Siapa sangka anak Malaysia mampu berjaya di bumi Korea.
Seawal usia 29 tahun, Kina telah pun bergelar Pengarah di syarikat miliknya bersama suami iaitu Jeju Muslim Travel. Suaminya, Muhd Syafiq Idris bertindak selaku CEO. Mereka turut mengusahakan bisnes Kereta Sewa Jeju.
“Pada tahun 2014, saya melancong ke Jeju bersama dua rakan. Waktu itu kami masih bujang. Tiba di Jeju, saya terus jatuh cinta dengan keindahan Jeju.
“Ketika itu saya baru habis degree dan dalam usaha mencari tempat untuk sambung Master di Korea. Akhirnya saya dapat melanjutkan pengajian peringkat Master jurusan Art & Design di Jeju National University.
“Sepanjang bergelar pelajar, untuk menampung hidup di sana macam-macam kerja saya buat seperti mengajar bahasa Inggeris, ambil upah lukis inai, jadi personal shopper
sampailah saya mulakan Jeju Muslim Travel,” kongsi ibu anak dua ini.Kina berkahwin ketika dia masih bergelar pelajar di Jeju. Suaminya berhenti kerja dan memberi tumpuan penuh terhadap bisnes pelancongan mereka yang baru bermula ketika itu.
“Ramai yang mesej saya di Instagram dan Facebook bertanyakan tip travel ke Jeju. Saya pun dapat idea untuk menjadi pemandu pelancong. Dari situlah saya bermula sebagai supir Jeju.
“Sepanjang menjadi supir saya banyak belajar tentang bisnes pelancongan. Setelah beberapa bulan kami mula menjual pakej lengkap. Maka tercetuslah Jeju Muslim Travel.
“Syukur, sambutan sangat baik dari semasa ke semasa. Bermula hanya 8 pelanggan sebulan sampailah mencecah 250 pelanggan sebulan.
“Jeju Muslim Travel berjaya menarik minat AirAsia untuk membuka direct flight ke Jeju. Jeju Muslim Travel satu-satunya syarikat pelancongan Malaysia berdaftar dan berlesen dengan Jeju Tourism Organization.”
“Saya dan suami sama-sama mencari idea bagaimana untuk menarik pelanggan yang tak berminat untuk menempah pakej pelancongan. Suami cadangkan untuk sewakan kereta maka tercetuslah bisnes Kereta Sewa Jeju.”
MOMEN INDAH BERSAMA SUAMI
“Ketika bisnes baru bermula, setiap awal pagi kami akan naik kereta menuju ke hotel untuk ambil pelanggan. Saya bawa satu group pelanggan, suami pula bawa group pelanggan yang lain. Selalunya kami akan ke tempat-tempat lawatan yang sama, rasa macam bekerja sambil dating.”
Menurut Kin, sepanjang dia menetap di luar negara banyak perkara baru yang dipelajari seperti budaya, bahasa, survival skill dan communication skill.
“Dapat belajar lebih banyak tentang diri sendiri, menjadi lebih sabar, berani, berdikari dan tak mudah putus asa. It makes me learn all the time and all those learning make me a better person every day.”
TIP PERCUTIAN KE JEJU OLEH KINA OMAR
Wah, menarikkan perkongsian Kina ni, bangga kita ada anak Malaysia yang berjaya cipta perniagaan di luar negara.
Kredit : Majalah Nona
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.