Berkat Lirik Dari Lagu ‘Lose Yourself’, Eminem Kini Usahawan Spaghetti

Share

Pernah disenarai sebagai antara penyanyi rappers terkaya, Marshall Bruce Mathers III atau nama popularnya Eminem, memulakan kariernya sebagai penyanyi rap pada tahun 1992.

Beliau merupakan artis terlaris di Amerika pada tahun 2000. Majalah Rolling Stone menyenaraikan beliau di tempat ke 83 dalam senarai mereka, 100 Greatest Artists of All Time dan menggelar beliau sebagai King of Hip-Hop.

Foto Via Geo Tv

Kini, Eminem sudah bergelar usahawan apabila beliau membuka sebuah restoran spaghetti baharu dengan nama Mom’s Spaghetti di kampung halamannya di Detroit. Restoran itu dibina hasil kerjasama Eminem dan kumpulan restoran tempatan dan ia bermula sebagai kedai pop-up pada tahun 2017.

Namun, siapa sangka beliau sebenarnya mendapat inspirasi membuka kedai pastanya melalui  lagu ‘Lose Yourself’ dari filem Mile 8. Berkat bait lirik daripada ungkapan lirik ini;

“His palms are sweaty, knees weak, arms are heavy / There’s vomit on his sweater already, mom’s spaghetti.” 

Mom’s Spaghetti sebelum ini telah tampil di beberapa festival muzik yang dihadiri oleh Eminem. Restoran terbabit juga bertanggungjawab dalam mengedarkan makanan percuma kepada kumpulan barisan hadapan yang bertarung menentang COVID-19 di Detroit, lapor berita antarabangsa.

Foto VIa M Live.com

Menu restoran Mom’s Spaghetti ringkas, mereka menawarkan spaghetti dengan bebola daging atau dengan ‘bebola arnab’ vegan dan sandwic sghetti, semuanya berharga di bawah $ 15.

Nampaknya Eminem buka restoran ini bukanlah untuk mengaut keuntungan semata-mata. Cayalah Eminem…

Published by
Nana