Sehingga kini Israel masih lagi tidak henti-henti menyerang Gaza dengan alasan mempertahankan negara haram mereka. Menyasarkan bangunan-bangunan seperti hospital, masjid dan juga fasiliti seperti jalanraya, seolah-oleh mereka dengan sengaja mahu melumpuhkan Gaza.
Mendapat kecaman dunia, ramai selebriti dan personaliti antarabangsa yang menyelar tindakan kejam Israel terhadap Palestin. Antara selebriti yang lantang dalam isu ini ialah Beayah kepada Bella Hadid, Mohamed Hadid. Dilahirkan di Nazareth, Palestine pada tahun 1948. Ketika berumur sebulan dia keluarganya menjadi pelarian selepas tanah dan rumah mereka dirampas Israel.
Mohamed Hadid merupakan keturunan DiRaja Palestin dari sebelah ibunya iaitu Yang Amat Mulia Puteri Khairiah Daher Hadid. Khairiah merupakan keturunan daripada Daher al-Omar, Prince of Nazareth and the Sheikh of Galilee. Ini bermakna Bella dan Gigi Hadid juga memiliki darah DiRaja.
Dalam satu hantaran di Instagram, Mohamed Hadid menceritakan bagaimana kedua ibu dan bapanya menjadi pelarian. “Kedua orang tua saya mengajak keluarga Yahudi ke rumah mereka pada tahun 1946. Kemudian mereka merampas rumah kami dan memaksa kami mejadi pelarian. Ketika itu saya berumur sebulan atau kurang. Saya tidak punya kebencian kepada orang Yahudi. Kerana ibu bapa saya mengajar untuk tidak membenci.”
TENTANG DAHER AL-OMAR
Selain nama Daher Al-Omar, baginda juga dikenali dengan nama Zahir Al-Umar. Merupakan Putera Nazareth dan Sheikh Galilee yang mana Kedua-dua lokasi ini sekarang merupakan wilayah di Israel. Ketika pemerintahan baginda lokasi tersebut merupakan kawasan utara Palestin yang berada di bawah kekuasaan kerajaan Uthmaniyah.
Dalam laporan buku oleh Ahmad Joudah yang bertajuk Zahir al-‘Umar and the First Autonomous Regime in Ottoman Palestine (1744-1775) , Zahir al-‘Umar al-Zaydani (1690-1775) boleh dikatakan sebagai pemimpin wilayah yang paling terkenal di wilayah Syria Kesultanan Uthmaniyah untuk mewujudkan rejim autonomi di utara Palestin.
Dia berasal dari keluarga pemerintah dan multazim (petani cukai), dilindungi oleh Kaisar Shihabi di Gunung Lubnan. Ayahnya, ‘Umar al-Zaydani, adalah multazim wilayah Tiberias dan Safad pada awal abad ke-18. Setelah kematian ayahnya pada tahun 1706, Zahir mengambil alih iltizam tetapi akhirnya melepaskan diri dari amalan lama bercukai untuk keluarga Shihabis.
Jadi tidak hairanlah jika Bella Hadid tidak gentar dalam menyuarakan pendapatnya tentang Palestin. Darah yang mengalir di dalam dirinya merupakan darah seorang pemerintah kawasan di Palestin suatu ketika dahulu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.