Setiap manusia diciptakan berpasangan, termasuklah jodoh kita yang telah ditentukan oleh Allah SWT sebelum lahir ke dunia lagi.
Trend berkahwin lewat sudah menjadi kebiasaan orang zaman sekarang.
Baru-baru ini, angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi kisah perkahwinan dengan Datin Dr Halina Mohd Yunos pada usia yang disifatkannya sebagai lewat di laman instagramnya.
Menurut Dr Sheikh, beliau memberitahu mereka berkahwin pada usia yang sangat lewat. Ketika itu, dia berusia 38 tahun manakala Dr Halina berusia 30 tahun.
“Saya berkahwin pada usia 38 tahun dan Dr Halina berumur 30 tahun ketika itu. Sangat lewat kerana pelbagai sebab. Dan kini pada usia 49 tahun, saya masih berhadapan dengan keluarga membesar dengan anak-anak berlari sekitar rumah,” ujar beliau.
Umur Terbaik Dan Ideal Untuk Berkahwin
Dr Sheikh turut memberikan pendapat bahawa umur yang terbaik untuk berkahwin bagi seorang lelaki adalah pada usia 32 tahun dan wanita di usia 28 tahun.
“Saya sentiasa merasakan umur yang terbaik untuk berkahwin bagi seorang lelaki adalah pada usia 32 tahun , dan 28 tahun bagi seorang wanita,” katanya.
Ads
Jelasnya, pada umur tersebut, setiap individu sudah stabil dari segi emosi dan kewangan, berfikiran matang serta berada di puncak karier.
“Pada masa itulah anda stabil dari segi emosi dan kewangan, matang, dan berada di puncak karier anda.
Tetapi sekali lagi, anda tidak akan bersedia sehingga anda akhirnya tenang,”- pesannya Lagi.
Malah, menerusi satu kajian yang dibuat oleh Nick Wolfinger, ahli sosiologi dari University of Utah, telah menjalankan kajian ini dan telah diterbitkan oleh Institut Pengajian Keluarga. Menurut kajian beliau, untuk mengelakkan penceraian ataupun perpisahan dalam tempoh 5 tahun pertama, usia yang paling ideal untuk berkahwin adalah di antara 28 dan 32 tahun.
Di dalam kajiannya juga, pasangan yang telah berkahwin antara umur 28 dan 32 tahun paling sedikit berpisah.
Ads
Hmm…walaubagaimanapun, sebagai orang Islam, kita perlulah percaya kepada ketentuan Allah disamping berusaha untuk menjadi yang terbaik kepada pasangan hidup kita.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zaman sekarang, sudah menjadi keperluan setiap rumah untuk memiliki bekalan air yang ditapis dan bersih melalui penyediaan penapis air.
Permintaan penapis air yang tinggi melihatkan kepada keadaan air semasa sekaligus membuka peluang buat syarikat penapis air dalam dan luar negara menawarkan produk mereka.
Tapi awas ye!
Baru-baru ini, Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor Ismail Lathifi Teh melalui laporan BERNAMA berkata mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan bil elektrik terutamanya ketika cuaca panas yang sedang melanda negara sekarang.
Sama seperti penghawa dingin dan peti sejuk, penapis air minuman juga menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu berkenaan terutamanya ketika cuaca panas.
“Pada cuaca panas seperti sekarang ini, mesin yang mempunyai kompresor akan menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu.
“Jadi lebih kerap kita membuka pintu peti sejuk dan lebih kerap kita mengambil air sejuk daripada penapis air di rumah, lagi banyak tenaga elektrik yang akan digunakan oleh peralatan berkenaan bagi mengekalkan suhu sejuk,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata contohnya, jika tangki penapis minuman yang menyimpan air sejuk habis ia akan diisi dengan air yang baharu dan kompresor akan berfungsi untuk menyejukkan air berkenaan. Ismail Lathifi berkata jika lebih banyak isian semula berlaku, lebih kerap kompresor berkenaan berfungsi dan ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik.
Dalam pada itu, pegawai TNB ini sempat memberi tip jimatkan elektrik dengan menetapkan suhu antara 24 hingga 26 darjah Celcius sahaja. Serta melakukan servis terhadap penyaman udara secara berkala agar ia dapat berfungsi dengan lebih efisien dan jimat.
“Pengguna digalakkan menggunakan pemasa yang ada pada penyaman udara masing-masing dan menetapkan agar ia ditutup pada awal pagi kira-kira pukul 2 pagi dan ke atas kerana ketika itu cuaca mulai sejuk dan memasang kipas untuk mengekalkan suhu sejuk di dalam rumah,” katanya.
“Saya dapat aduan yang mengatakan mereka (pengguna) tidak menggunakan penyaman udara tetapi kenapa bil elektrik melambung, mereka lupa bahawa barang elektrik lain juga menggunakan elektrik,” katanya lagi.
So, lepas ni kalau bil melambung tu tahu la sebabnya apa kan….hehe
Polemik #Undi18 yang masih diperkatakan sekarang nampaknya masih tidak menampakkan jalan penyelesaian.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), penangguhan Undi 18 kepada Septemmber 2022 adalah disebabkan oleh beberapa proses yang perlu mereka laksanakan secara berperingkat.
SPR dalam pada itu didesak untuk mengeluarkan laporan perkembangan perlaksaan pemilih automatik ini bagi membuktikan bahawa usaha itu berjalan secara sistematik di mata rakyat yang menilai.
Apapun, isu ini masih berterusan dan nasib pengundi berusia 18 tahun hingga 21 tahun masih samar sekiranya benar Pilihan Raya Umum (PRU) akan dijalankan pada tahun ini. Ia bermakna mereka akan terlepas peluang untuk mengundi buat kali pertama.
Namun begitu, untuk korang yang telahpun berusia 21 tahun ke atas dab masih belum mendaftar sebagai pengundi, lakukan tanggungjawab masing-masing dengan mendaftar pada hari ini!
Ini kerana nama calon pemilih yang didaftarkan dalam suku pertama tahun ini hanya boleh diluluskan pada bulan Julai kelak. Seandainya kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PRU ke-15 pada bulan Ogos ini (seperti spekulasi yang kian kencang diperkatakan), korang masih sempat untuk bergelar pengundi.
Caranya mudah saja, daftarkan akaun dan isi borang A sebagai pengundi baharu. Jangan sesekali lupa untuk mengisi borang A tersebut kerana seseorang tidak akan didaftarkan sebagai pengundi tanpanya.
Semasa mengisi borang, pendaftar akan diminta untuk mengisi penuh, mengambil foto kad pengenalan dan berswafoto bersama kad pengenalan sebagai bukti pengesahan identiti.
Bagi mereka yang berkesempatan untuk singgah ke pejabat pos pada hari ini, proses pendaftaran amatlah mudah. Korang hanya perlu ke sana dan katakan ingin mendaftar sebagai pengundi. Pegawai akan meminta Kad Pengenalan dan siap!
Jangan menunggu hingga tarikh 1 April esok kerana nama pemilih akan secara automatiknya dimasukkan ke dalam pendaftaran suku kedua 2021. Paling awal, pendaftaran tersebut akan lulus pada awal bulan September.
*
Untuk pengetahuan, mereka yang pernah mendaftar sebelum ini tidak dikehendaki untuk mendaftar semula.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak kurus tapi masih tak jaga pemakanan? Simpan je la angan-angan korang tu kalau susah sangat nak jaga makan.
Menurut apa yang dikongsi oleh Coach Maryam Hafiz, ada 30 menu haram dimakan ketika sedang menjalani program penurunan berat badan yang pastinya membantutkan usaha korang nak kurus.
Apa dia makanan-makanan yang diharamkan tu?
Jom check list ni..
1. Cendol
Satu mangkuk kecil: 421 kalori
2. Mi Sup
Satu mangkuk kecil: 383 kalori
3. Maggie sup
Semangkuk: 395 kalori
4. Nasi ayam
Sepinggan: 607 kalori
5. Nasi kerabu
Sepinggan: 529 kalori
6. Laksa Penang
Satu mangkuk kecil: 434 kalori
7. Nasi dagang
Satu pinggan kecil: 508 kalori
8. Mi bandung
Satu mangkuk kecil: 549 kalori
9. Chicken chop
Satu hidangan: 753 kalori
10. Pisang goreng
Satu biji: 170 kalori
11. Nasi goreng
Satu pinggan: 630 kalori
12. Roti canai
Sekeping: 300 kalori
13. Ais krim
Dua scoop: 380 kalori
14. Kuey teow goreng
Sepinggan kecil: 642 kalori
15. Laksa lemak
Satu mangkuk kecil: 591 kalori
16. Mi soto
Satu mangkuk kecil: 433 kalori
17. Rojak buah
Satu hidangan: 752 kalori
18. Nasi paprik
Satu hidangan: 635 kalori
19. Nasi pattaya
Sepinggan: 695 kalori
20. Bihun goreng
Sepinggan: 510 kalori
21. Apam balik
Sekeping: 282 kalori
22. Roti telur
Sekeping: 414 kalori
23. Maggie goreng
Sepinggan: 751 kalori
24. Nasi briyani
Satu pinggan kecil: 448 kalori
25. Nasi minyak
Satu hidangan nasi sahaja: 436 kalori
26. Donut
Seketul: 200 kalori
27. Mi kari
Satu mangkuk kecil: 520 kalori
28. Burger
Satu hidangan biasa: 475 kalori
29. Nasi lemak biasa
Sepinggan: 535 kalori
30. ABC
Semangkuk: 630 kalori
Mak ai, tu baru kalori untuk sepinggan kecil, kes kita yang makan bertambah-tambah ni apa cerita pulak? Menyesal makan banyak tadi. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nooryana Najwa yang juga merupakan anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor meluahkan rasa...