Berita Baik Buat Si Kaki Travel, Sabah Sudah Benarkan Sektor Pelancangon Beroperasi

Share

Sudah tentu ramai yang rindu untuk pergi melancong selepas beberapa bulan sektor pelancongam disekat gara-gara situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Berita baik buat masyarakat di Sabah, beberapa sektor utama telah dibenarkan beroperasi secara berperingkat di negeri itu, namun mereka perlu mematuhi SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sektor tersebut termasuklah pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar serta rangkaiannya.

Sektor pelancongan dalam negeri (domestik) dan semua operasi perhotelan dibenarkan beroperasi kecuali fasiliti hotel seperti surau, bilik mesyuarat dan seminar, spa, sauna, gimnasium, kolam renang, dewan makan dan buffet kekal ditutup.

Tarikan pelancong hidupan liar yang diuruskan oleh Taman-Taman Sabah seperti Tabin Wildlife, Danum Valley dan Maliau Basin dibenarkan beroperasi.

Danum Valley

Pusat santuari termasuk Pusat Pemulihan Sepilok, Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Kinabatangan Wildlife Sanctuary serta KK Wetland juga dibenarkan dibuka.

Pusat Pemulihan Sepilok

Aktiviti kebudaayaan yang meliputi kegiatan seni visual, pakaian dan makanan tradisional, muzik serta tari (tidak melebihi 10 orang), penyelidikan dan Pendidikan budaya turut dibenarkan beroperasi.

Kerajaan Sabah juga telah memutuskan untuk mengizinkan lebih banyak penerbangan domestik beroperasi.

Wah, sudah tentu ini merupakan khabar baik buat si kaki travel. Apa salahnya ambil peluang ini untuk kita bercuti di dalam Malaysia bagi meningkatkan ekonomi negara sendiri.

Namun begitu, sebelum korang mengambil keputusan untuk melancong, pastikan keadaan sudah benar-benar selamat dan patuh pada SOP yang telah diarahkan.

Jangan pula ada yang berpusu-pusu ‘menyerang’ pusat pelancongan itu nanti.

Sumber: verst.com.my

Published by
Noor Ain Norman