Bermula Esok, Tak Perlu Lagi Pemeriksaan Suhu Badan & Buku Rekod Mendaftar

Share

Jika sebelum ini kita diwajibkan check suhu badan sebelum masuk ke mana-mana premis atau bangunan. Namun tidak perlu lagi melakukan SOP ini bermula esok.

Foto Via BERNAMA (2020)

Mengikut laporan Berita Harian, bermula 11 Februari tiada lagi pemeriksaan suhu badan dan buku rekod mendaftar masuk di premis. Malah, semalam Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut mengumumkan hal itu berdasarkan keputusan Mesyuarat Ke-12 Menteri Kuartet Covid-19.

Hishammuddin menyatakan pemansuhan berkenaan perlu dilakukan bagi memastikan negara bergerak ke hadapan. Menjawab, selepas ditanya mengenai individu terutamanya warga emas yang tidak memiliki telefon pintar untuk mendaftar masuk ke premis menggunakan aplikasi MySejahtera.

Foto Via Sinar Harian

“Kalau kita baca buku rekod, macam-macam contengan ada, ini tidak menggambarkan keadaan sebenarnya. Jadi untuk bergerak ke hadapan lebih balik kita tumpukan tujuh tonggak seperti disebut sebelum ini.

“Kalau kita masih dalam takuk dahulu, pada masa sama kita lihat ke hadapan dengan pendekatan baharu, akhirnya orang akan keliru.

“Jadi suhu badan dan buku itu tidak menjadi pertimbangan kita lagi,” katanya.

Jadi, jangan pula korang tunggu luar kedai nak scan suhu badan…hehe

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana