Dalam situasi yang melanda dunia sekarang, negara kita tidak terkecuali daripada turut merasai ‘kesengsaraan’ akibat wabak COVID-19.
Ramai yang gusar kerana ada individu yang terpaksa berhenti kerja dipotong gaji dan paling malang kalau diusir dari rumah sewa akibat situasi ini. Walau bagaimanapun, kerajaan telah pun mewujudkan inisiatif yang dilihat boleh membantu rakyat Malaysia.
Terbaru, menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Rumah IKRAM KPKT adalah untuk rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19 serta keluarga berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
Ads
Menerusi Siaran Media yang dikongsikan Bernama, kadar sewa Rumah IKRAM KPKT adalah minimum RM124 sebulan dengan tempoh mendiami maksima dua tahun. 1,000 Rumah IKRAM KPKT juga disediakan di kawasan PPR sekitar Selangor, KL, Kedah, Kelantan, Johor untuk permulaan.
🏠 Kadar sewa Rumah IKRAM KPKT RM124 sebulan dengan tempoh mendiami maksima dua tahun.
🏠 1,000 Rumah IKRAM KPKT disediakan di kawasan PPR sekitar Selangor, KL, Kedah, Kelantan, Johor untuk permulaan.
Terima kasih ustaz. Sikap yang sangat terpuji dan wajar kita semua contohi. Bertindak tanpa perlu menunggu. Ya, inilah sikap yang wajar kita amalkan demi membantu sesama umat.
Sejak semalam viral kisah seorang pelajar PhD yang tinggal di dalam khemah bersama keluarganya yang kami ada kongsikan di web kami. Keperitan dan kepayahan serta permintaan untuk rumah PPRT yang dimohon tidak kunjung tiba memaksa keluarga ini terus tinggal di dalam khemah.
Ternyata, tengahari ini, Ustaz yang dikasihi ramai, Ustaz Ebit Lew sudah pun ditiba di lokasi khemah keluarga ini dan mahu mencarikan mereka rumah. Namun disebabkan bantuan rumah bakal dibuat, beliau menghulurkan bantuan kewangan buat keluarga ini. Bacalah catatannya.
Sebak dari semalam lihat gambar rumah keluarga ini di Malan N.Sembilan. Selepas sahur terus ke sana. Syukur saya bersama ketua kampung dan ahli kariah membantu saya berjumpa abang ini. Mereka semua ambil berat hal abang ini. Bila sampai dekat rumah tengok rumah terus rasa nak menangis. Keluarga ini semua kenal saya. Terima kaseh ustaz datang jauh-jauh. Rezeki bertemu disini.
Beliau bersama isteri dan 2 anak kecilnya duduk disini semenjak PKP ini. 2 anak di universiti. Sebelum ini beliau cuma seorang diri sebab kerja di kilang di Malan. Gaji kecil. Mereka ada rumah asnaf di Selangor oleh zakat selangor. Mereka tersangkut terus disini sebab PKP. Ini tapak rumah arwah mak ayahnya yang terbakar 2015. Sedang menunggu keputusan memohon rumah pprt. Mereka bersyukur dan jenis tidak meminta-minta. Tenang jer. Tadi sampai tengah mengaji Al-Quran.
Saya datang nak cari rumah sementara tapi saya dimaklumkan yb dan penduduk setempat akan menguruskannya. Jadi saya beri duit belanja pada abang ini.
Pagi ini Yb setempat kata pada tuan rumah akan uruskan hantar keluarga ini balik ke klang dulu. Mereka siapkan van. Terima kaseh pada Yb dan penduduk setempat yang akan menguruskan semuanya.
Syukur Alhamdulillah Yb, DO, zakat selangor,
BaitulMal Negeri Sembilan membantu menghantar bantuan. Syukur Alhamdulillah. Syukur. Semoga Allah mudahkan semuanya.
Saya doakan rumah kecil abang ini dapat dibina selepas pkp ini.
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
cimb 8603546376
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Allah bayar cash! Mungkin inilah perkataan paling tepat buat seorang lelaki apabila perbuatan zalimnya menggantung seekor kucing hingga mati akhirnya berbalas. Namun kisahnya juga patut dijadikan pengajaran buat orang lain agar tidak mengulangi perbuatan yang sama.
Tentu ramai yang masih ingat dan marah dengan tindakan melampau seorang lelaki yang menggantung seekor kucing hingga mati pada hari raya lalu.
Laporan Harian Metro memaklumkan, perbuatan kejam lelaki menjerut kucing jantan bernama Jebon hingga mati, lima hari lalu akhirnya mendapat pembalasan apabila dia dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.
Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap pekerja gerai makan, Al Azri Norhisham, 28, selepas dia mengaku bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.
Mahkamah memerintahkan hukuman pemenjaraan berkuat kuasa dari tarikh jatuh hukum.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa secara tidak munasabah menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada seekor kucing jantan di tangga Blok A3, Jalan 4/27A, Seksyen 2, Wangsa Maju pada jam 1.30 petang, 10 Jun lalu.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum bawah akta 29(1) yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, tertuduh merayu kepada mahkamah supaya mahkamah memberikan hukuman ringan kepadanya.
“Kucing itu cakar dan gigit tangan saya sehingga berlubang. Saya mohon hukuman diringankan lagi pun saya anak yatim piatu,” rayunya.
Siti Hajar bagaimanapun memohon mahkamah memberikan hukuman berbentuk pencegahan untuk memberi pengajaran kepada tertuduh kerana perbuatan yang dilakukannya melampaui batas.
“Perbuatan tertuduh adalah satu perbuatan jenayah dan satu bentuk penzaliman dan penganiayaan ke atas kucing.
“Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras tak patut lakukan perbuatan itu terhadap seekor haiwan yang lemah. Tangan dicakar bukan alasan buat demikian,” katanya.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian pengadu menyedari kucing miliknya mati di hadapan rumah selepas diberitahu oleh jirannya.
Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik jiran pengadu, tertuduh dilihat membunuh kucing itu dengan menjerut kucing itu menggunakan tali rafia sebelum menggantungnya di tangga hadapan rumah jiran pengadu lalu beredar.
Ibu jiran pengadu kemudian membuka tali rafia itu dan membawa kucing berkenaan ke hadapan rumah pengadu.
Harian Metro sebelum ini melaporkan kucing jantan ditemui tergantung dengan tali pada tangga di blok pangsapuri berkenaan.
Bangkai haiwan malang itu ditemui oleh jiran pemilik kucing terbabit kira-kira 2 petang.
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki memegang kucing berkenaan sebelum mengikat leher haiwan terbabit pada tangga.
Percubaan pertama lelaki terbabit mengikat leher kucing itu gagal sebelum dia mengejarnya dan mengikat kali kedua.
Pemilik kucing itu membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jepun, sebuah negara yang suka inovatif dan berani untuk mencipta sesuatu yang baru.
Negara matahari terbit ini mencipta pelitup muka tiga dimensi yang diberi nama Mask Pan. Mask merujuk kepada pelitup muka manakala pan bermaksud roti dalam bahasa Jepun.
Kalau kita di Malaysia, menjadikan ‘facemask’ ini sebagai trend fesyen je sebab bila tak pakai di campak merata-rata. Dan kalau korang perasan juga, banyak sampah-sampah berupa facemask di tepi jalan. Betul tak?
Mungkin idea kreatif dari Jepun ini mampu membantu,jika dilihat secara luaran pelitup muka ini saling tak tumpah macam roti melon, roti yang sangat popular di negara itu. Bukan sahaja mengambil inspirasi dari bentuk roti melon, malah pelitup muka ini memang diperbuat daripada roti melon sebenar!
Ya, ia boleh dimakan dan merupakan rekaan pertama yang menggunakan makanan sebagai pelitup muka.
Idea Dari Tiga Orang Pelajar
Mengamalkan idea kadang-kadang memerlukan sedikit keberanian. Itulah sesuatu yang diketahui oleh tiga pelajar Jepun yang mempunyai minat untuk melon pan. Ketiganya mengimpikan idea untuk dapat mencium aroma manis khas roti ini sepanjang hari.
Menurut laporan Sora News 24, Mask Pan ini diwujudkan dari impian tiga orang pelajar universiti dari Fukuoka dan Okinawa iaitu Chisato Komorita, Tenmi Nagano dan Katsumi Ota.
Tapi korang jangan risau, pelitup muka roti melon ini telah diuji secara klinikal oleh Unitika Garmentec Research Institute dan terbukti mampu memberi perlindungan kepada si pemakai.
Mula dijual secara online pada hari ini, 10 Jun 2021. Bagi penulis harga sebiji Mask Pan ini masih boleh dibeli oleh semua golongan masyarakat sebab harganya hanya 1,800 yen atau kira-kira RM67.
Hmm…bila nak jual kat Malaysia ni, nak rasa juga roti pelitup wajah ni.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Langkah penyanyi rock tempatan, Yazid Lovehunters akhirnya terhenti apabila diumumkan tersingkir pada konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) pada minggu kelima, yang berlangsung malam...