Terbaharu, pelakon tinggil lampai, Sharifah Sakinah, memaklumkan sumbangan Tabung kecemasan pelakon Nad Zainal berjaya meraih jumlah sebanyak RM43,987.50 sejak ia dilancarkan pada 29 November lalu.
Sehubungan itu, sumbangan tersebut telah pun diserahkan kepada kedua-dua orang tua aktres berkenaan bagi segala urusan pembayaran hospital.
“Salam semua, mewakili ibu bapa kepada Nad Zainal, kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan dari rakan-rakan yang berada dalam bidang industri yang telah menghulurkan sumbangan ketika sahabat sedang memerlukan.
ARTIKEL BERKAITAN: Ungku Ismail Kongsi Perkembangan Nad Zainal, Mohon Tak Timbul Sebarang Spekulasi
“Rakan-rakan artis, sahabat dan guru-guru dari Aswara, penerbit televisyen, rakan-rakan media, industri fesyen dan tatarias, serta peminat-peminat Nad.
“Jumlah sumbangan adalah RM43,987.50 dan telah pun di salurkan pada akaun ayah Nad Zainal sendiri untuk urusan pembayaran hospital,” coretnya.
Dalam pada itu, pelakon drama popular Girlfriend Aku Dari Neraka Itu turut memaklumkan kutipan sumbangan menerusi akaun Thespian Legacy telah dihentikan buat masa ini.
“Buat masa ini, kami akan menghentikan dahulu kutipan sumbangan di akaun Thespian Legacy. Terima kasih kepada semua atas titipan doa dan sumbangan yang telah diberikan kepada sahabat kita.
“Semoga semua usaha kita ini dipermudahkan dan semoga sahabat kita kembali sihat,” tulisnya panjang.
SUMBER FOTO: Instagram Shahrulezad Mohameddin & Nad Zainal