Rata-rata orang Malaysia gemar bermain ‘kutu’ sesama kawan dan keluarga untuk mendapatkan wang dengan jumlah yang besar, selain daripada menabung.
Biasanya, seorang wakil akan dilantik sebagai ‘mak kutu’ yang ditugaskan untuk mengumpul duit bulanan daripada ahli-ahli yang lain dan akan diberikan secara bergilir-gilir mengikut giliran masing-masing.
ARTIKEL BERKAITAN :
Main Kutu Satu Kesalahan Jenayah, Denda RM500,000 & Penjara 10 Tahun Untuk Ibu KutuTerbaharu, seorang wanita berusia 38 tahun telah didenda oleh Mahkamah Sesyen Butterworth sebanyak RM50,000 selepas dia didapati bersalah menganjurkan kumpulan wang kutu pada 2018, lapor Sinar Harian.
Dia yang dikenali sebagai Nor Jaimah Kamarudin didakwa menganjurkan kumpulan wang kutu kepada lima individu dan setiap peserta dikehendaki membayar sejumlah wang tunai kepada kumpulan tersebut.
Apa yang dilakukan oleh Nor Jaimah bertentangan dengan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 dan kaedah kutu tradisional, di mana dia menawarkan kutu dengan pulangan berlipat kali ganda dengan syarat perlu mencari ahli seramai mungkin.
Peguam yang mewakili Nor Jaimah meminta mahkamah meringankan hukumannya, namun Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia meminta mahkamah untuk mengenakan hukuman yang setimpal kepada Nor Jaimah.
Ada risiko juga ye main kutu ini, so korang hati-hati jika ingin bermain kutu ini. Jika tak mahu situasi seperti ini berlaku, korang boleh juga ‘bermain kutu’ sendiri dengan menggunakan akaun bank Maybank. Lagi selamat…
BACA LAGI : Main Kutu Cara Selamat, Guna Akaun Bank Sendiri Tolak Duit Setiap Bulan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.