Umum mengetahui Usain Bolt adalah manusia terpantas di dunia selepas mencatatkan masa 9.58 saat untuk larian jarak 100 meter pada 2009.
Rekod tersebut berjaya dicatatkan Bolt di Kejohanan Dunia Berlin dengan kelajuan 44.72 km/j.
Namun, rekod yang berusia lebih 10 tahun itu dikhabarkan berjaya diatasi oleh seorang atlet pecut Amerika Syarikat (AS)
Noah Lyles berjaya memecahkan rekod dunia milik Usian Bolt dalam acara 200 meter, beliau tetap kecewa dengan ‘kejayaan’nya.
Ini kerana tidak berapa lama selepas ‘kejayaan’ tersebut, pihak penganjur mengakui mereka meletakkan Lyles di tempat permulaan yang salah.
Pada awalnya, Lyles dikatakan mencatatkan rekod dengan kepantasan 18.91 saat pada Sukan Inspirasi di Florida, jauh ke depan berbanding rekod yang dipegang Bolt iaitu 19.19 saat pada tahun 2009.
Namun pihak penganjur kemudiannya menjelaskan Noah Lyles hanya menamatkan larian sejauh 185 meter dan bukannya 200 meter disebabkan kesalahan penganjur.
Rekod terbaik Lyles sebelum ini hanya 19.50 saat, dan selepas menamatkan larian dan melihat catatan rekod ialah 18.91 saat, beliau nyata bingung dan tidak percaya.
Kecewa dengan kesalahan tersebut, Lyles menciap menyatakan kekecewaan dengan kesilapan yang dilakukan pihak penganjur.
Alahai siannya Lyles, tak baik betul la penganjur memainkan perasaan dia kan. Tak apa lah cuba lagi di masa akan datang okay!
Sumber: The Guardian