Berita Baik! Rakyat Malaysia Dijemput Rasa Susu Bebas Laktosa Dari So Good Secara Percuma

Share

Korang tahu tak lebih dari 50% rakyat Malaysia sebenarnya menghidap intoleransi laktosa atau hipolaktasia iaitu ketidakupayaan untuk mencerna laktosa (sejenis gula yang terdapat dalam susu)?

Hal ini menyebabkan mereka mengalami kesan sampingan seperti sakit perut, cirit-birit, loya dan sebagainya sebaik sahaja mencerna susu atau produk tenusu lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Bercuti Ke Thailand, Jangan Lupa Singgah Tempat Makan Sedap Saranan Wanita Ini

Namun usah khawatir kerana anda berpeluang untuk merasai sendiri kenikmatan susu berlemak dari jenama susu berasaskan tumbuhan no.1 Australia, So Good Oktober ini!

Oktober ini, rakyat Malaysia dijemput untuk merasai secara percuma susu berasaskan tumbuhan dengan melawat Pusat beli-belah Plaza Arkadia dari 13 Oktober hingga 15 Oktober 2023.

Pengunjung Bar Susu SO GOOD akan berpeluang menikmati pelbagai hidangan lazat dan
pilihan susu tanpa tenusu yang berkhasiat, termasuk beberapa jenis oat dan badam terlaris SO GOOD, dan Coklat Susu Oat So Good

yang sedap dan berlemak!

Usah risau bagi mereka yang ‘lactose intolerance’ kerana semua susu yang disajikan adalah bebas laktosa, rendah lemak tepu dan 100% mesra vegan.

Bar Susu SO GOOD akan dibuka di lokasi dan tarikh berikut:

  1. Bar Susu So Good di Plaza Arkadia, Desa Park City

Tarikh: 13 – 15 Oktober 2023, dari 11.00 pagi hingga 7.00 malam
Lokasi: Plaza Arkadia, Plaza Utama (di hadapan blok Hutton)

BACA LAGI: Tak Kisah Dilabel Kolot, Cikgu Tari Tular FAREES ASRI Pertahankan Seni Budaya Menerusi Lensa Media Sosial – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IHSAN FOTO/ARTIKEL: So Good

 

Published by
Adriana Syaurah