
Buat pelajar Universiti Malaya (UM) yang bakal kembali ke kampus pada Oktober ini, MR D.I.Y berbesar hati untuk menyumbangkan sebanyak RM300 kepada setiap pelajar bagi membantu mereka membeli barangan keperluan untuk kembali meneruskan pengajian di kampus.
Bantuan tunai ini akan diberikan kepada pelajar melalui Touch n Go eWallet mereka dalam tiga kali bayaran sebanyak RM100 setiap kali pada 1 dan 30 November, dan 30 Disember. Ini antara usaha samaTouch n Go melalui platform eWalletnya dalam program #DIY4UM.

Selain itu, para pelajar juga bakal menikmati promosi pulangan tunai eksklusif sebanyak RM10 apabila mereka membuat perbelanjaan minimum sebanyak RM20 di cawangan-cawangan MR D.I.Y Group, platform e-dagang www.mr.diy.com.my atau melalui mini program MR D.I.Y yang didapati pada Touch ‘n Go eWallet.
Semua pelajar Universiti Malaya boleh membuat pendaftaran secara online melalui Portal Maya UM bermula 3 Oktober ini dan mengesahkan bahawa mereka telah mempunyai akaun Touch N Go eWallet.
Ha, untuk pelajar UM semua jangan lepaskan peluang bantuan ini dan untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web rasmi MR D.I.Y.
Macam Di Jepun, Terowong Dasar Laut Indonesia Dan Melaka Bakal Direalisasi

Wow, berita baik lagi buat rakyat Melaka…
Jika sebelum ini, Melaka dilaporkan akan memiliki taman tema bertaraf antarabangsa sebagai satu lagi tarikan pengunjung ke negeri itu tidak lama lagi.
ARTIKEL BERKAITAN : Melaka Tunggu 4 Tahun Lagi Untuk Ada Taman Tema Bertaraf Dunia

Terbaru, menurut laporan Sinar Harian Kerajaan Negeri Melaka dilaporkan sedang merancang membina sebuah terowong dasar laut bagi sistem rel yang menghubungkan negeri itu dengan Dumai, Indonesia.
Ketua Menterinya, Sulaiman Md Ali berkata, jika mengikut perancangan jangka panjang, terowong itu akan dibina merentasi Selat Melaka yang jaraknya sepanjang 47 kilometer.
Sementara itu, Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Melaka, Ab Raub Yusoh berkata, setakat ini sebuah firma telah menyatakan minat untuk membina terowong itu, tetapi projek tersebut tidak dapat dimulakan kerana ia memerlukan persetujuan dan kelulusan dari Kerajaan Indonesia.
Selain itu, firma berkenaan hanya bersetuju untuk menampung kos pembinaan 50 peratus daripada kos keseluruhan projek.
Sekiranya perancangan itu berjalan lancar, pembinaan terowong tersebut hanya akan mengambil masa empat hingga lima tahun sahaja.
Projek itu juga dijangka akan menyumbang kepada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang lebih tinggi bagi negeri itu di mana ketika itu Melaka banyak bergantung kepada sektor perkhidmatan dan pembuatan yang dilihat semakin meningkat.
Wah…menariknya..
BACA LAGI : Tiada Lagi Bukit St Paul, Lokasi Ikonik Di Melaka Kembali Dengan Nama Asal
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Sinar Harian
Jemaah Ijtimak Tabligh Meninggal Dunia, Peserta Tabligh Catat 423 Kes Dari 673 Kes Covid-19

Dilaporkan hampir 10,000 jemaah tabligh menghadiri Ijtimak Tabligh pada penghujung Februari lalu. Seakan menjadi mimpi ngeri ijtimak yang dihadiri oleh 5000 warga tempatan itu di mana dua darinya disahkan positif Covid-19.
Di sebalik mimpi ngeri tersebut, ternyata gelombang kedua Covid-19 di Malaysia bermula apabila Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Sri Dr Adham Baba dalam sidang akhbar sebentar tadi mengesahkan dari 673 kes positif Covid-19 di Malaysia, 423 darinya adalah mereka yang menghadiri Ijtimak Tabligh berkenaan.

Namun kematian pertama dicatat melibatkan seorang lelaki berusia 34 tahun dari Johor yang mula mengalami demam mulai 5 Mac 2020. Beliau mendapatkan rawatan di Hospital Perma Johor Bharu pada 12 Mac 2020 setelah dikesan positif Covid-19 dan terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Beliau disahkan meninggal dunia hari ini.
So memandangkan Malaysia sudah mencatat dua kematian dalam satu hari, adalah lebih baik ambil langkah berjaga-jaga ya. Langkah kawalan Pergerakan yang pihak kerajaan umumkan semalam harus dipatuhi.
Ruginya Anak Perempuan Tak Mandikan Jenazah Ayah, Itulah Bakti Akhir Kita

Saat menerima berita kematian melibatkan ahli keluarga terutama mak atau ayah yang melahir dan membesarkan kita, perasaan sedih pasti tidak dapat dibendung. Rasa kehilangan itu hanya mereka yang pernah teruji sahaja mampu berkongsi cerita.
Namun di sebalik kesedihan yang kita rasai itu, ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang terutama dalam bab memandikan jenazah ibu atau bapa. Ramai di antara kita hanya menyerahkan urusan memandikan jenazah kepada pengurus jenazah kerana beranggapan mereka lebih faham dan sudah menjadi tugas mereka.
Masa yang sama, pasti timbul di fikiran kita bolehkah anak perempuan memandikan jenazah ayahnya atau anak lelaki memandikan jenazah ibunya sebagaimana yang bermain di fikiran ramai anak muda. Bagaimana dengan aurat dengan arwah, bolehkah kita sebagai anak memandikan jenazah berlainan jantina?

REMAJA menemuramah Pengurus Jenazah Masjid Ikhlasiah, Bukit C2 Pantai Dalam, Kuala Lumpur Ustaz Hamdan Haji Yusof yang sudah berpengalaman lebih 20 tahun dalam pengurusan jenazah.
Boleh ke anak perempuan mandikan jenazah ayahnya? Menurut Ustaz Hamdan, tiada masalah untuk anak perempuan memandikan jenazah ayahnya kerana itulah bakti akhir seorang anak terhadap ayah yang menjaganya dari lahir hingga besar. Masa yang sama, ayah dan ibu adalah muhrim kepada anak-anaknya. Dalam Islam digalakkan untuk membantu menguruskan jenazah ibu dan ayahnya sendiri berbanding dilakukan orang luar dari ahli keluarga itu sendiri.
“Hal ini diharuskan kerana adalah lebih afdal anak-anak memandikan jenazah ibu atau bapa mereka. Masa yang sama anak-anak boleh menyimpan rahsia “cela” pada arwah andai ada kerana sebagai anak, tak mungkin kita membuka aib orang yang menjaga dan membesarkan kita,” katanya lagi.
Bagaimana dengan aurat? Menurut Ustaz Hamdan, dalam pengurusan memandikan jenazah, aib sentiasa dijaga kerana ia dituntut.
“Ada kain yang menutupi bahagian kemaluan jenazah ayah atau ibu kita. Peranan kita sebagai anak hanyalah membantu pengurus jenazah seperti menggosok tubuh, lengan, kaki dan sebagainya. Tapi dalam bahagian istinjak, biasanya dilakukan oleh pengurus jenazah itu sendiri. Rugi sebenarnya kalau kita sebagai anak membiarkan orang lain melakukan itu semua kerana itulah bakti akhir kita kepada orang yang melahir dan membesarkan kita di dunia ini.

Berdasarkan pengalaman, anak lelaki atau anak perempuan yang selalu memandikan jenazah berlainan jantina ini? Jelas Ustaz Hamdan, sepanjang penglibatannya dalam bab pengurusan jenazah, dirinya melihat lebih ramai anak lelaki menguruskan jenazah ibu mereka berbanding anak perempuan melakukannya kepada arwah bapa. Mungkin anak-anak perempuan lebih takut dan tidak ada keberanian memandikan jenazah. Mungkin juga terfikir tentang aurat dan sebagainya.
“Kita kena ambil peluang ini kerana rugi sebenarnya jika tak berbuat demikian. Tidak timbul soal aurat kerana sebagai pengurus jenazah pun saya sendiri tidak melihat aurat si mati. Kita ada kain menutup jenazah kerana walau si mati sudah meninggal dunia, aibnya masih perlu kita pelihara baik-baik. Saya sarankan anak-anak muda bersama-samalah kita memberi bakti akhir pada ibu bapa kerana peluang ini hanya hadir seumur hidup sahaja,” katanya memaklumkan, suami atau isteri juga diharuskan bersama-sama memandikan jenazah pasangan masing-masing kerana ianya lebih afdal.
“Bila ahli keluarga sendiri yang terlibat, kita boleh tutup aib jenazah kalau ada. Tapi itu juga bakti akhir kita untuk orang yang kita sayang semasa di dunia ini,” katanya yang mengajak anak-anak belajar ilmu pengurusan jenazah ini kerana ia bukan saja berguna untuk ahli keluarga tetapi juga kepada masyarakat suatu hari kelak.
Tonton video di bawah