Berita baik buat pengguna lebuh raya yang sudah mula teruja untuk ‘berdesup’ pulang ke kampung halaman masing-masing! Maklumlah orang Malaysia kan pantang ada cuti, hiks…
Pengguna lebuh raya bakal diberikan kemudahan tol percuma selama dua hari bermula esok sempena cuti sambutan Deepavali.
ARTIKEL BERKAITAN: “Pantang Dapat Cuti…” – Anggaran 2 Juta Kenderaan Guna Lebuh Raya Ketika Deepavali, Susun Jadual Perjalanan Sebaiknya
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanti Linggi, berkata pelaksanaan pemberian tol percuma itu akan bermula jam 12.01 tengah malam ini hingga Ahad, berakhir jam 11.59 malam.
“Pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.
“Inisiatif ini dilaksanakan bagi meraikan semua rakyat Malaysia, terutama masyarakat kaum India beragama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali.