Penrgorbanan seorang anak yang sanggup berulang alik sejauh 160 km sehari dari Kajang menuju ke tempat kerjanya di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah setiap hari kerana mahu menjaga ibunya yang sudah uzur berakhir dengan penuh kesyahduan dan kesedihan buat seluruh ahli keluarganya. Allahyarham Naim Zafri, 26 tahun yang maut dalam kemalangan dua buah kereta awal pagi tadi bermilih berkorban menjaga ibunya kerana dirinya selepas bapanya meninggal dunia
“Jasa arwah adik menjaga ibu akan kami kenang selamanya dan kami reda atas pemergiannya, ALLAH SWT lebih sayangkan adik,” kata Mohd Fahmi Che Yusoff, 33, ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini, semalam.
Mohd Fahmi adalah anak keempat dari enam beradik, abang kepada mangsa, Naim Zafri, 26, terbabit dalam kemalangan maut pada jam 5.50 pagi di Kilometer 21 Jalan Seremban-Kuala Pilah di Kampung Ulu Bendul di sini.
Menurutnya, Naim Zafri adalah seorang doktor pelatih di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) kerap berulang-alik dari Kuala Pilah ke Kajang untuk menjaga ibunya yang kini tinggal sendirian.
“Sebelum ini arwah tinggal di rumah sewa di Kuala Pilah tapi selepas ayah meninggal Julai tahun lalu arwah terpaksa berulang alik sebab kesian dengan keadaan ibu tinggal seorang diri.
“Kami adik-beradik memang selalu nasihatkan dia, tidak terlalu kerap berulang alik bimbang akan keselamatannya, tambahan pula bebanan kerja yang perlu diharungi setiap hari,” katanya.
Menurutnya, mereka sekeluarga pernah menyatakan kebimbangan atas keselamatan anak bongsu itu sebelum dijemput Ilahi dalam perjalanan ke tempat kerja.
“Kami pun boleh jenguk ibu tetapi dia tetap bertegas untuk menemani ibu, memandangkan dirinya masih bujang serta tiada komitmen lain.
Ads
“Arwah seorang adik dan anak yang baik, selalu mengutamakan ibu dan ahli keluarga. Kehilangannya pasti amat dirasai tambahan pula tidak lama lagi hendak sambut Ramadan dan Aidilfitri” katanya.
Menurut Mohd Fahmi, meskipun berasa amat sedih atas kehilangan adiknya itu namun mereka sekeluarga reda.
“Insya-ALLAH, jenazah adik di bawa ke Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang untuk dikebumikan selepas solat Asar,” katanya.
Tersepit 20 minit
Ads
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, seramai sembilan anggota dan sebuah jentera serta EMRS bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan jam 5.57 pagi.
“Setibanya di lokasi, kami dapati mangsa tersepit di antara bahagian tempat duduk pemandu dan stereng kereta sehinggakan kami terpaksa memotong pintu pemandu dan ‘dashboard’ kereta menggunakan peralatan khas dan bomba mengambil masa 20 minit untuk keluarkan mangsa.
“Pegawai perubatan sahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya ,” katanya.
Eva Saifun berkata, mangsa lain turut terlibat yang menaiki kereta Exora dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke HTAN.
Ads
Dua kereta bertembung
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, kemalangan itu melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandu Naim Zafri dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora dinaiki Muhammad Azim Kamaru-zaman, 26.
“Mangsa (Naim Zafri) dipercayai memandu dari arah Seremban menghala Kuala Pilah sebelum bertembung kereta dipandu Muham-mad Azim beralamat Taman Jemapoh Murni Kuala Pilah.
“Pertembungan itu mengakibatkan Naim Zafri maut di lokasi kejadian dipercayai parah di kepala dan patah kedua-dua tangan serta kaki manakala Muhammad Azim yang luka di dahi dan anggota badan dibawa ke HTAN untuk menerima rawatan selanjutnya.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke HTAN untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Pertembungan kereta itu di tengah-tengah jalan hingga mengakibatkan kesesakan sepanjang tiga kilometer,” katanya.
Lagu Raya sudah diputar berulang kali di corong-corong radio. Hari Raya Aidilfitri sudah semakin hampir dengan kita. Kemeriahan perayaan setahun sekali kini makin dirasai.
Tapi kecoh pula di media sosial baru-baru ini apabila dakwaan seorang individu, seperti yang disiarkan dalam sebuah portal bahawa Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan disambut pada awal satu hari iaitu Isnin, 2 Mei.
Malah hal ini juga tidak tepat dan sengaja direka untuk mengelirukan orang ramai.
Agensi di bawah Jabatan Agama Islam Melaka dalam satu kenyataan berkata, sebarang pemakluman awal adalah tidak benar, sehingga hasil keputusan rukyah pada 29 Ramadan 1443 H diterima dan selesai dilakukan.
Menerusi kenyataan di Facebook, pihaknya juga berkata kaedah penetapan awal bulan Islam di Malaysia adalah secara imkanurukyah (rukyah dan hisab).
“Rukyah dilakukan pada petang 29 Ramadan 1443 Hijrah di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan di seluruh Malaysia.
“Hasil keputusan rukyah akan dilaporkan pada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam 29 Ramadan 1443 Hijrah.
“Keputusan kenampakan hilal akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,” kata pihaknya.
Foto Via Astro Awani
Terdahulu, tular sebuah mesej yang mendakwa bahawa data yang diperoleh daripada Pejabat Almanak Nautika Baginda (UK) menunjukkan ketinggian dan pemanjangan anak bulan baharu pada waktu matahari terbenam bagi Kuala Lumpur adalah masing-masing lima darjah dan tujuh darjah, lapor Kosmo.
Dakwa mesej itu lagi, hilal baharu kelihatan walaupun tidak dapat dilihat kerana cuaca buruk.
“Hari raya tahun ini mungkin akan berubah dan awal sehari dari yang tertera di kalendar. Raya akan disambut pada Isnin, 2 Mei dan bukannya 3 Mei yang semua maklum,” dakwa mesej itu.
Korang pun jangan sebarkan berita yang tidak pasti tau…
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penularan berita palsu bukan satu benda yang baharu, namun kesannya dapat dilihat lebih jelas pada era COVID-19 ini.
Sumber Gambar : Apa.org
Covid19 Hanya Global Scam?
Paling bahaya jika individu dan masyarakat terus mempercayai info palsu tersebut. Terbaru, tular ‘berita’ baru-baru ini kononnya Covid-19 hanyalah ‘global scam’ di mana dikatakan tidak wujud sebagai virus dan mangsa yang meninggal dunia disebabkan Amplified Global 5G Electromagnetic Radiaton atau keracunan.
Penemuan itu kononnya didakwa susulan daripada penemuan doktor di Itali yang telah melakukan bedah siasat ke atas pesakit Covid-19 yang meninggal dunia.
Justeru itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta rakyat negara ini agar menghentikan penyebaran berita palsu berkenaan Covid-19 bagi menggelakan kekeliruan dalam masyarakat dalam satu postingnya di laman sosial.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa Itali sekaligus menjadi negara pertama yang melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu tidak boleh melakukan bedah siasat ke atas pesakit bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 tersebar.
Berita Palsu
Jelas KKM, hasil siasatan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), telah mengesahkan bahawa maklumat yang tersebar di aplikasi Whatsapp itu adalah palsu.
Maklumat tidak tepat sebegini boleh menjejaskan pihak lain. Elak stigma. Dapatkan maklumat betul. Hah, jangan sesekali tular berita tidak tepat ya.
Makin pelik trend fesyen hari ini. Macam-macam koleksi baju dan handbag sebelum ini mendapat perhatian netizen kerana rekaanya yang ‘biasa-biasa’ tetapi di jual dengan harga yang tidak masuk akal.
Terbaru, sepasang anting-anting yang designnya sebiji macam penyepit baju mak korang dekat rumah dijual dengan harga diantara AS$291 hingga AS$408.30 (lebih kurang antara RM1,1190 hingga RM1,670).
Aksesori pelik dari jenama Ambush ini didatangkan dengan pelbagai warna seperti oren, hijau, gold dan silver. Kalau korang rasa tak cukup hipster, bolehlah try bergaya dengan anting-anting penyepit ni. Hiks!
Macam biasa, netizen paling cepat bagi reaksi kalau ternampak fesyen-fesyen pelik macam ni. Ada juga yang berseloroh dan cuba untuk menjual anting-anting ‘handmade’ ini.
Ketinggalan zaman
Jual murah
Amacam, korang ada rasa nak beli tak? Kalau berminat, boleh la beli secara online dan khabarnya ada juga koleksi ini yang dijual sehingga mencecah harga RM2,000.
Wow!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mencuri perhatian masyarakat apabila beliau tampil berhijab dalam sebuah acara berbuka puasa anjuran...