Berlaku Dalam Bulan Sama, Satu Lagi Insiden Kren SUKE Tumbang Pagi tadi

Share

 

Jika korang masih ingat akan insiden runtuhan di projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Klang (SUKE) di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), 3 Mac lalu yang telah menggemparkan pengguna jalan raya tersebut.

Dalam kejadian tersebut, seramai dua orang mangsa maut manakala tiga lagi cedera setelah sebuah lori trailer lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan projek SUKE.

Tidak sampai sebulan setelah insiden tersebut, satu lagi insiden lain dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.45 pagi tadi di kawasan yang sama!

Sumber Foto : BERNAMA

Kali ini, ia melibatkan komponen kren terjatuh di atas tapak pembinaan SUKE, di Persiaran Alam Damai Cheras.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur telah menerima penggilan kecemasan menerusi talian MERS999 dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

Setibanya pasukan bomba, mereka mendapati struktur kren tersebut telah menghempap sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza. Pemandu warga tempatan itu kini dilaporkan dalam keadaan cedera parah.

Sementara itu, tiga lagi pekerja projek pembinaan tersebut telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dua daripada para pekerja warganegara China itu dipercayai terjatuh daripada ketinggian 120 kaki. Manakala, seorang lagi pekerja yang juga warganegara China telah tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya.

Menurut maklumat semasa, operasi menyelamat dan siasatan masih dijalankan. Justeru, laluan trafik di kedua-dua hala telah ditutup oleh anggota Bomba.

Bagi korang yang menuju ke arah lokasi kejadian pada hari ini dinasihatkan untuk mengguna laluan alternatif lain bagi mengelakkan kesesakan.

Sumber : (1) (2)

TAMBAHAN BAHARU

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof merasa kesal dengan insiden ini dan berkata Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Lembaga Lebuhraya (LLM), DOSH & PBT perlu melakukan audit menyeluruh terhadap kes membabitkan keselamatan awam.
“Kalau kita terpaksa tutup (lebuh raya), tutup dahulu dan siasat sepenuhnya. Ambil tindakan sewajarnya. Kadang-kadang geram juga dengan insiden sebegini walaupun peringatan telah diberikan masih juga tidak ‘deliver’.
“Bagi pihak kita, kalau kita dapati kecuaian datang dari pihak kontraktor, kita akan senarai hitamkan kontraktor itu. Sekurang-kurangnya, langsung dua tahu digantung dan tidak diambil untuk apa-apa tender sama ada sektor awam atau swasta,” kata beliau kepada media.
Published by
FZ