Berita Baik! 1000 Rumah IKRAM KPKT Disediakan, Sewa Serendah RM124 Sebulan

Share

Dalam situasi yang melanda dunia sekarang, negara kita tidak terkecuali daripada turut merasai ‘kesengsaraan’ akibat wabak COVID-19.

Ramai yang gusar kerana ada individu yang terpaksa berhenti kerja dipotong gaji  dan paling malang kalau diusir dari rumah sewa akibat situasi ini. Walau bagaimanapun, kerajaan telah pun mewujudkan inisiatif yang dilihat boleh membantu rakyat Malaysia.

Terbaru, menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Rumah IKRAM KPKT adalah untuk rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19 serta keluarga berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Menerusi Siaran Media yang dikongsikan Bernama, kadar sewa Rumah IKRAM KPKT adalah minimum RM124 sebulan dengan tempoh mendiami maksima dua tahun. 1,000 Rumah IKRAM KPKT juga disediakan di kawasan PPR sekitar Selangor, KL, Kedah, Kelantan, Johor untuk permulaan.

 

Korang boleh pergi ke laman web rasmi KPKT untuk memohon dan keterangan lanjut.

So bagi korang yang tengah cari-cari rumah sewa tu jangan lepaskan peluang ya.

Sumber: Bernama

Published by
Nana