couple 7

Bukan mudah untuk menjadi seorang selebriti di Korea Selatan. Segala yang berlaku ke atas kehidupan mereka menjadi perhatian semua orang terutamanya peminat fanatik.

 

Berkecai! Lihat 4 Break-Up Selebriti Korea Paling Menyedihkan Sepanjang 2019

Mungkin itulah sebab ada di kalangan mereka yang sanggup menyembunyikan relationship masing-masing untuk tidak mengecewakan peminat. Ada juga yang sanggup berpisah! Siapa tu?

Ini dia 4 perpisahan di kalangan selebriti Korea yang paling mengecewakan pada tahun 2019.

 

01

Kai EXO & Jennie Blackpink

Berkecai! Lihat 4 Break-Up Selebriti Korea Paling Menyedihkan Sepanjang 2019

Niat mereka untuk tidak mengambar-gemburkan hubungan ini kepada peminat, tetapi apa je yang tak boleh dhidu oleh peminat K-Pop? Hubungan singkat di antara penyanyi sama cantik, sama padan ini bermula semasa Minggu Fesyen Paris pada Oktober 2018. Terdapat juga foto mereka berdua sedang menikmati makan malam.

Peminat menjadi ‘gila’ apabila SM Entertainment mengesahkan hubungan itu pada tahun baru dengan berkata, “Kai dan Jennie menyenangi semasa sendiri.”

Ads

BREAK-UP : Tak lama kemudian, pada 25 Januari mereka telah memutuskan hubungan itu. Ada yang mengatakan ia kerana Jennie tidak tahan dikecam oleh peminat Kai serta EXO. Buat masa ini mereka masih menyokong karier grup masing-masing. No hard feelings gitu.

 

02

Song Joong Ki & Song Hye Kyo

Berkecai! Lihat 4 Break-Up Selebriti Korea Paling Menyedihkan Sepanjang 2019

Kecoh satu dunia apabila pelakon Descendants of The Sun ini jatuh cinta di set penggambaran pada tahun 2016. Mereka dilihat menghabiskan masa bersama di New York dan bercuti di Bali Indonesia. International eh korang, tak nak dihidu gamaknya!

Walaupun masing-masing enggan mengaku, mereka tetap berkongsi berita gembira semasa bertunang pada Julai 2017 dan semasa berkahwin pada 31 Oktober tahun yang sama.

Ads

BREAK UP : Kami tak sangka hubungan ini akan berakhir dengan penceraian tetapi itulah takdir. Mereka dikatakan berposah kerana tidak bersefahaman dan mempunyai perbezaan yang ketara. Tarikh 27 Jun 2019, mereka sah bercerai dan hingga kini, mereka belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.

 

03

Koo Hye-sun & Ahn Jae-hyun

Berkecai! Lihat 4 Break-Up Selebriti Korea Paling Menyedihkan Sepanjang 2019
couple 1

Kedua-dua bintang drama Blood ini telah bersama sejaka April 2015. They were practically made for each other! Pasangan ini kemudiannya berkahwin pada 2016 sehinggalah…

BREAK UP: Tiga tahun berumah tangga, pasangan pelakon ini tidak menyembunyikan punca penceraian daripada pengetahuan peminat.

Ads

Si suami, Ahn menjadi viral apabila memuat naik video di media sosial yang menunjukkan dia menyambut hari jadi ke-32 keseorangan diri di restoran. Hye-sun pula memuat naik caption yang berbunyi, ” Saya ingin terus bersama, manakala suami saya pula inginkan penceraian.”

 

04

Hyun Woo & Pyo Ye Jin

Berkecai! Lihat 4 Break-Up Selebriti Korea Paling Menyedihkan Sepanjang 2019
couple 3

Satu lagi pasangan yang bertemu di set penggambaran yang sama. Ia bermula semasa mereka berlakon dalam drama The Gentlemen of Wolgyesu Tailor Shop. Hanya selepas bersama selama setahun, barulah mereka mengaku pada tahun 2018.

BREAK UP: Mereka menjadi couple Korea Selatan paling terbaru untuk berpisah selepas pengurusan Ye Jin mengeluarkan kenyataan rasminya. Bagaimanapun, mereka berdua terus menjadi rakan baik.

*

Mungkinkah ada di antara couple ini yang akan kembali bersama?

5 Sebab Couple Bersatu Kembali, Adakah Sebab Tak Boleh Move On?

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI