Khas Buat ‘August Babies’, Boleh Naik Menara Berkembar Petronas ‘Free’!

Share

Sempena dengan ulang tahun Petronas yang ke-49, rakyat Malaysia yang lahir pada bulan Ogos boleh menebus satu tiket masuk secara percuma untuk melawat ke Menara Berkembar Petronas, sepanjang bulan Merdeka ini.

Untuk penebusan tiket, anda hanya perlu membawa MyKad atau MyKid dan tunjukkan sahaja kepada pekerja di kaunter tiket sebagai bukti anda lahir pada bulan Ogos.

ARTIKEL BERKAITAN: Berita Baik! Anda Boleh Mula Gunakan Kad Debit & Kredit Di Plaza Tol MEX Mulai Sekarang

Selain itu, anda juga perlu mengesahkan tarikh dan masa lawatan dengan kakitangan di bahagian kaunter kerana tempahan slot perlu dirujuk mengikut kekosongan.

Terma Dan Syarat

  • Tawaran ini hanya terbuka untuk warganegara Malaysia yang lahir pada bulan Ogos sahaja.
  • Tiket tidak boleh ditukar kepada bentuk wang tunai atau mana-mana servis dan produk.
  • Tiket kemasukan ini hanya sah pada bulan Ogos sahaja berdasarkan ‘First Come, First Serve’.
  • Tiket kemasukan hanya boleh ditebus secara ‘walk-in’ sahaja.
  • Tidak boleh menukar tarikh slot dan waktu jika sudah membuat tempahan.

Jadi kepada ‘August babies’ sekalian, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur dari tingkat atas Menara Berkembar Petronas secara percuma ya!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT FOTO: Instagram PETRONAS Twin Tower

Published by
Fath