Berinspirasikan Bunga Sakura, Ini Mahkota Bertatahkan 3333 Mutiara Untuk Juara Miss International Yang Baharu

Share

Pertandingan Miss International merupakan antara pertandingan ratu cantik tertua di dunia. Diasaskan pada tahun 1960, pertandingan yang berpangkalan di Jepun ini akhirnya memperkenalkan mahkota terbaharu setelah lama menggunakan menggunakan rekaan mahkota yang sama.

Dicipta dengan kerjasama Long Beach Pearl, mahkota itu dhasilkan daripada 333 mutiara putih tulen untuk melambangkan tuah dan kelangsungan hidup, serta 1,960 permata putih untuk menandakan tahun pertama pertandingan itu diadakan.

Menjadikannya lebih grandeur, mahkota ini juga diserlahkan oleh tiga mutiara terpilih yang berukuran sehingga 15 milimeter. Menariknya, jika diperhatikan, mahkota ini mengambil inspirasi bunga Sakura sebagai elemen utama rekaan.

“Bunga Sakura melambangkan satu perkara ikonik Jepun yang digemari ramai yang mekar semasa musim bunga. Bunga Sakura adalah representasi daya tahan dan kecantikan,” terang organisasi Miss International mengenai mahkota baharu itu.

BACA JUGA: Lahir Dalam Keluarga Penoreh Getah, Ratu Cantik Ini Tidak Sesekali Malu Dengan Asal Usulnya

Manakala dalam hantaran Instagram jenama yang menghasilkan mahkota itu, Long Beach Pearl, mereka turut menyatakan bahawa inspirasi bunga Sakura diketengahkan sebagai asas penghasilan mahkota tersebut.

Jelas mereka, “Mahkota ini diilhamkan daripada keindahan bunga sakura yang mekar di bawah sinar matahari musim bunga. Ia merupakan bunga kebangsaan Jepun yang melambangkan kekuatan, semangat, budaya dan rakyat Jepun. Bukan itu sahaja, bunga sakura juga merupakan simbol tenaga yang kuat, kerendahan hati, keinginan untuk keamanan dan kepositifan.”

Dalam majlis yang diadakan di Hotel Rex Saigon, Miss International 2019, Sireethorn Leearamwat menbuat kemunculan istimewa apabila dia dipakaikan mahkota tersebut. Setelah dua tahun ditangguhkan, pertandingan Miss International 2022 dijangka berlangsung pada 13 Disember tahun ini.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen