“Berkahwin Pada Usia 38 Tahun…,”Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Umur Terbaik Tamatkan Zaman Bujang

Share

Setiap manusia diciptakan berpasangan, termasuklah jodoh kita yang telah ditentukan oleh Allah SWT sebelum lahir ke dunia lagi.

Trend berkahwin lewat sudah menjadi kebiasaan orang zaman sekarang.

Sumber : Instagram

Baru-baru ini, angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi kisah perkahwinan dengan Datin Dr Halina Mohd Yunos pada usia yang disifatkannya sebagai lewat di laman instagramnya.

Menurut Dr Sheikh, beliau memberitahu mereka berkahwin pada usia yang sangat lewat. Ketika itu, dia berusia 38 tahun manakala Dr Halina berusia 30 tahun.

 

“Saya berkahwin pada usia 38 tahun dan Dr Halina berumur 30 tahun ketika itu. Sangat lewat kerana pelbagai sebab. Dan kini pada usia 49 tahun, saya masih berhadapan dengan keluarga membesar dengan anak-anak berlari sekitar rumah,” ujar beliau.

Umur Terbaik Dan Ideal Untuk Berkahwin

Dr Sheikh turut memberikan pendapat bahawa umur yang terbaik untuk berkahwin bagi seorang lelaki adalah pada usia 32 tahun dan wanita di usia 28 tahun.

“Saya sentiasa merasakan umur yang terbaik untuk berkahwin bagi seorang lelaki adalah pada usia 32 tahun , dan 28 tahun bagi seorang wanita,” katanya.

Jelasnya, pada umur tersebut, setiap individu sudah stabil dari segi emosi dan kewangan, berfikiran matang serta berada di puncak karier.

“Pada masa itulah anda stabil dari segi emosi dan kewangan, matang, dan berada di puncak karier anda.

Tetapi sekali lagi, anda tidak akan bersedia sehingga anda akhirnya tenang,”- pesannya Lagi.

Malah, menerusi satu kajian yang dibuat oleh Nick Wolfinger, ahli sosiologi dari University of Utah, telah menjalankan kajian ini dan telah diterbitkan oleh Institut Pengajian Keluarga. Menurut kajian beliau, untuk mengelakkan penceraian ataupun perpisahan dalam tempoh 5 tahun pertama, usia yang paling ideal untuk berkahwin adalah di antara 28 dan 32 tahun.

Di dalam kajiannya juga, pasangan yang telah berkahwin antara umur 28 dan 32 tahun paling sedikit berpisah.

Hmm…walaubagaimanapun, sebagai orang Islam, kita perlulah percaya kepada ketentuan Allah disamping berusaha untuk menjadi yang terbaik kepada pasangan hidup kita.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

Published by
Nana