
Kerajaan Madani mengumumkan pemberian tol percuma selama empat hari bermula esok sehingga Jumaat dan Isnin depan kepada pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman untuk meraikan lebaran bersama keluarga tercinta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan Tol Rahmah percuma tersebut akan melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.
“Pelaksanaan Tol Rahmah percuma akan melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.
“Ikhtiar ini dapat mengurangkan kos bayaran tol bagi rakyat yang akan pulang beraya di kampung halaman masing-masing serta memudahkan perancangan perjalanan balik ke kampung,” katanya.
Selain itu, kerajaan juga bersetuju memberikan satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk Hari Raya Aidilfitri dan pulang ke kampung halaman.

Beliau memaklumkan, sekiranya tarikh 1 Syawal jatuh pada Jumaat, maka Kerajaan menetapkan hari Isnin iaitu 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

SUMBER: Kosmo!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[NAHAS] Pesawat Sriwijaya Air Hilang Dari Radar, Nelayan Temui ‘Serpihan’ Di Laut
![[NAHAS] Pesawat Sriwijaya Air Hilang Dari Radar, Nelayan Temui ‘Serpihan’ Di Laut 8 [NAHAS] Pesawat Sriwijaya Air Hilang Dari Radar, Nelayan Temui ‘Serpihan’ Di Laut](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2021/01/327207.jpeg)
Pesawat penerbangan komersial Indonesia, Sriwijaya Air dengan nombor kod SJ182 dipercayai hilang dari radar Ketika dalam penerbangan dari Jakarta menuju ke Pontianak, Kalimantan Barat.
Dalam laporan portal berita detik.com, pesawat model Boeing 737 yang berlepas kira-kira jam 1.30 petang tersebut dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan pada Sabtu, jam 2.40 petang waktu tempatan. Ketika itu pesawat sedang melintas ruang udara daerah Kepulauan Seribu, Jakarta.
Sriwijaya Air flight #SJ182 lost more than 10.000 feet of altitude in less than one minute, about 4 minutes after departure from Jakarta.https://t.co/fNZqlIR2dz pic.twitter.com/MAVfbj73YN
— Flightradar24 (@flightradar24) January 9, 2021
Pesawat dipercayai hilang 10’000 kaki altitud dalam masa kurang seminit, empat minit selepas berlepas
Maklumat awal yang diberikan kepada pihak media, pesawat berkenaan dilaporkan membawa seramai 56 penumpang yang terdiri dari 46 penumpang dewasa dan dan tujuh kanak-kanak termasuk tiga bayi.
Menerusi laporan kompas.com pula, menurut Djunaedi, Ketua Daerah Kepulauan Seribu, dia menerima maklumat penduduk setempat yang ada nelayan pukat sempat melihat ledakan api dari insiden tersebut dan kemudian meminta tolong setempat untuk membantu.
Warga yang bergegas lokasi yang dikatakan sempat menarik beberapa serpihan namun masih belum disahkan sama ada ia adalah serpihan dari pesawat tersebut atau pun tidak.
Sumber: kompas.com dan detik.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Orang Awam Pertama Didakwa Sebar Berita Palsu Coronavirus! Wartawan Mengaku Tidak Bersalah

Seorang wartawan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyebar berita palsu dipercayai berkaitan koronavirus bulan lalu.
Tertuduh, Wan Noor Hayati Wan Alias, 41, mengaku tidak bersalah di atas kesemua pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Tawfiq Affandy Chin.
Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, wanita itu didakwa membuat tiga pernyataan berasingan menggunakan laman sosial Facebook atas nama ‘Ibu Yati’.
Tertuduh didakwa membuat pernyataan itu dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam atau mana-mana golongan awam.
Kesemua kesalahan didakwa dilakukan pada jam 10 malam, 26 Januari lalu di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.


Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 505 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azma meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, wartawan yang masih bertugas di salah sebuah syarikat akhbar merayu supaya jaminan diberi dalam jumlah yang rendah.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan turut menetapkan kes disebut semula pada 11 Mac ini.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hati-Hati Tulis Komen Di FB, Peguam Kongsi Natijah Bakal Korang Hadap Kalau Kena Tangkap

Jika dahulu medium fb digunakan untuk mencari kenalan lama terputus tetapi hari ini medium media sosial ini digunakan dengan meluasaya untuk tujuan perniagaan,berkongsi ilmu dan tak kurang juga untuk meluahkan kemarahan kepada mana-mana individu tidak disukainya.
Dalam sesetengah kes, adakalanya ia melibatkan isu perkauman, mengkritik individu dan lain lagi atas alasan, fb ini adalah milik personal mereka.
Namun sebelum korang terus menerus memberikan komen bersifat jelik, menyebabkan kebencian dan lain lagi, baca perkongsian dibuat oleh peguam terkenal Nor Zabetha yang berkongsi sesuatu yang amat bermanfaat untuk kita baca.
Tahukah anda, jika kita salah menggunakan aplikasi Facebook, media sosial atau apa sahaja medium internet dengan cara lucah, menyebabkan kebencian, jelik, menghina, penipuan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 1 tahun atau kedua-duanya sekali.
Malah, ada hukuman tambahan lagi iaitu RM1,000 sehari sepanjang tempoh dimuat naik selepas sabitan bersalah. Hukuman ini bukan biasa-biasa.
Soalannya ada tidak orang yang pernah menghadap dakwaan di Mahkamah? Sebabnya makin hari, kita lihat makin menjadi-jadi komen di sosial media. Mestilah ada, cuma bukan semua kes dibawa ke perhatian umum. Hanya kes-kes tertentu sahaja yang mendapat liputan.
Kes bagi kesalahan di bawah Seksyen ini, pernah dilaporkan di Mahkamah iaitu AHMAD ABD JALIL lwn. PP [2015] 5 CLJ 480. Dalam kes ini, OKT menggunakan fake account dengan nama ‘Zul Yahya’ dan telah menghina Sultan Johor dengan ayat yang sangat keras.
Sewaktu komen tersebut dimuat naik, Pegawai Pusat Media, IPK Johor yang memantau pergerakan di laman Facebook telah ternampak komen tersebut.
Kemudian, pihak polis mengesan IP address komputer milik ‘Zul Yahya’ tersebut dan ia di alamatkan di tempat OKT bekerja. Hasil semakan penggunaan IP address komputer itu, memang digunakan oleh OKT.
Oleh itu, janganlah beranggapan bahawa fake account tidak akan dikenakan hukuman dan akan bebas membuat komen. Dalam kes seperti ini mereka akan memanggil pakar forensik Cybersecurity Malaysia, pegawai dari syarikat Telekom Malaysia.
Setakat laporan yang saya baca ada 30 orang saksi pendakwaan termasuklah pegawai polis, pakai forensik siber, pegawai telco dari beberapa syarikat, majikan dan ramai lagi.
Walapun OKT tidak mengakui dia adalah pemilik fake account Zul Yahya, namun berdasarkan keterangan saksi dan saksi pakar, serta dokumen dan siasatan kes mendapati bahawa OKT adalah pemilik akaun Zul Yahya dan dia telah membuat komen menghina Sultan tersebut.
Oleh yang demikian, bersalah di bawah Seksyen s. 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). OKT telah dikenakan hukuman RM20,000 dan jika gagal dibayar penjara 6 bulan.
Seksyen 233 ini adalah kesalahan menggunakan kemudahan rangkaian atau servis rangkaian seperti media sosial, aplikasi dan lain-lain. Elemen yang lain adalah salah guna tersebut dengan niat untuk menyebabkan rasa jelik, salah guna, ugutan atau gangguan kepada pihak lain.
Kes ini adalah contoh bagaimana anda boleh dikesan selain dari ini banyak lagi cara yang akan digunapakai. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga.
Sila berhati-hati sewaktu kita menulis. Kawal emosi. Jaga tulisan. Selepas buat research ini, saya sendiri baru tahu, rupa-rupanya PDRM ada pegawai pusat Media yang mengawal pergerakan dan status-status di laman sosial.
Langkah ini memang bagus, tambah lagi keadaan sekarang yang banyak menulis status-status menyentuh agama, bangsa atau politik yang boleh menyebabkan kebencian dan perbalahan. Bertindak dengan bijak dan dengan akal.
Ditulis oleh Nor Zabetha
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

