Bermula Ahad, Tentera Akan Turun Padang Bantu Polis Pantau Keadaan – Menteri Kanan (Pertahanan)

Share

Akibat sikap degil segelintir rakyat Malaysia, Kementerian Pertahanan memutuskan agar pasukan tentera diturunkan bagi membantu pihak polis dalam memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan berada di rumah masing-masing sehingga 31 Mac ini.

Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media perkembangan perintah kawalan pergerakan sebentar tadi.


 Menurut Ismail, pasukan tentera akan mula digerakkan pada hari Ahad ini supaya kawalan secara menyeluruh dapat dilaksanakan.

Tambahan beliau lagi , masih ramai yang tidak mempedulikan arahan kerajaan termasuk arahan polis untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sebagai usaha membendung penularan Covid-19 di negara ini.

So korang kalau tiada urusan yang penting just duduk rumah okay!

Sumber : Bernama Tv

Published by
Nana