Gadis kacukan Itali dan Afrika, Virginia Stablum telah dinobat sebagai pemenang Miss Universe Italy yang baharu. Dia yang berusia 24 tahun mewakili wilayah Trentino Alto Adige berjaya mengalahkan 19 peserta lain sekaligus bakal berentap di pertandingan Miss Universe 2022 yang dijangka berlangsung pada pada Januari 2023 di New Orleans, Amerika Syarikat.
Memetik tulisannya dia laman Instagram usai kemenangan, gadis cantik dan tinggi lampai ini bekata, “Saya teruja dengan kemenangan ini dan mungkin ia jelas untuk dikatakan tetapi saya berbangga kerana telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang luar biasa dan inovatif serta mempromosikan sempadan baharu yang semakin popular dan kecantikan digital.
“Hanya seperti yang saya suka iaitu melayakkan wanita itu sebagai pembawa nilai yang bukan sekadar belandaskan penampilan. Apabila saya mengetahui bahawa pada tahun 2023 pertandingan ini juga akan membuka pintun untuk wanita yang sudah berkahwin, hamil dan sudah menjadi ibu, saya fikir ini adalah pilihan yang bertamadun dan kemajuan yang sangat berani, dan juga atas sebab ini saya memilih untuk menyertai pertandingan ini tahun ini.
“Saya sangat berbesar hati untuk mewakili Itali di pertandingan Miss Universe nanti dan saya secara simbolik mendedikasikan kemenangan ini kepada semua wanita dan kepada dunia yang indah, kompleks dan magikal yang kami wakili.”
Selain Virginia sebagai jurara, Michela Russo dari Sicilia dan Chiara Davanzo dari Friuli Venezia Giulia masing-masing menjadi naib juara dan pemenang tempat ketiga, manakala Elena Izzo dari Liguria dan Sofia Ferraris dari Lombardia terpaksa berpuas hati sekadar di kedudukan top 5.
Virginia bukanlah asing dalam dunia glamor. Terlebih dahulu dia pernah muncul dalam sebuah rancangan realiti mengenai perhubungan cinta di kaca televisyen Itali sekitar tahun 2017 dan menerusi rancangan tersebut dia menjadi antara figura terkenal di sana.
Sebelum menyertai Miss Universe Italy 2022, gadis dengan ketinggian 5”9’ ini telah menyertai Miss World Italy pada tahun 2017. Dalam pertandingan tersebut dia berjaya menjadi peserta top 5 dan diumumkan sebagai pemenang anugerah kategori Miss Mondo Covergirl 2017.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Virginia Stablum