar kita selalu tak boleh tentukan hendak makan atau minum di mana.
Jadi REMAJA dan KLOOK nak tolong korang decide dengan melihat kepada promosi Eh, What To Eat oleh aplikasi ini.
Promosi yang sedang berlangsung dari sekarang sehingga 31 Mei ini perlu korang rebut kerana kebanyakannya menawarkan deal Beli 1 Percuma 1. Wow!
Antara promosi yang mencuri tumpuan REMAJA ialah #Thirstday. Korang boleh dapatkan minuman percuma dengan setiap pembelian minuman daripada kedai seperti Gongcha (19 Mac) dan Fire Tiger (26 Mac) dari jam 12pm hingga 2pm dengan menggunakan aplikasi KLOOK.
Bermula bulan April pula, mereka akan tawarkan promosi #TuesdayTreats pula di mana korang boleh dapatkan dessert percuma dengan setiap pembelian di Miru Dessert Cafe, Brownies Bar dan macam-macam lagi. Seperti nama promosi ini, ia sah pada setiap hari Selasa je pada bukan April.
Akhir sekali ialah promosi #Friyay khas sempena bulan Ramadan kelak. Buat masa ini, belum ada info lanjut mengenai lokasi deal ini dan KLOOK akan berkongsi mengenainya tak lama lagi. Apa yang pasti, ia akan bermula dari 1 Mei hingga 29 Mei.
*
So guys, itu dia 3 bulan promosi makan dan minum daripada KLOOK!
Iya KLOOK bukan hanya untuk tempahan tiket semasa ingin bercuti saja, korang juga boleh rebut promosi mengenyangkan seperti ini.
Ingat, ia bergantung kepada jumlah stok yang ada. Untuk info lanjut, KLIK di sini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak kemelut saman-menyaman oleh Genting Malaysia Bhd sebanyak RM4.2 bilion ke atas Disney dan Fox, rakyat Malaysia seakan sudah redha je jika rancangan untuk lepak di taman tema baru Genting tidak kesampaian.
Namun dalam perkembangan terbaru pada minggu ini, Genting dikatakan masih dalam perancangan untuk membuka taman temanya seawal Januari 2019 (!) tanpa melibatkan Disney atau Fox.
Maknanya, kerja-kerja pembinaan kini masih dijalankan, PEOPLE.
Menurut kenyataan CEO dan pengerusi Genting, Tan Sri Lim Kok Thay kepada The Edge Markets,operasi pembinaan masih mengikut timeline yang diberi. Tambah beliau lagi, projek itu kini disambung oleh pihak Universal dan Six Flags.
Sebenarnya, perkara tersebut tidaklah mengejutkan, memandangkan Universal Studios Singapore (USS) dimiliki dan diuruskan oleh Genting sendiri. Mungkin juga tarikan Genting selepas ini akan setaraf atau lebih happening berbanding USS.
Untuk pengetahuan korang, Six Flags ialah syarikat taman tema Amerika Syarikat yang terbesar di dunia.
Six Flags Discovery Kingdom di California.
Kata Tan Sri, taman tema ini hanyalah sebahagian kecil daripada pembaharuan yang cuba dibawakan oleh mereka di Genting. Ada banyak lagi fasa yang menanti pengunjung selepas ini.
Nampak, tiada sesiapa boleh menyekat kemaraan pelakon Korea yang popular menerusi drama terbitan Netflix, Squid Game iaitu Lee Jung-jae.
Setelah meraikan kemenangan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) di acara berprestij Screen Actors Guild Awards 27 Februari, pelakon berusia 49 tahun ini sekali lagi memahat sejarah dalam industri lakonan Korea Selatan apabila beliau menjadi pelakon pertama dalam sejarah negara tersebut yang membawa pulang trofi Critics Choice Awards ke-27, pagi ini.
Beliau yang dicalonkan bersama Sterling K. Brown (This Is Us), Mike Colter (Evil), Brian Cox (Succession), Billy Porter (Pose) dan Jeremy Strong (Succesion) telah diumumkan sebagai pemenang kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Drama Bersiri.
“Terima kasih, Tuhan.
“Terima kasih kepada semua orang yang telah menyokong Squid Game. Adalah sukar untuk menggambarkan perasaan ini dalam kata-kata. Terima kasih,” simpulnya.
Kemenangan Jung-jae ini sememangnya telah dijangka setelah beliau memenangi kategori sama bukan saja semasa anugerah SAGs tetapi juga di anugeran 2022 Film Independent Spirit Awards di Santa Monica Pier, California, 6 Mac lalu.
Jung-jae yang membawakan watak Seung Gi-hun dalam Squid Game juga meraikan kejayaan drama tersebut yang secara rasminya telah menjadi program terbitan Netflix paling berjaya dalam sejaranya dengan jumlah tontonan selama 1.65 bilion jam dalam tempoh 28 hari pertama ia ditayangkan di platform penstriman itu.
Turut menyertai Jung-jae di acara ini termasuklah Park Hae-soo dan Jung Ho-yeon serta pengarah Squid Game, Hwang Dong-hyuk. Drama bersiri itu juga dicalonkan untuk kategori Siri dalam Bahasa Asing Terbaik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sekali lagi mencuri perhatian ramai di media sosial selepas tampil dengan imej berhijab.
Menerusi...