Siri terbaharu Netflix berjudul ‘Wednesday’ telah memecah rekod dengan jumlah tontonan paling tinggi dalam masa seminggu untuk kategori siri Netflix Bahasa Inggeris.
Siri komedi seram ini juga sekaligus telah mendapat kedudukan yang pertama sepanjang minggu pertama ia dikeluarkan dalam Netflix dan telah menewaskan rekod siri Stranger Things 4.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, mengikut cerita-cerita lama, Addams Family sejak versi yang pertama, watak-watak setiap ahli keluarga Addams memang dikenali dengan karakter mereka yang pelik dan seram.
Tidak kurang sama naik dengan ‘rating’ siri tersebut, pelakon Jenna Ortega yang membintangi Wednesday ini juga berjaya menambat hati para penonton.
Ini antara fakta-fakta menarik tentang pelakon Jenna Ortega yang semakin menjadi ‘perbualan’ hangat orang ramai di media sosial pada waktu ini.
01
Jenna atau nama sebenarnya Jenna Marie Ortega baru berusia 20 tahun. Dia dilahirkan pada tanggal 27 September 2002 di Coachella Valley, California, Amerika Syarikat.
Ads
02
Jenna menyertai uji bakat untuk watak Wednesday hanya menerusi aplikasi Zoom kerana dia masih lagi berada di New Zealand pada waktu itu bagi menjalani penggambaran filem seram pembunuhan berjudul X.
03
Pertama kali gadis manis ini membuat penampilan dalam dunia lakonan adalah menerusi filem Marvel Iron Man 3 dengan memegang watak sampingan sebagai anak perempuan kepada Naib Presiden yang telah berkomplot dengan watak antagonis. Menariknya, pada waktu itu, Jenna baru menjangkau usia 11 tahun.
04
Jenna telah meraih pengikut yang mendadak di Instagram sejak membintangi siri drama tersebut. Hanya dalam tempoh 10 hari selepas siri itu ditayangkan, pengikut Instagram pelakon itu bertambah 10 juta dalam tempoh tersebut.
Ads
Sebelum siri itu disiarkan pada 23 November lalu, pengikut Instagram Jenna hanya 9.4 juta namun melonjak kepada 19.4 juta pada Sabtu lalu dan melepasi angka 20 juta sehari kemudian.
05
Watak guru wanita bernama Marilyn Thornhill dalam siri Wednesday ini dilakonkan oleh aktres Christina Ricci. Seperkara harus diketahui, Christina merupakan pemegang watak Wednesday dalam filem The Addams Family (1991) dan Addams Family Values (1993).
Jenna dan Christina saling bantu-membantu antara satu sama lain sepanjang penggambaran siri berkenaan namun kedua-duanya tidak pernah berbicara tentang watak Wednesday di antara mereka.
06
Karakter anak perempuan dalam keluarga Addams itu telah menjadi tumpuan ramai di serata media sosial terutama tarian Jenna dalam siri tersebut. Menariknya, tarian berkenaan adalah hasil koreografinya sendiri. Tarian itu telah menjadi trend di Tik Tok dan semakin ramai kongsikan diri mereka menari tarian hasil rekaan Jenna.
Ads
Ramai Generasi Z yang mengikuti siri drama berkenaan, kini bergaya dan berpakaian ala Wednesday. Maka, ia menjadi pilihan yang tepat untuk memilih Jenna Ortega sebagai Wednesday Addams dalam siri terbaharu itu kerana lakonannya dipuji ramai sehingga kini.
Selain itu, bagi mendalami karakter sebagai Wednesday, Jenna telah mempelajari cara bermain selo selama dua bulan sebelum penggambaran naskhah berkenaan bermula.
07
Ini antara senarai filem yang pernah Jenna bintangi sepanjang kariernya sebagai anak seni:
Iron Man 3 (2013), Insidious Chapter 2 (2013), The Little Rascals Save The Day (2014), After Words (2015), Saving Flora (2018), Wym (2019), The Baby Sitter : Killer Queen (2020), Yes Day (2021), The Fall Out (2021), Scream (2022), Studio 666 (2022), X (2022), American Carnage (2022)dan Scream 6 (2022).
ARTIKEL BERKAITAN :
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Industri muzik Korea digegarkan dengan berita ahli kumpulan Red Velvet, Joy yang telah dilaporkan bercinta dengan penyanyi Crush. Sebelum ini, timbul khabar angin tentang hubungan cinta mereka dan kini Crush dan Joy disahkan sedang hangat dilamun cinta.
Menurut laporan eksklusif daripada Sports Chosun, Joy dan Crush telah jatuh hati ketika mereka bekerjasama di ‘Mayday’ pada Mei 2020.
Kedua-duanya berkawan rapat selepas kerjasama itu dan baru-baru ini perasaan itu bertukar dalam menjalin hubungan cinta.
Pihak pengurusan Crush, P-NATION menjelaskan bahawa mereka sedang meneliti laporan berita ini dan akan mengeluarkan kenyataan setelah memperoleh info terkini.
Ingatkan setelah 3 bulan masyarakat Malaysia ‘terperap’ di rumah sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan, kita sudah berubah dari segi pemikiran yang lebih positif.
Namun rupa-rupanya, ada sesuatu yang masih tidak berubah; yakni budaya “It’okay” untuk membuang sampah mewenang-wenangnya.
Isu ini telah mendapat perhatian Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada hari ini yang telah menyatakan kekecewaan beliau terhadap sikap segelintir pengunjung di pantai sekitar Port Dickson.
Walaupun tidak menyatakan secara terperinci, ramai yang berpendapat ia terarah ke Pantai Teluk Kemang yang popular di kalangan pengunjung tempatan.
Menerusi satu posting di Facebook rasmi beliau, dia berpendapat bahawa alasan tiada tong sampah di sesetengah kawasan bukanlah alasan untuk membuang sampah tanpa memikirkan impak kepada alam sekitar.
“Saya berasa dukacita dengan sikap segelintir pengunjung di pantai peranginan Port Dickson.
“Saya baru mendapat laporan petang tadi ada segelintir pengunjung yang mengambil mudah soal kebersihan alam sekitar dengan merata-rata.
“Saya ingin menegaskan bahawa ketiadaan tong sampah yanhh banyak (di sesebuah kawasan) bukanlah alasan. Selaku pencinta alam sekitar, para pengunjung haruslah menghargainya dengan membuang sampah di tempat sepatutnya,” catat beliau lagi penuh kecewa.
Dah pandai guna dan makan, pandai-pandailah simpan dahulu sampah korang sebelum dibuangkan di tempat yang sepatutnya. Takkanlah korang tak sediakan plastik semasa sedang packing untuk ke pantai.
Menurut laporan rakan media di Sinar Harian, pihak yang bertanggung jawab untuk membersihkan kawasan pantai Teluk Kemang dan Pantai Saujana di Port Dickson telah berusaha untuk melakukan kerja pembersihan sekerap 7 kali seminggu.
Malah mereka juga menggunakan jentera ‘beach comber’ berteknologi tinggi sekerap 5 kali seminggu di lima pantai utama daerah itu untuk menjaga kebersihan awam.
Janganlah sia-siakan usaha pihak berkuasa yang penat memperbaiki kebersihan kawasan sekeliling sewaktu musim PKP sehinggakan ada kawasan yang berubah hampir 180 darjah.
“Mungkin saya terlalu mudah percaya dan bersangka baik pada orang, itulah silap saya. Tidak rasa menyesal untuk bersangka baik, tetapi pengajaran buat saya”
Itulah kata-kata yang ditutur pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura mengenai isu pecah amanah yang berlaku dalam syarikat yang melibatkan perniagaan miliknya, baru-baru ini.
Pelakon filem popular Pisau Cukur itu bagaimanapun menganggap kejadian tersebut sebagai pengajaran buat dirinya untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Malah, perkara berkenaan sekali gus membuka matanya untuk tidak mudah mempercayai orang sekeliling termasuk kenalan terdekat.
“Saya sangat sedih dengan apa yang berlaku dan berharap menjadi pengajaran buat saya untuk lebih berhati-hati dalam mempercayai orang serta sebagai teladan buat si pelaku juga menyesali dengan apa yang sudah dilakukan.
“Sejak kebelakangan ini, saya banyak mengalami situasi begitu (dikhianati) dengan pekerja dan kawan-kawan. Tidak boleh mempercayai sesiapa walaupun dia rapat dengan saya,” tuturnya ketika ditemu bual.
Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, isteri kepada aktor terkenal, Fattah Amin itu memaklumkan kes berkenaan telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
“Betul memang ada pecah amanah dan kes ini sangat-sangat berat dan melibatkan kakitangan sementara dan sejumlah wang yang banyak. Saya tidak ingin ulas panjang kerana hal ini masih menjadi siasatan pihak polis.
“Insya-Allah kita akan tahu lebih lanjut apabila mendapat kemas kini nanti. Apatah lagi isu ini bukan membabitkan satu kes saja sebaliknya melibatkan beberapa kes lain. Saya bukan ingin mengaibkan sesiapa, sebaliknya sudah melanggar undang-undang,” katanya lagi.
Terdahulu, pada Ogos tahun lalu, media melaporkan Fazura ada membuat satu laporan polis berkenaan isu pecah amanah terhadap syarikat miliknya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jaguh Muay Thai negara, Johan Jojo Ghazali atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar baru-baru ini mencuri perhatian apabila beliau menyifatkan hubungannya bersama kekasih...