Berita Baik! Bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 Dikreditkan Mulai 21 Jan Ni Guys!

Share

Alhamdulillah. Pastinya berita gembira buat ribuan penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0. Inilah kerajaan yang prihatin kepada nasib rakyat yang sebahagiannya masih bergelut mencari rezeki akibat COVID-19.

Untuk maklumat korang, bayaran fasa kedua ini yang berjumlah RM2.38 bilion kepada 11.06 juta penerima termasuk pemohon baharu akan dipercepatkan mulai 21 Jan ini.

Terbaru, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penerima baharu tersebut telah diluluskan semasa tempoh permohonan dan rayuan dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November lalu.

 

Dalam pada itu, bayaran fasa kedua BPN tersebut disalurkan melalui beberapa pecahan mengikut taraf penerima.

“Bagi penerima B40 dan isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah, sebanyak RM1.21 bilion diperuntukkan kerajaan kepada 3.81 juta penerima.

“Bagi penerima B40 bujang dan berpendapatan RM2,000 ke bawah pula, sebanyak RM0.7 bilion pula diperuntukkan kepada 4.08 juta penerima,” tambah kenyataan tersebut.

 

Sumber Gambar : Kementerian Kewangan

Selain itu, bagi penerima M40 dan isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000, sejumlah RM0.29 bilion diperuntukkan kepada 1.43 juta penerima.

Manakala bagi penerima M40 bujang dengan pendapatan RM2,001 hingga RM4,000, sejumlah RM0.18 bilion diperuntukkan kepada 1.74 juta penerima.

“Secara keseluruhannya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 11.06 juta penerima, iaitu 5.82 juta individu bujang dan 5.24 juta penerima isi rumah dengan jumlah bayaran atau peruntukan sebanyak RM7.18 bilion setakat ini,” jelasnya.

Pemberian ini adalah dana tambahan di bawah insentif BPN 2.0. 

Ini sebagai bantuan tambahan sebagai sokongan kerajaan kepada rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran covid 19 di Malaysia dan juga gelombang ekonomi Malaysia untuk bulan-bulan yang akan datang.

So korang boleh la bukan semakan di portal rasmi BPN melalui https://bsh.hasil.gov.my/ mulai 15 Jan ini. Kalau dapat BPN tu jangan pula joli sakan okay!

Published by
Nana