Sejak ia diperkenalkan pada tahun 2018, Kuala Lumpur International Suit Walk (KL Suit Walk) sekali lagi diadakan pada 5 Ogos dan ia menjadikannya sebagai salah satu acara paling unik dan popular di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur.
KL Suit Walk 2024 telah disertai seramai 353 selebriti dan pempengaruh, apa yang lebih menarik. Mereka berjalan kaki dari Hotel Grand Hyatt ke pusat beli-belah Pavilion, meliputi jarak 800 meter, sambil mengenakan pakaian formal dari koleksi peribadi masing-masing.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, penganjur berjaya mengumpulkan tukang jahit mahir dalam Kongres ke-28 Persekutuan Tukang Jahit Asia (FAMT) 2024.
Pada acara tersebut, KL Suit Walk turut mencatatkan rekod dalam Malaysia Book of Records, dengan sijil pengiktirafan disampaikan kepada Presiden Persekutuan Tukang Jahit Malaysia, Sam Ng Teck Yau.
“Ia tidak seharusnya berlangsung di KL sahaja. InshAllah, kita juga boleh menganjurkannya di Johor serta Selangor dan saya yakin dengan perancangan yang baik, rakan strategik yang cemerlang selain tekad serta keazaman, perkara ini boleh direalisasikan”
Dalam pada itu, KL Suit Walk turut melibatkan peserta dari 13 negara iaitu Hong Kong, India, Indonesia, Taiwan, dan Thailand yang memakai sut dengan pelbagai warna dan gaya, selain memeriahkan suasana.
“Batik dan songket kita, sama seperti sut yang direka khas, sentiasa anggun iaitu kaya dari segi budaya dan sejarah serta merupakan karya seni generasi dalam pembikinan”
Acara ini diadakan sempena Kongres FAMT 2024, yang berlangsung selama enam hari sejak Jumaat lepas. Khairul Firdaus juga teruja dengan penganjuran kongres yang menampilkan ‘Fashion Mosaic’ dan mengangkat pakaian kebangsaan seperti kebaya untuk diiktiraf dalam Warisan Tidak Ketara UNESCO.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jerawat yang tumbuh pada wajah boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri, tambah pula jika ia tumbuh dengan banyak. Paling tak best, bila jerawat meninggalkan kesan pada wajah. Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati.
Terdapat dua jenis jerawat, iaitu tanpa keradangan seperti bintik hitam dan putih atau berserta keradangan kulit dan mengandungi nanah.
Aduh, mesti korang tak mahu jerawat jadi lebih teruk kan?
Nah, ada beberapa produk yang korang boleh guna untuk kecutkan jerawat. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Hiruscar Anti Acne Spot Gel
Produk berasaskan Asid Salisilik ini berupaya memulihkan kulit dari masalah jerawat, iaitu mengecut, mencegah dan memperbaiki kulit rosak akibat jerawat. Krim ini cepat meresap dan tidak meninggalkan kesan lekit. Menggunakan bahan aktif MSP (Mucopolysaccharide Polysulphate) sebagai esen utama memudarkan jerawat dengan menghasilkan kolagen dan elastin baharu.
Gel ini boleh disapu pada jerawat sebanyak dua atau tiga kali sehari bagi mendapatkan keputusan yang cepat.
2. OXY 5 Acne Pimple Medication
Fungsi bahan utama ini membasmi bakteria penyebab jerawat sekaligus membersihkan kulit dan liang pori yang berjangkit. Jenama ini hanya mengandungi 5% Benzoyl Peroxide sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat sederhana.
Korang hanya perlu sapu pada kawasan kulit yang berjangkit dan biarkan ia kering. Namun, sekiranya korang mempunyai kulit sensitive, produk ini tidak digalakkan kerana mungkin Benzoyl Peroxide boleh menyebabkan iritasi dan penyebab jerawat bukan hanya minyak berlebihan semata-mata ia juga berkait dengan hormon.
3. Nixoderm Ointment
Komponen Asid Salisilik dan Benzoic Acid sangat kuat mengeringkan jerawat. Namun, penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Sebaiknya, pakai pada waktu siang atau malam untuk mendapatkan kesan yang optimum. Guna selama tujuh hari dan berhenti untuk tiga hari. Kemudian, sambung rutin sehingga jerawat mengecut.
4. Aiken Tea Tree Oil Pimple Cream
Krim ini merupakan antara krim jerawat terbaik pada kulit sensitif dan berminyak. Ia diformulasi bersama C12-15 alkyl benzoate bagi memberi hasil kulit lebih lembut dan licin. Ia juga membantu mengecutkan jerawat, mengurangkan minyak dan melindungi kulit daripada sinaran UV.
5. Himalaya Herbals Acne & Pimple Cream
Kombinasi bahan-bahan semula jadi yang digunakan dapat menghilangkan jerawat, merawat dan mencegah ia daripada tumbuh semula. Silk Cotton Tree, Five-Leaved Chaste Tree dan Lentil bahan utama untuk merawat jerawat, meredakan radang kemerahan dan membasmi kulit yang dijangkiti bakteria.
Semua produk ini hanya berharga RM25 ke bawah. Berbaloi kan?
Hokay, ini satu persoalan menarik untuk dibincangkan. Hodoh ke cantik bila lelaki menggunakan alat solek?
Tanyalah mana-mana gadis, kebanyakan mereka tidak punya keberanian untuk tampil di khalayak ramai tanpa menggunakan alat solek. Alat solek dianggap sebagai satu cara menutup cela di wajah terutama rona hitam dan kesan-kesan jerawat.
Jika seorang gadis mampu menutup cela di wajahnya menggunakan alat solek, bagaimana lelaki yang wajahnya hodoh? Jika lelaki menggunakan alat solek nanti digelar “adik-adik” tetapi bagaimana merawat emosi mereka yang mungkin tercalar apabila menerima kutukan terutama dari gadis yang memberikan hinaan? Adakah mereka tidak layak untuk kelihatan kacak jika menggunakan alat solek?
Baca perkongsian dari seorang remaja lelaki dari China yang mengubah penampilan fizikal dengan menggunakan alat solek.
Hasilnya sangat memberangsangkan, dari seorang yang hodoh, dirinya kini dilayan bagaikan putera malah dirinya diangkat setaraf bintang Korea yang terkenal dengan kekacakan wajah biarpun sebahagian kita tahu semuanya membuat pembedahan kosmetik. Tapi kita tetap mengakuinya sebagai sangat kacak.
Dahulu dia sering dihina. Mukanya berjerawat, memakai cermin mata tebal dan fesyen agak buruk.
Malah dia juga bukan remaja yang popular di sekolahnya. Dia tidak pernah berani untuk mendekati mana-mana gadis comel kerana bimbang diketawakan. Dia juga tidak pernah keluar dengan rakan sebaya dan kurang keyakinan diri.
Remaja tidak dinamakan ini dan berusia 18 tahun ini bagaimana pun telah berkongsi satu perubahan besar dilakukannya selepas puas menahan hinaan orang. Dalam platform blog China, Dcard remaja ini mengakui segalanya mulai berubah tahun lepas apabila dirinya dihina oleh seorang gadis cantik.
“Segalanya bermula apabila beg seorang gadis di kelasnya terjatuh. Dia tunduk untuk mengambilnya. Tanpa ucapan terima kasih diterimanya sebaliknya dia dihina kerana dirinya tidak kacak,” katanya berkongsi bagaimana dia melakukan perubahan besar dalam hidupnya.
Kerana malu dengan hinaan diterimanya selain rasa marah, dia mula mengubah penampilan dirinya.
Sebaik tamat sekolah, dia mula berdiet, membeli pakaian dengan fesyen terbaharu dan mula menonton tutorial solekan gaya Korea di internet. Dia memakai alat solek, krim asas dan kemudian menyedari ada perubahan besar berlaku pada wajahnya dan menjadi sangat luar biasa.
Apabila menggunakan solekan ia mengubah dirinya sepenuhnya. Untuk kelihatan seperti bintang Korea, dia menukar fesyen cermin mata. Sesekali dia menggunakan kanta lekap untuk nampakkan kelainan.
Dia juga mewarnakan rambutnya, memotongnya dengan gaya terkini selain menindik telinganya. Apabila dia membuat penampilan foto pertamanya, reaksi dari rakan sekelasnya sangat berbeza.
Ramai rakan sekolahnya terkejut dan kata wajah hodohnya dari seperti seekor itik, kini menjadi angsa yang cantik.Apabila dia masuk ke kolej, ramai menganggap dia adalah lelaki Korea dan dirinya menerima terlampau banyak pujian.
Kata remaja lelaki ini, dia mengubah semua ini untuk menarik perhatian lelaki yang selalu dikritik dan diketawakan kerana fizikal mereka yang hodoh. Ternyata ramai perempuan tertarik dengan penampilan lelaki yang kacak.
Jadi tiada istilah, alat solek itu hanya untuk wanita. Jika mengenakannya, tak kelihatanpun korang seperti perempuan atau pondan tetapi hanyalah sebagai menjaga penampilan. Sumber : Oddity
So onz ke tak onz ini kalau lelaki bersolek. Apa pendapat korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantik tu, memanglah cantik bila memakai kanta lekap..
Tetapi, kajian yang ditunjukkan baru-baru ini memang menggusarkan kami di REMAJA. Semakin ramai pemakai kanta lekap remaja yang mengalami masalah penglihatan akibat kesalahan yang mereka lakukan semasa pemakaian.
Haihh, tak displin ke bila pakai tu.
Kanta lekap mungkin kelihatan mudah pakai dan glamor. Tetapi salah langkah, boleh buat mata sakit atau kurang daya penglihatan tau. Cer check kalau korang pernah lakukan 5 kesalahan ini.
Kesalahan 01
Tidur tanpa menanggalkan kanta lekap. Memanglah badan dah penah, muka dah lesu selepas pulang ke rumah. Ada juga antara korang yang tak sedar pun masih memakai kanta lekap semasa menonton laptop di rumah – mengantuk – dan terus tertidur.
Tetapi, perbuatan ini boleh mendatangkan masalah yang besar. Bukan setakat kanta lekap beralih ke belakang bebola mata. Korang juga berisiko dijangkiti ulser Corneal iaitu jangkitan bakteria di bahagian depan mata.
Sekiranya tak dirawat, jangkinan ini boleh mengakibatkan parut kekal sekaligus menggangu visual kornea.
Kesalahan 02
Bagi ramai mengguna kanta lekap ‘first timer’ atau pengguna yang jarang memakai kanta lekap, korang akan cuba ‘mendesak’ kanta melekap dengan cepat.
Do not rush those lenses in. Memang pengguna akan berdepan dengan kesukaran dan air mata pun berjujuran (gitu!). Tetapi lebih cepat korang cuba melekapkannya, lebih lama masa yang akan diambil.
Bagi memudahkan rutin memakai, rancang untuk bangun tidur lebih awal. Dengan cara itu, korang mempunyai masa yang lebih panjang untuk memakainya.
Kesalahan 03
Jangan sesekali sentuh kanta lekap yang telah dipakai, semata-mata untuk memperbetulkan kedudukannya.
Normal lah bagi kanta lekap untuk ‘lari’ ke kiri, kanan dan kebelakang sedikit. Cuba untuk roll bebola mata korang dahulu. Jika cara tersebut tak berkesan dan perlu juga menggunakan tangan, basuh jari korang!
Sediakan botol solution di dalam beg untuk memudahkan korang membasuh kanta lekap dan merendamnya jika tak merasa selesa.
Kesalahan 04
Ada yang berpendapat, sekiranya korang mula memakai kanta lekap, korang tak perlu lagi memakai kaca mata. Hey hey, mana ada. Kebanyakan pakar mata mencadangkan korang meminimakan pemakaian kanta lekap.
“Ini kerana oksigen sukar ‘sampai’ ke kornea semasa memakai kanta lekap. Saya selalu nasihatkan agar mereka menanggalkannya sejurus selepas pulang dari sekolah dan tempat kerja. Kemudian pakai kaca mata.”
Kesalahan 05
Paling penting, pemakai wajib menjaga displin ketika memakai kanta lekap. Kalau memang sejenis pemalas (hehe), korang tak digalakkanlah.
Tetapi kalau korang nak juga cuba memakai (contohnya, untuk majlis perkahwinan), pakar menasihatkan untuk mencuba kanta lekap pakai buang ataupun daily disposables.
Walaupun ia lebih mahal sedikit berbanding kanta lekap biasa, tetapi sekurang-kurang korang tak perlu ‘mencuci’-nya selepas memakai ataupun membeli solution dan casing. Jimat juga di situ.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau dulu di majlis kahwin dah jadi kebiasaan apabila para tetamu yang hadir diberikan bunga telur sebagai 'Goodies' atau cenderahati daripada pihak pengantin.ARTIKEL BERKAITAN ...