Bumi sememangnya planet yang indah dan ia merupakan satu-satunya planet yang memiliki kehidupan. Namun di sebalik keindahan ini, terdapat tempat yang sebenarnya berbahaya untuk dikunjungi salah satunya kawah berapi yang dikenali sebagai
“mouth of hell” di Turkmenistan.
Baru-baru ini, Presiden Turkmenistan iaitu Gurbanguly Berdimuhamedov membuat keputusan untuk menutup dengan segera kawah berapi yang dikenali sebagai “mouth of hell” itu.
Jelasnya, walaupun kawah berapi ini menjadi salah satu tarikan pelancong paling popular di Turkmenistan namun fenomena itu memberi kesan kepada alam sekitar gara-gara pembakaran yang berterusan sejak 50 tahun lalu.
Arahan itu dikeluarkan kepada menterinya agar mereka mencari pakar-pakar yang ada dalam usaha memadamkan pembakaran tersebut.
Untuk info, Kawah berapi ini turut dikenali sebagai gas Darvaza dalam bahasa Turkmenistan: Jähennem derwezesi. “Pintu Neraka” atau “Gerbang Neraka” ini pada mulanya ialah sebuah ladang gas alam yang terletak di Derweze, Turkmenistan, yang runtuh dan menjadi lubang besar, sekaligus membuatnya menjadi kawah gas alam.
Para ahli geologi membakarnya untuk mencegah penyebaran gas metana, dan telah terus menyala sejak tahun 1971. Diameter kawahnya mencapai 69 meter (226 ft), sedangkan kedalamannya mencapai 30 meter (98 ft)
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Harian Metro/ Insider