Pernah disenarai sebagai antara penyanyi rappers terkaya, Marshall Bruce Mathers III atau nama popularnya Eminem, memulakan kariernya sebagai penyanyi rap pada tahun 1992.
Beliau merupakan artis terlaris di Amerika pada tahun 2000. Majalah Rolling Stone menyenaraikan beliau di tempat ke 83 dalam senarai mereka, 100 Greatest Artists of All Time dan menggelar beliau sebagai King of Hip-Hop.
Kini, Eminem sudah bergelar usahawan apabila beliau membuka sebuah restoran spaghetti baharu dengan nama Mom’s Spaghetti di kampung halamannya di Detroit. Restoran itu dibina hasil kerjasama Eminem dan kumpulan restoran tempatan dan ia bermula sebagai kedai pop-up pada tahun 2017.
Ads
Namun, siapa sangka beliau sebenarnya mendapat inspirasi membuka kedai pastanya melalui lagu ‘Lose Yourself’ dari filem Mile 8. Berkat bait lirik daripada ungkapan lirik ini;
Ads
“His palms are sweaty, knees weak, arms are heavy / There’s vomit on his sweater already, mom’s spaghetti.”
Mom’s Spaghetti sebelum ini telah tampil di beberapa festival muzik yang dihadiri oleh Eminem. Restoran terbabit juga bertanggungjawab dalam mengedarkan makanan percuma kepada kumpulan barisan hadapan yang bertarung menentang COVID-19 di Detroit, lapor berita antarabangsa.
Ads
Menu restoran Mom’s Spaghetti ringkas, mereka menawarkan spaghetti dengan bebola daging atau dengan ‘bebola arnab’ vegan dan sandwic sghetti, semuanya berharga di bawah $ 15.
Nampaknya Eminem buka restoran ini bukanlah untuk mengaut keuntungan semata-mata. Cayalah Eminem…
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Masya Allah, saya rasa diri ini terlalu kerdil. Tiada kata mampu saya luahkan melainkan rasa bersyukur”.
Inilah ungkapan Nur Natasha Azeze binti Shariman Azeze, 18 tahun saat berkongsi perasaan apabila namanya diumumkan sebagai Johan Qariah pertandingan Majlis Menghafaz dan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Sembilan di Pusat Dakwah Ismaliah, Paroi Seremban semalam.
Dalam usia cukup muda, percubaan kali pertama dari kategori remaja mencuba ke dewasa, ternyata rezeki kemenangan telah tertulis buatnya semalam sekaligus membawa pulang piala pusingan, sijil dan wang tunai yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Sementara itu, Johan Qari dimenangi oleh Ahmad Basyir Abu Bakar, 37.
Dalam pada itu, Natasha berkata, hari ini dia sepatutnya bertolak ke Putrajaya bagi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2018 yang berlangsung mulai 1- 6 April 2018 namun menangguhkannya seketika bagi membolehkannya menerima anugerah kecemerlangan sekolah yang diadakan esok.
Baru memperoleh keputusan SPM 2017 dengan memperoleh keputusan 7A, pelajar aliran sastera dari SMK Seri Pagi, Senawang ini berkongsi sedikit tips untuk terus dekat dengan al-Quran yang diturunkan semenjak 1400 tahun dahulu.
“Saya teringat pesan Ustaz, kita hendaklah sentiasa dekatkan diri dengan al-Quran. Insya Allah, jika kita sentiasa yakin, rezeki itu tidak akan putus. Jiwa kita akan sentiasa tenang. Tak ada masalah tak boleh diselesaikan jika dekatkan diri dengan al-Quran. Alhamdulillah, inilah yang saya amalkan sejak memasuki sekolah menengah.
“Malah keputusan baik dalam SPM itu juga ada rezeki berkaitan dengan mendekatkan diri dengan al-Quran,” katanya memaklumkan, tiga kali seminggu iaitu Isnin, Rabu dan Khamis dirinya akan mengulang dan melancarkan taranum bersama Ustazah Maimon, guru agama yang menjadi pembimbingnya selain bertanya kepada Ustaz dan Ustazah yang lain sama ada melalui panggilan telefon atau pergi berjumpa mereka sendiri.
Mengambil masa sekurang-kuranganya dua jam bagi setiap pembelajaran, Natasha berkata, bagi pertandingan musabaqah al-Quran, empat aspek amat dititik berat iaitu tarannum, tajwid, fasohah dan suara,” katanya yang akan memastikan selepas solat Maghrib, dirinya akan membuka dan membaca al-Quran dua atau tiga muka surat untuk pelancaran dan fasih.
Mengakui dirinya masih sama seperti remaja lain tetapi Natasha berkata, sejak umurnya 7 tahun, dia telah pergi mengaji sehingga dia khatam kali pertama pada usianya 12 tahun.
Ditanya bagaimana perasaannya untuk bertanding dengan qariah yang lebih dewasa dan mungkin punya pelbagai pengalaman sedangkan dirinya adalah kali pertama, Natasha berkata, dia akan mencuba sebaik mungkin dan selebihnya adalah rezeki Allah.
“Ini pengalaman pertama saya. Malah saya sendiri tak pernah menang apa-apa anugerah pun ketika di peringkat remaja. semua ini rezeki Allah,” katanya yang mengesyorkan agar golongan remaja tidak meninggalkan al-Quran yang mampu menyelesaikan apa juga masalah dihadapi oleh setiap insan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pejam celik,pejam celik rupanya grup lelaki popular dunia, Westlife sudah 20 tahun bertapak di dalam industri muzik dunia. Bagi meraikan detik bersejarah itu, Westlife telah pun mengadakan konsert jelajah Westlife Twenty Tour bagi memperingati perjalanan mereka sebagai salah sebuah grup lelaki paling berjaya di dalam sejarah muzik Britain.
Pada 8 Ogos 2019 lalu, bertempat di Stadium Tertutup Melawati Shah Alam, kumpulan yang berasal daripada Ireland itu kembali menemui para peminat mereka di Malaysia setelah kali terakhir pada 2011.
Tepat jam 8.30 malam, suasana riuh bertukar menjadi gegak gempita apabila Westlife muncul selepas pertunjukkan skrin l.e.d bertaraf antarabangsa yang memaparkan wajah setiap ahli kumpulan sambil menyanyikan chorusSwear It Again.
Tampil bertenaga mempersembahkan 16 lagu-lagu hits seperti If I Let You Go, Uptown Girl, I Have A Dream, Queen Of My Heart, When You’re Looking Like That, You Raise Me Up, Unbreakable dan lagu ikonik mereka iaitu Flying Without Wings. Ia seakan-akan membawa kita kembali ke zaman lewat 90-an di mana lagu-lagu mereka sering dimainkan di corong-corong radio.
Selain persembahan vokal yang mantap, koreografi yang on-point dan set-list yang menarik, salah satu sebab Westlife berjaya menawan hati peminat Malaysia adalah disebabkan profesionalisme mereka dalam mengendalikan pentas.
Westlife telah membahagikan konsert tersebut kepada empat segmen dan setiap satu daripadanya dikendalikan oleh setiap anggota kumpulan iaitu Nicky Byrne, Shane Filan, Kian Eganand Mark Feehily.
Dalam pada keterujaan menghiburkan penonton, Westlife turut mengambil kesempatan menyeru rakyat Malaysia supaya sama-sama membantu memberikan maklumat mengenai kes kehilangan remaja Ireland, Nora Anne Quoririn yang masih belum ditemui sejak 4 Ogos lalu di Dusun Pantai Hill, Seremban.
Menyedari bahawa mereka tidak berkesempatan untuk menyanyikan kesemua lagu hits mereka, Westlife memutuskan untuk menyanyikan beberapa buah lagu secara akustik medley antaranya Unbreakable, Season In The Sun dan Fool Again.
Bagi Remaja, kemuncak konsert pada malam tersebut sudah tentu ketika Westlife mempersembahkan lagu Uptown Girl. Mereka yang ratanya telah pun mencecah usia hampir 40 tahun dilihat bertenaga dengan koreografi yang mantap dan seragam.
Ketika para peminat bersedih saat Westlife mengumumkan ucapan selamat tinggal, sorakkan ‘We Want More’ bergema di dalam stadium. Tidak lama kemudian, mereka kembali semula ke pentas dengan mengenakan sepersalinan suit putih dan mengakhiri konsert dengan lagu hits sepanjang zaman iaitu Flying Without Wings.
A post shared by Shane Filan (@shanefilanofficial) on
Secara keseluruhan, REMAJA percaya pasti ramai peminat yang berpuas hati dengan persembahan Westlife kali ini walaupun ada beberapa lagu hits yang tidak dipersembahkan. Walauapa pun, tidak keterlaluan untuk REMAJA simpulkan bahawa Westlife masih lagi memiliki aura sebagai grup lelaki yang boleh menandingi grup popular masa kini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah hampir sebulan kita menyambut Aidilfitri, mesti ramai yang dah mengeluh bila berat badan mula naik.
Nak ke gimnasium pula bukan calang-calang bayaran yang dikenakan. Sudahnya, bila berat naik dan baju-baju mula rasa sendat, menangislah korang sorang-sorang tepi bucu katil.
Nah, jangan risau. Apa yang REMAJA nak kongsi kan ini adalah 17 jenis home workouts yang korang boleh buat sendiri bila pulang ke rumah.
Simple dan mudah, senaman-senaman ini juga sesuai bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia kecergasan ni.
Jadi jom mulakan hari ini. Jangan tangguh-tangguh lagi.
1. Jumping Jack
2. Flutter Jump
3. Frog Jump
4. Side Jump
5. Sumo Squat
6. Narrow Squat
7. Lunges
8. Lunges High Knee
9. Mountain Runner
10. Mountain Cross
11. Mountain Climbers
12. Race Block
13. Plank Jack
14. Push Up
15. Wide Push Up
16. Triangle Push Up
17. Staggered Push Up
Setiap pergerakan workout ini dibuat selama 20 saat dan setiap kali ingin bertukar ke workout yang lain, korang boleh rehat selama 10 saat.
Apa yang paling penting adalah formation yang betul dan lakukan dengan disiplin. InsyaAllah kalau korang mula daripada sekarang, raya nanti pasti nampak hasilnya.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...