Berita Baik Untuk Kaki Wayang, 9 Lokasi Pawagam GSC Dibuka Semula

Share

Dah lama rasanya kita tak menjejakkan kaki ke panggung wayang kerana situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara kita.

Sumber Gambar : Time Out

Tapi korang jangan risau,  pihak GSC sebentar tadi telah mengeluarkan pengumuman ini yang dikongsikan melalui laman media sosial GSC di Twitter dan Facebook.

 

Keputusan ini dibuat pada masa yang tepat iaitu selari dengan tayangan Wonder Women 84 yang mula ditayangkan di Malaysia pada 17 Disember 2020.

 

Namun, GSC hanya mengumumkan 9 lokasi panggung wayang akan dibuka semula pada 16 Disember 2020.
Pembukaan semula panggung wayang GSC ini akan bermula pada 16 Disember 2020 iaitu pada hari Rabu pada jam 6 petang. Tetapi bukan semua panggung GSC dibuka tetapi setakat ini hanya 9 lokasi sahaja dijadualkan akan mula beroperasi iaitu :

  • GSC Aman Central
  • GSC Gurney Plaza
  • GSC Sunway Carnival
  • GSC Dataran Pahlawan
  • GSC AEON Bandaraya Melaka
  • GSC Alamanda Putrajaya
  • GSC East Coast Mall
  • GSC Mentakab Star Mall
  • GSC CityONE Megamall, Kuching

Sebelum ini, semua panggung wayang telah memberhentikan operasi bermula pada awal November 2020 yang lepas berikutan kes jangkitang COVID-19 yang semakin membimbangkan ketika itu. Selain itu juga, ianya bagi mengelakkan kerugian besar bagi industri panggung wayang.

So, jom siapa nak belanja penulis tengok wayang ni….hiks 

Published by
Nana