“Beri Peluang Kepada Mereka…” – Dikecam Kerana Tersilap Cakap, Diana Danielle Minta Netizen ‘Go Easy’ Terhadap Bakat Baharu

Share

Asam garam dunia hiburan pasti akan diterjah oleh wartawan dengan 1001 soalan, namun andai tersilap cakap, padah menanti! Haiyooo..

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Sekadar Publisiti,” – Diana Danielle Enggan Bakat Baharu Leka Dengan Sisi Glamor Dunia Hiburan

Diana Danielle, pelakon wanita Malaysia kelahiran Amerika Syarikat baru-baru ini turut akui bahawa dirinya dahulu sering tersilap kata ketika ditemubual oleh pihak wartawan.

“Bila tgok balik perjalanan karier saya, cara saya handle

kontroversi dan jawab soalan…if saya boleh undur balik masa untuk tangani situasi tersebut dengan cara yang lebih baik, saya akan lakukannya.

“Tapi saya sedar ia adalah suatu perkara dan pengalaman yang harus saya tempohi sendiri untuk belajar daripadanya. Plus, orang takkan ingat apa kita cakap 10 tahun lepas, 20 tahun lepas,” jelasnya ketika ditemui di acara Longines.

Mula berlakon dari usia 9 tahun, pelakon jelita ini turut memohon agar orang ramai memberi peluang dan ruang kepada bakat baharu untuk melakukan kesilapan kerana mereka masih tidak arif tentang selok belok industri sepenuhnya.

“Netizen sepatutnya memberi peluang kepada mereka (bakat baharu) untuk membuat kesilapan dan kemudian belajar dari kesilapan tersebut.

“Beri ruang untuk mereka bina kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri ketika menjawab soalan daripada pihak wartawan,” komennya.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson turut memberi nasihat kepada anak muda yang masih mentah dalam industri hiburan tanah air.

There are no other way but setiap kali kita buat kesilapan, kita belajar balik dan perbaiki diri menerusi pengalaman tersebut.

“Akauntabiliti adalah penting, bukannya menyalahkan pihak lain atau cuba memanjangkan isu tersebut. Just say sorry

dan perbaiki diri sendiri.

BACA LAGI: “Bersyukur Sangat..” 6 Tahun Cedok Pengalaman Sebagai Model Hijabi, Qasrina Karim Capai Tuah Pada 2023 – REMAJA

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IHSAN FOTO: Instagram Diana Danielle

 

Published by
Adriana Syaurah