Berkhasiat Tapi Hati-Hati Makan Tiram Mentah, Takut Kena Bakteria

Share

Bila sebut tentang tiram, teringat set makanan laut yang dihidangkan dalam filem Mr.Bean. Memang kembang tekak bila lihat tiram mentah terhidang sebegitu. Euuww!

Hidangan tiram mentah biasanya di acara kasual, restoran atau bar-bar mewah. Namun kini, tengah trending makan oyster, kita dapat lihat di laman sosial TikTok dan ramai peniaga dah mula sajikan hidangan ini.

Makan tiram mentah sangat baik untuk kesihatan batin. Ia kaya dengan mineral (zinc) dimana membantu pengeluaran lebih banyak testosterone, iaitu suatu hormon meningkatkan nafsu dan fungsi seksual. Kajian juga mendapati zinc mampu menghasilkan sperma yang berkualiti dan potensi seksualiti lelaki.

Risiko Bakteria Vibrio Parahaemolyticus

Namun begitu, baru-baru ini Public Health Malaysia (PHM) menjelaskan ada risiko makan tiram mentah ini biarpun rupa, bau dan rasa dia sama seperti yang tiada bakteria.

Untuk gambaran yang paling mudah, PHM memberikan satu contoh dalam satu babak filem Mr Bean yang mengalami sakit perut selepas memakan oyster 

mentah itu.

Menurut PHM, perkara ini memang boleh terjadi kepada mana-mana pemakan menu tersebut, ia kerana dalam oyster tersebut terdapat satu bakteria yang dinamakan Bakteria Vibrio Parahaemolyticus.

“Bakteria Vibrio Parahaemolyticus banyak di sekitar pantai. Tiram & kerang memang ada bakteria ini.”

Jadi, bakteria ini boleh berganda jika tiram tersebut berada di dalam suhu bilik, biarpun rupa, bau dan rasa sama dengan yang tiada bakteria. Kesannya, jika pemakan ‘tertelan’ bakteria ini, pemakan boleh mengalami cirit birit, demam, sakit perut dan muntah-muntah.

Kesimpulannya, tak salah kalau korang ingin menikmati makanan laut ini tapi pastikan ia benar-benar bersih dan segar. Apa pun penulis masukkan sos tiram dalam sayur campur. Eh, ada kena mengena ke?hiks

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana