Baru-baru ini Miss Universe Malaysia 2022, Lesley cheam telah mempersembahkan kostum nasional yang akan dibawanya ke pentas Miss Universe 2022. Berinspirasikan dari kemegahan Gunung Kinabalu, kostum rekaan Hatta Dolmat itu menerima rekasi yang pelbagai dari peminat ratu cantik.

Kini, rakan dari negara serantau, Laksmi De-Neefe Suardana, Miss Universe Indonesia 2022 telah mempersembahkan kostum nasionalnya kepada umum. Direka oleh Morpachio Body art dan Eko Tjandra, kostum yang diberi nama The Glory of Phinisi itu mengambil konsep kehebatan Indonesia ke atas lautan warisan maritim tradisionalnya.

Berkonsepkan Kehebatan Maritim, Kostum Nasional Miss Universe Indonesia 2022 Tampil Memukau

Sebagai wakil pertama dari Bali yang berjaya memenangi gelaran Puteri Indonesia 2022 dan sekaligus berpeluang mewakili Indonesia di pentas Miss Universe, ramai pageant lovers menasihatkan Laksmi untuk memakai kostum kebangsaan bernuansa Bali. Namun dia mengambil pendekatan menggayakan kostum yang boleh mewakili bangsa Indonesia secara keseluruhan.

Ads

Menerusi satu hantaran yang muat naik di Instagram miliknya, wanita berusia 26 tahun ini turut berkongsi bagaimana dia mendapat idea untuk kostum nasional ini. Puteri Indonesia 2022 itu mengakui kagum dengan moto ‘Jalesveva Jayamahe’ yang bermaksud ‘Tepat di Laut Kita Jaya’, ketika membaca autobiografi Presiden Joko Widodo yang pertama kali ditulis dalam bahasa Inggeris.

ARTIKEL BERKAITAN: Kostum Gunung Kinabalu Simbolik Miss Universe Malaysia Sebagai Wanita Pada Posisi Tertinggi

Berkonsepkan Kehebatan Maritim, Kostum Nasional Miss Universe Indonesia 2022 Tampil Memukau

Ads

Buku ini mengisahkan detik-detik sebelum kemenangan presiden Indonesia itu ketika beliau duduk di atas kapal layar Bugis (Pinisi) kerana berjanji untuk mengembalikan Indonesia sebagai negara maritim yang kuat. Mendapat inspirasi melalui pembacaannya, Laskmi akhirnya mengambil keputusan untuk mengambil tema ‘The Glory of Phinisi’ sebagai pakaian kebangsaan yang akan digayakannya.

Merupakan graduan rekaan fesyen dari the Royal Melbourne Institute of Art, Laksmi menggalas tugas yang mencabar bagi memastikan prestasi Indonesia terus cemerlang di pentas Miss Universe apabila wakil-wakil negara itu lolos ke peringkat semifinal tanpa gagal sejak tahun 2013, kecuali pada 2017 yang mana Bunga Jelitha Ibrani gagal mendapat sebarang tempat.

Ads

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI