Hiburan

“Berlaku Perbezaan Yang Tidak Dapat Diselesaikan,” Diana Danielle Nekad Fail Cerai Kali Kedua Di Mahkamah Rendah Syariah

Share

Tidak lagi menjadi rahsia, pelakon Diana Danielle baru-baru ini hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur untuk memfailkan permohonan cerai buat kali kedua terhadap suaminya, Farid Kamil.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson (33) yang tiba bersama peguam, memfailkan permohonan itu sejurus tiba di mahkamah pada Isnin, jam 9.20 pagi tadi. Walau bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari (43) tidak hadir ke mahkamah.

BACA: Ditengking Sepuas Hati, Diana Danielle Dedah Sifat Baran Farid Kamil

Kredit: NST

Ditemani peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir, Diana kelihatan tenang dan terkawal dalam jubah hitam meskipun terdapat lebih daripada 30 anggota media yang menunggu ketibaannya.

Pada mulanya, Diana enggan mengulas mengenai situasi tersebut namun kemudiannya berkongsi harapannya untuk penyelesaian yang lancar.

“Saya berharap untuk hasil yang terbaik. Saya telah melakukan apa yang mampu, dan kini ia berada di tangan mahkamah,” katanya.

BACA: Sedekad Bersama, Diana Danielle Fail Cerai Terhadap Farid Kamil

Dalam pada itu, menurut Akberdin, permohonan tersebut dikemukakan oleh Diana disebabkan berlaku perbezaan yang tidak dapat diselesaikan.

Menerusi satu kenyataan pelakon filem ‘Imaginur’ itu dikeluarkan susulan dakwaan Farid yang membuat pengakuan mereka masih lagi berhubung dan tinggal sebumbung.

Bukan itu sahaja, pelakon dan pengarah berkenaan turut menyifatkan kemelut rumah tangga yang berlaku buat kali kedua bersama isterinya itu sekadar perselisihan faham kecil.

BACA: “Ingat Nafkah Ke? Kerja Tak Puas Hati Saja Memanjang…” -Diana Danielle Tampil ‘Bersuara’ Isu Pertikai Jumlah Duit Raya

Kredit: Kosmo

Hubungan Diana dan Farid telah mendapat perhatian umum sejak 28 Oktober lalu, apabila Diana mengumumkan niatnya untuk memohon perceraian.

Sekadar info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad berusia 11 tahun dan Nur Aurora, 9 tahun.

Terdahulu, Diana dan Farid pernah berhadapan dengan krisis rumah tangga yang berpanjangan sebelum disahkan bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023. Bagaimanapun, kedua-dua mereka rujuk semula sebulan kemudian.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE