Hiburan

Berkat Melahirkan Seorang ‘Superstar’! Ibu Lisa BLACKPINK Terima Anugerah ‘Ibu Terbaik Negara’ Daripada Puteri Diraja Thailand

Share

Bagi peminat anggota BLACKPINK, Lisa, mungkin ada yang sudah mengenali sosok ibu kesayangan penyanyi lagu Rockstar itu.

Terbaru, ibu kepada Lisa BLACKPINK atau lebih mesra dikenali sebagai Mommy Chitthip telah menerima anugerah ‘Ibu Terbaik Negara’ daripada Puteri Diraja Thailand, Duli Yang Teramat Mulia Puteri Maha Chakri Sirindhorn pada 14 Ogos lalu.

BACA: Umum Kolaborasi Bersama Rosalía Menerusi Single ‘New Woman’, Lisa BLACKPINK Bakal Lancarkan Lagi 3 Lagu Baru!

Kredit: X @BLACKPINKGLOBAL

Ibu kepada penyanyi yang berusia 27 tahun itu menerima anugerah berkenaan berkat sumbangan anak perempuannya kepada negara. Bukan sahaja sebagai tokoh dan idola kepada masyarakat, malah memberi sumbangan yang besar pada ekonomi negara.

BACA: Ratusan Kedai Diarah Tutup, Lisa Blackpink Bayar Semua Kedai Untuk Buat Penggambaran

Tambahan, penampilan Lisa atau Lalisa Manobal dalam siri The White Lotus 3 juga dijangka akan menarik lebih ramai pelancong untuk singgah ke Thailand memandangkan penggambaran dirakam di negara kelahirannya itu.

BACA: Peminat Tak Pelik Kalau Mereka Kahwin! Lisa Blackpink Keluar Makan Dengan Keluarga Frédéric Arnault!

Sekadar info, Lisa baru sahaja melancarkan duet lagu NEW WOMAN bersama penyanyi Sepanyol, Rosalía pada 15 Ogos. Sebelumnya, penyanyi tersebut juga melancarkan solo keduanya yang berjudul

Rockstar berjaya meraih jutaan tontonan di Youtube.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN