Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) sudah tidak perlu bersusah payah untuk ‘topup’ Touch n’ Go atau RFID selepas ini kerana mulai semalam (3 Ogos), lebuhraya tersebut telah membenarkan semua pemandu menggunakan kad debit dan kredit mereka untuk membayar tol.
Menurut laporan dari New Straits Times, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi membuat pengumuman penting tersebut pada 2 Ogos lepas.
Sistem itu adalah sebahagian daripada inisiatif Kementerian Kerja Raya yang bertujuan memberi kemudahan dan kaedah pembayaran alternatif kepada pengguna lebuh raya dalam proses pembayaran tol.
Ads
Selain MEX, 11 lebuh raya lain akan mempunyai sistem yang sama menjelang September, ialah Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Pantai Baru (NPE), dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).
“Selain kaedah pembayaran sedia ada seperti Sistem Touch ‘n Go, SmartTAG, dan Pengenalan Frekuensi Radio (RFID), kini pengguna boleh membuat pembayaran menggunakan kad debit dan kredit, memandangkan baki akaun kad mereka mencukupi,” kata Alexander.
“Konsesi MEX Expressway, Maju Expressway Sdn Bhd (MESB), merupakan salah satu daripada 12 lebuh raya pertama yang melaksanakan sistem pembayaran tol terbuka, dengan ia diuji bermula Julai 2023 bagi memastikan kesediaan dan kelancaran operasi selaras dengan piawaian yang telah ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),” katanya lagi.
Ads
Buat masa sekarang, sistem pembayaran terbuka tersedia di enam lorong tol MEX.
Ia akan terus diperluaskan ke semua lorong di tiga plaza tol sedia ada iaitu Plaza Tol Salak Selatan, Plaza Tol Putrajaya, dan Plaza Tol Seri Kembangan, September ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: News Straits Times, Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biarpun negara masih dilanda pandemik COVID-19 yang meruncingkan dengan jumlah kes yang saban hari semakin meningkat, ada urusan-urusan penting yang masih memerlukan perjalanan jauh demi memastikan kelangsungan.
Di antaranya termasuklah sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi enam kategori pelajar yang disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalam. Para pelajar ini telah menerima lampu hijau daripada pihak KPT semalam untuk pulang ke kampus bermula 1 Mac ini.
Antaranya termasuklah golongan pelajar yang terdiri di bawah:
01
Pelajar program pengajian peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan pasca siswazah yang memerlukan aktiviti praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas.
02
Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian.
03
Pelajar asasi atau setara dan diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid.
04
Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom (UK).
05
Pelajar berkeperluan khas (OKU)
06
Pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional.
Pergerakan pulang ke kampus ini mewajibkan pelajar untuk menjalani ujian saringan SWAB yang dibiayai oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Buat pelajar dari Sabah dan Sarawak yang pulang ke kampus di Semenanjung, mereka akan ditempatkan di pusat pengasingan yang ditentukan oleh IPT masing-masing buat sementara waktu sehinggalan mereka bebsa daripada simptom COVID-19.
Manakala, bagi pelajar Semenanjung dan Sabah yang tiba di Sarawak pula, mereka diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan memasuki kampus. Kesemua kos makan minum dan pusat kuarantin mulai 1 Mac 2021 akan ditanggung oleh kerajaan negeri Sarawak sepenuhnya.
*
Dalam kenyataan yang sama, KPT menjelaskan bahawa pelajar yang tidak temasuk dalam mana-mana kategori di atas perlu meneruskan PdP secara dalam talian seperti biasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di usia 77 tahun, Zulkifly Abdullah membuktikan bahawa tiada kata terlambat untuk mengejar ilmu.
Beliau baru-baru ini menamatkan pengajian dan meraih ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), sebuah pencapaian yang sangat mengagumkan dan penuh inspirasi.
Zulkifly bukanlah orang biasa. Beliau pernah menjawat jawatan penting sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja di Kementerian Sumber Manusia dari tahun 2001 hingga 2003.
Selain itu, beliau juga berkhidmat sebagai pendaftar Mahkamah Perusahaan. Dengan pengalaman lebih 34 tahun dalam bidang undang-undang pekerja, Zulkifly mempunyai latar belakang yang kukuh dalam bidang ini.
Apa yang menjadikan kisah Zulkifly lebih menarik adalah motivasinya untuk terus belajar. Walaupun beliau telah mempunyai pengalaman luas dalam undang-undang, Zulkifly memutuskan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini.
“Pengalaman saya bekerja dengan undang-undang pekerja selama lebih 34 tahun mendorong saya untuk mengambil ijazah ini,” katanya.
Menyelesaikan pengajian pada usia lanjut bukanlah sesuatu yang mudah. Zulkifly menghadapi cabaran besar, seperti mengingat dan menghafal banyak maklumat. Namun, dengan semangat yang tinggi dan usaha yang gigih, beliau berjaya mengatasi cabaran ini.
Beliau juga mendapat sokongan berharga daripada anak-anaknya, yang juga merupakan graduan undang-undang dari universiti yang sama.
“Anak saya banyak membantu sepanjang pengajian saya,” jelasnya lagi.
Sempat menitipkan nasihat buat generasi muda, dia berkongsi mereka di luar sana harus sentiasa rajin membaca dan meluangkan masa untuk belajar.
“Belajarlah selagi ada peluang. Ini akan membantu kita menjadi insan yang berjaya,” pesan beliau.
Sumber: Malaysiagazette
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Malaysia Gazette
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq telah menubuhkan kan Parti MUDA ataupun nama panjangnya Malaysian United Democratic Alliance pada September 2020. Tujuan utama parti ini dilihat sebagai satu platform yang boleh disertai oleh rakyat pelbagai kaum dengan memberi fokus kepada golongan anak muda.
Menurut Syed Saddiq di dalam laporan Astro Awani pada 25 Ogos 2020, sudah tiba masanya Malaysia memiliki sesebuah gerakan yang terdiri dari anak muda, ia bagi memastikan suara belia tidak dipandang enteng di dalam parlimen mahupun di luar parlimen. Namun sehingga kini parti yang diasaskan oleh ahli parlimen Muar ini masih belum diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malysia.
Disebabkan hal ini, parti tersebut telah melantik bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dan bekas Presiden Badan Peguam Malaysia, Ambiga Sreenevasan untuk mengendalikan isu ini sekiranya pendaftaran yang telah dilakukan masih belum selesai.
Dalam satu kenyataan pada Isnin oleh MUDA di laman Instagram parti tersebut, proses pendaftran parti MUDA sebagai sebuah parti politik yang sah telah mula dibuat pada 17 September 2020. Namun sehingga 21 Disember 2020, barisan Penaja MUDA masih belum menerima apa-apa perkembangan terkini berkenaan pendaftaran yang telah dilakukan.
Sebelum ini Perikatan Nasional hanya mengambil masa tiga hari sahaja di bawah kerajaan hari ini manakala pada era kerajaan lama ‘Barisan Nasional’ pendaftaran Parti Pribumi BERSATU Malaysia mengambil masa 30 hari.
Sementara itu di Instagram peribadi, Syed Saddiq berkata, “Di parlimen panggil kami “budak-budak”, tetapi selepas 3 bulan masih takut nak luluskan MUDA yang dikendalikan “Budak-budak”. Kalau betul kami “lemah”, “picisan”, “budak2”, Luluskan MUDA dan biar rakyat tentukan masa depan kami. In 7 days time if MUDA is not registered, we will be represented in court by Former AG Tan Sri Tommy Thomas & Former Bar council President Dato’ Ambiga. Uphold Malaysian Democracy & Federal Constitution by approving MUDA.
***P/S – Semoga segala urusan dipermudahkan dan parti MUDA benar-benar menjadi wadah perubahan dalam gelora ombak politik di Malaysia.
Usia nyata bukan faktor penentu kepada keinginan seseorang untuk mempunyai minda inovatif.Ia terbukti setelah empat murid daripada Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SK Shah Alam)...